Pihak polis akan memohon perintah reman terhadap pemandu treler yang mengakibatkan kemalangan sehingga mengorbankan lapan nyawa termasuk enam sekeluarga di kilometer 25 Jalan Bahau-Keratong berhampiran ladang Risda Palong, Jempol, petang semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, buat masa ini, pemandu berusia 44 tahun itu berada di bawah tahanan polis mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Pemandu tidak cedera, kita tahan dia untuk siasatan dan mungin kita akan reman dia esok (Ahad). Ujian air kencing pun kita sudah jalankan dan didapati negatif, esok kita tahulah,” katanya ketika ditemui di sini malam tadi.
BACA: 'Saya jadi serba salah tidak ikut keluarga ke Kuantan' - Anak
Dalam kejadian sekitar 2.21 petang itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora dinaiki enam sekeluarga bertembung dengan sebuah treler yang memasuki laluannya sebelum kenderaan mereka dihempap treler berkenaan di kilometer 25 Jalan Bahau-Keratong, berhampiran ladang Risda Palong.
Nahas dikatakan berlaku selepas treler terbabit cuba memotong sebuah motosikal membawa tong aiskrim sebelum mengelak Perodua MyVi dan tersasar ke laluan bertentangan.
Proton Exora yang mengekori belakang Perodua MyVi terbabit gagal mengelak dan memasuki bahagian bawah kepala lori sebelum terhempap dan terbakar.
Suami isteri yang menaiki Perodua MyVi turut meninggal dunia akibat tercampak dari kenderaan itu manakala dua lagi mangsa cedera.
Raffi Bachik
Mon Jun 12 2017
Anggota bomba dan penyelamat memeriksa kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ngeri sehingga mengakibatkan tujuh maut termasuk lima rentung di Ladang Risda Palong, Jempol pada Ahad. - Foto Bernama
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Warga emas menunggang basikal elektrik maut kemalangan
Kemalangan membabitkan sebuah kereta dipandu seorang wanita yang sedang dalam perjalanan dari Bahau menghala ke Ladang Gaddes untuk pulang ke rumahnya.
Lelaki didakwa cederakan ibu diarah jalani pemeriksaan mental
Seorang lelaki diarah menjalani pemeriksaan mental sebelum didakwa atas pertuduhan mencederakan ibu kandungnya dengan pisau.
24 pelajar sekolah di Jempol dirawat akibat keracunan makanan
Sembilan daripada mereka dibenarkan pulang Khamis sementara 15 lagi masih berada di wad Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.
Pemandu lori mengaku tidak bersalah cubaan bunuh polis, pandu berbahaya
Muhamad Hasrulnizam membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret.
Tipu katering: Fauziah ada empat kes dihendaki polis
Polis meminta kerjasama seorang wanita untuk tampil membantu siasatan berhubung kes penipuan dalam urusan katering di daerah ini.
Kawasan di Tampin, Jempol rekod tanpa hujan 13 hari berturut-turut
Beberapa kawasan di Tampin dan Jempol merekodkan ketiadaan hujan hingga 13 hari berturut-turut akibat fenomena El Nino kali ini.
Polis siasat syarikat jurusaji perdaya pakej perkahwinan
Polis akan mendapatkan butiran lanjut mengenai syarikat jurusaji yang didakwa memperdaya sebuah keluarga bagi urusan pakej perkahwinan.
Kenduri kahwin jadi 'mimpi ngeri', katering tak muncul-muncul
Sebuah majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung penuh meriah di Jempol bertukar 'mimpi ngeri,' apabila pihak katering tidak muncul.
Pertimbang subsidi 30 peratus baja buat peneroka Felda - Shamsulkahar
Ahli Parlimen Jempol mencadangkan kepada kerajaan agar mempertimbangkan subsidi 30 peratus baja kepada peneroka Felda.
Remaja maut langgar lembu melintas jalan
Seorang mekanik maut selepas motosikal yang ditunggangnya disyaki melanggar sekumpulan lembu yang melintas di Jalan Besar Lui Muda di sini pada awal pagi Jumaat.