Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengisytiharkan Isnin 4 Sept ini sebagai cuti khas kerana pencapaian Malaysia yang luar biasa pada temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017).
"Bukan senang nak bagi cuti sebab Malaysia sudah terlalu banyak cuti. Tetapi kerana pencapaian kita yang luar biasa, sokongan rakyat berbilang kaum yang padu, pencapaian para atlet yang cemerlang.
"Maka dengan ini bagi pihak kerajaan saya umumkan cuti umum pada 4 Sept," katanya semasa berucap pada majlis sambutan Ambang Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini yang berlangsung sejurus selepas majlis penutupan rasmi KL2017.
Pengisytiharan itu disambut sorakan kegembiraan oleh ribuan penonton di stadium tersebut.
Sementara itu, Najib, dalam kenyataan mengenai perkara itu, berkata kerajaan memutuskan cuti umum itu sebagai menghargai pengorbanan atlet negara dan semua yang terlibat dalam menyemarakkan kecemerlangan negara sempena KL2017.
Ia juga, kata perdana menteri, sebagai menghargai sokongan tidak terhingga yang ditunjukkan seluruh rakyat Malaysia sepanjang penganjuran temasya sukan dwitahunan itu.
Menurutnya, pengisytiharan cuti itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 bagi Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Bagi Sabah dan Sarawak ia diselaras mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.
Malaysia muncul juara keseluruhan edisi temaya ke-29 sukan serantau itu dengan kutipan 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 31 2017
Najib berkata kerajaan memutuskan cuti umum itu sebagai menghargai pengorbanan atlet negara dan semua yang terlibat dalam menyemarakkan kecemerlangan negara sempena KL2017. --fotoBERNAMA
M6: SRG, Vamos kembali hidup peluang ke pusingan kalah mati
Kejayaan diraih selepas mencatat kemenangan penting pada aksi keempat peringkat Swiss menentang Keep Best Gaming, di Putrajaya, pada Rabu.
Polis Thailand banteras 'Shell Company' dikaitkan dengan rangkaian jenayah siber
Pelabur mengupah 14 firma perakaunan untuk mendaftarkan entiti korporat dan membuka akaun bank untuk aktiviti haram.
NATO gesa anggota tingkatkan perbelanjaan pertahanan hadapi ancaman
Setiausaha Agung NATO menyeru anggota meningkatkan perbelanjaan pertahanan melebihi 2 peratus KDNK, dengan fokus pada pengeluaran ketenteraan lebih pantas dan cekap.
Penunjuk perasaan anti-Yoon anjur perhimpunan menyalakan lilin di seluruh negara
Kumpulan sivil dan buruh mengadakan perhimpunan menyalakan lilin atau protes di seluruh negara pada Rabu untuk menuntut peletakan jawatan Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang kontroversial, lapor agensi berita Yonhap.
Isu Korea Selatan: Pembangkang Korea Selatan kemuka usul pecat presiden
Usul pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol telah dilaporkan di Parlimen Korea Selatan pada awal pagi Khamis.
Kekejaman Zionis: Israel serang selatan Gaza, 47 syahid
Kereta kebal Israel mara ke bahagian utara kawasan Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza pada Rabu, sementara serangan udara Israel telah mengorbankan sekurang-kurangnya 47 orang di seluruh wilayah itu, menurut medik Palestin.
SPKK kumpul dana RM10,000 untuk Palestin
Kempen ini adalah simbol solidariti rakyat Malaysia terhadap Palestin dan mencerminkan nilai ihsan serta belas kasihan.
Protes Georgia: Rakyat Malaysia dinasihatkan berwaspada - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang tinggal atau berkunjung ke Georgia dinasihatkan sentiasa berwaspada susulan demonstrasi yang berterusan di Tbilisi, menurut Kementerian Luar pada Isnin.
Sidang Parlimen: Perkara berkaitan banjir antara tumpuan hari ini
Isu berkaitan situasi banjir yang sedang melanda negara ketika ini antara yang menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Jangan alpa, penyakit bawaan air boleh bawa maut - Pakar
Penyakit seperti kolera dan leptospirosis bukan perkara kecil, sebaliknya boleh membawa maut.
KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.
Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.
Woodball: Amsyar Sirhan impikan berada lima teratas bagi kategori terbuka lelaki
Beliau optimis dengan sasaran tersebut berdasarkan kemahiran bermain sukan itu sejak berusia 12 tahun lagi.
Nicol David dilantik sebagai duta pendidikan ITA
Katanya, beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi suri teladan kepada atlet muda di Malaysia dan seluruh dunia.
UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.
Sukan Paralimpik: Misi lengkapkan 10 emas bermula esok
Bermula esok, obor perjuangan kontinjen negara akan terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.
Sukma 2024: Selangor optimis capai kedudukan tiga teratas
Selangor turut meletakkan sasaran memenangi 13 hingga 15 peratus daripada keseluruhan 488 pingat emas yang dipertandingkan.
Hanya 20 peratus atlet terlibat program celik kewangan, persaraan - Shalin Zulkifli
Hanya 20 peratus daripada lebih 500 atlet kebangsaan yang menyertai program celik kewangan.
Atlet, legenda sukan suarakan solidariti untuk Gaza
Atlet, tokoh dan peminat sukan bersolidariti menunjukkan sokongan kepada Palestin dan mengecam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.