Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta segera membuat pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, sekali gus menyelesaikan kemelut negara terutama tentang isu syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Najib juga diharap tidak menjadi jaguh dengan menyerang Dr Mahathir melalui forum tertutup bersama 1,500 ahli UMNO yang dijemput pada majlis penerangan khas sahaja.
"Perwakilan yang dengar hanya kira-kira 1,500 orang sahaja. Bagaimana pula hasrat 30 juta rakyat negara ini yang ingin mendengar penjelasan Najib secara terbuka.
"Ramai yang menghadiri program tertutup itu mengatakan Najib tidak jawab segala persoalan yang keseluruhan rakyat sedang bertanya mengenai isu 1MDB khususnya.
"Semua persoalan yang ditanya Dr Mahathir serta laporan polis saya tidak pernah dijawab Najib. Mahu tidak mahu dan suka tidak suka, Najib harus berjumpa Dr Mahathir dan UMNO harus anjurkan sesi penerangan secara tertutup sekurang-kurangnya dengan seluruh ahli-ahli parti dari seluruh negara," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: PM perincikan isu hutang 1MDB, kemelut bersama Tun Mahathir
Khairuddin mengulas Majlis Penerangan Perdana (MPP) bersama Najib yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu.
Laporan sebelum ini memberitahu, antara yang disentuh Najib dalam majlis itu adalah isu hutang 1MDB dan kemelut melibatkan bekas Dr Mahathir.
Bagaimanapun, majlis itu diadakan secara tertutup.
BACA: 1MDB: 'Kenapa buat acuh tak acuh laporan polis saya?' - Khairuddin
Khairuddin turut melahirkan rasa hairan kerana jumlah hadirin yang sama dicatat pada program #Nothing2Hide yang dibatalkan baru-baru ini.
BACA: #Nothing2Hide: 'Tidak salah jika Tun M wakili NGO yang diundang' - penganjur
"Apa yang peliknya ia dianjurkan di PWTC juga, jumlah hadirin juga sama ramai dengan program #Nothing2Hide dan Najib bercakap mengenai isu yang sama iaitu skandal 1MDB, namun tiada pengumuman mengenai kemungkinan gangguan keselamatan.
"Najib hanya berani bercakap dari jauh, tetapi bila Dr Mahathir hendak bersemuka untuk berdebat secara ilmiah, dia tidak pula berani hadir.
"Najib harus segera menyelesaikan isu ini dan mencari platform terbaik untuk membersihkan namanya dan disaksikan oleh rakyat secara terbuka," jelasnya.
BACA: Pembatalan Dialog 'Nothing To Hide' bukan atas arahan Najib atau saya - Zahid
Dalam pada itu, Khairuddin menyatakan sokongan terhadap kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Ibrahim Abu Shah yang mahu Najib menghadap Dr Mahathir dengan segera.
BACA: 'Saman Tun M kalau betul dia fitnah Najib' - Khairuddin
Sebelum ini, Khairuddin mencabar mana-mana pemimpin UMNO untuk segera menyaman Dr Mahathir jika berasakan kenyataan bekas Perdana Menteri yang ditujukan kepada Najib selama ini tidak benar atau sekadar fitnah semata-mata.
TONTON: Lagi desakan Najib bersemuka dengan Tun M
Khairuddin juga mahu pemimpin UMNO untuk turut menyamannya jika menganggap setiap fakta yang diberi mengenai 1MDB merupakan satu pembohongan kepada rakyat.
Wan Syamsul Amly
Mon Jun 15 2015
KHAIRUDDIN: 'Najib enggan jumpa Tun M, jumpa perwakilan boleh pula' -Gambar fail
'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.
Hujan berterusan di Sabah dan Sarawak hingga esok
MetMalaysia memaklumkan, daerah yang dijangka terlibat ialah Telupid, Beluran dan Sandakan.
Pusingan Kerja Petugas Kaunter semua kementerian bermula hari ini
Langkah ini selaras dengan matlamat reformasi perkhidmatan awam untuk mewujudkan sistem kerja yang lebih dinamik serta responsif kepada keperluan rakyat.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan Amerika Syarikat menangguhkan kenaikan tarif import ke atas Kanada dan Mexico.
Arman Rumaizi dilantik Naib Canselor UPNM
Sebelum pelantikan ini, Arman Rumaizi memegang jawatan sebagai Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak 2022.
Remaja perempuan maut diserang jerung ketika berenang di Australia
Mangsa yang berusia 17 tahun mengalami kecederaan yang mengancam nyawa dan tidak dapat diselamatkan.
Impian Kripto ASEAN: Masa Depan Ekonomi Digital
Impian Kripto ASEAN merujuk kepada visi untuk mengintegrasikan dan memajukan teknologi kriptowang dan blockchain dalam rantau ASEAN. Inisiatif ini bertujuan untuk memanfaatkan potensi aset digital bagi memacu pertumbuhan ekonomi, inovasi, dan keterangkuman kewangan di seluruh negara anggota.
AWANI Ringkas: Tumpuan Dewan Rakyat | Sambutan Thaipusam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City sambar arkitek baharu dari Porto
Nico Gonzalez menandatangani kontrak selama empat tahun setengah dengan yuran perpindahan sebanyak 60 juta euro (RM277.4 juta).
ASEAN Kita:Timor Leste | The road to full membership
Join our exclusive discussion on ASEAN Kita with Dr. Azmi Hassan, Geostrategist, as we explore Timor-Leste’s journey towards full ASEAN membership, the challenges ahead, and what this means for the region.
Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.
Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.
Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.
Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
Najib guna panggilan telefon untuk pengaruh 1MDB jalin usaha sama dengan PSI - Pendakwaan
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Najib di Mahkamah Tinggi mendakwa bekas Perdana Menteri itu menggunakan panggilan telefon untuk memberi tekanan kepada 1MDB supaua membentuk usaha sama dengan PSI.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.
Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Najib mengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya meninjau projek berpotensi menjana kekayaan.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Januari 2025.