Muhyiddin yang mengakui hanya diberitahu mengenainya pada Selasa, memberitahu menerima panggilan sekitar jam 11.30 pagi ketika beliau berada di Sendayan, Negeri Sembilan.
"Tapi saya hanya dapat bertemu dengan beliau (Datuk Seri Najib Razak) selepas saya pulang ke Putrajaya lebih kurang jam 12.15 begitulah.
"Dia (Najib) jemput saya dan bagi tahu selepas perbincangan dan berikan pendapat beliau, dan saya menjelaskan apa-apa yang patut saya jelaskan," jelas Muhyiddin pada sidang media khas di kediamannya di Bukit Damansara hari ini.
Muhyiddin turut mengajukan persoalan berkenaan tujuan perjumpaan tersebut.
"Lepas itu saya bertanya, apa tujuan saya dijemput? Adakah ada kaitan dengan rombakan jemaah menteri? Dia (Najib) mengangguk.
"Lepas itu saya kata: Adakah 'you' nak cakap apa-apa dengan saya? Dia (Najib) rasa susah nak cakap. Adakah bermakna nama saya tak tersenarai? Bila dia mengangguk saya kata terima kasih.