Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakilinya gagal dalam usaha untuk mencabar pelantikan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes yang dihadapi mereka.
Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Azizah Nawawi, menolak dalam kamarnya, permohonan oleh Najib dan Muhammad Shafee bagi kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung pelantikan Sri Ram.
Najib diwakili oleh Muhammad Shafee sementara peguam Harvinderjit Singh mewakili Muhammad Shafee. Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan pula mewakili Jabatan Peguam Negara.
Dalam penghakimannya, Azizah berkata permintaan yang dipohon dalam permohonan kebenaran oleh Najib dan Muhammad Shafee adalah serupa dengan permohonan yang dibuat oleh mereka di Mahkamah Tinggi Jenayah.
Hakim berkata adalah lebih sesuai bagi isu ini (pelantikan Sri Ram sebagai pendakwa raya kanan) ditangani di Mahkamah Tinggi jenayah, kerana permohonan yang sama masih menunggu untuk didengar di mahkamah itu.
"Saya berpendapat permintaan yang dipohon di sini adalah permintaan yang sama yang dikemukakan menerusi notis usul jenayah.
"Ini bukannya isu bidang kuasa kerana mahkamah ini dan Mahkamah Jenayah mempunyai bidang kuasa mengenai perkara itu.
"Ia cuma mahkamah ini boleh mengeluarkan perintah certiorari sementara Mahkamah Jenayah boleh memberikan perintah kepada Peguam Negara (AG) untuk memberikan surat pelantikan kepada pemohon.
"Berhubung dengan perintah pengisytiharan yang dipohon, mahkamah ini dan Mahkamah Tinggi Jenayah mempunyai bidang kuasa serentak," kata beliau.
Najib dan Muhammad Shafee telah memfailkan permohonan semakan kehakiman secara berasingan pada Disember tahun lepas dengan menamakan Peguam Negara/Pendakwa Raya sebagai responden pertama manakala Kerajaan Malaysia dan Sri Ram sebagai responden kedua dan ketiga.
Dalam kedua-dua permohonan, mereka memohon perintah untuk membatalkan keputusan oleh Peguam negara/Pendakwa Raya yang menurut mereka, tidak mengemukakan kepada mereka salinan surat pelantikan Sri Ram untuk mengetuai pasukan pendakwaan dan dengan itu mendakwa telah melanggar Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah.
Mereka juga memohon perintah mahkamah untuk membatalkan atau menggugurkan pelantikan Sri Ram dengan menyatakan bahawa surat pelantikan itu tidak sah, dan memohon pengisytiharan bahawa terdapat percanggahan kepentingan dalam pelantikan itu.
Mereka juga memohon perintah untuk melarang Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam semua kes yang dihadapi mereka, termasuk dalam kes rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 20 2019

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Bekas hakim, peguam swasta dilantik jadi pengantara bagi proses mediasi - Azalina
Khidmat bekas hakim dan peguam diperlukan untuk dilantik sebagai pengantara bagi menjalankan proses mediasi di Jabatan Bantuan Guaman (JBG).

Pesara hakim, balu saman kerajaan, PM berhubung kegagalan kenaikan pencen
Mereka menamakan Kerajaan Malaysia, Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebagai defendan.

Bekas hakim, timbalan pendakwa raya, peguam bebas tuduhan terima rasuah
Mahkamah Sesyen Shah Alam melepas dan membebaskan tiga pengamal undang-undang termasuk seorang bekas hakim atas pertuduhan menerima rasuah wang tunai RM17,500, dua tahun lepas.

Laporan audit 1MDB: Najib gagal gugurkan Sri Ram daripada pasukan pendakwaan
Ini merupakan cubaan kali ketiga Najib untuk menggugurkan Sri Ram sebagai pendakwa dalam kes jenayah berkaitan 1MDB itu.

Penghakiman dua bekas hakim kanan dilindungi doktrin de facto - Mahkamah Persekutuan
Tengku Maimun berkata doktrin de facto adalah bertujuan memelihara integriti keputusan kehakiman dan melindungi keputusan hakim daripada serangan kolateral.

Bekas hakim, peguam didakwa terima rasuah
Tiga pengamal undang-undang termasuk seorang bekas hakim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan menerima rasuah wang tunai RM17,500, Julai lepas

Najib, Shafee gagal dalam usaha batalkan pelantikan Sri Ram ketuai pasukan pendakwaan
Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Azizah Nawawi, menolak dalam kamarnya, permohonan oleh Najib dan Muhammad Shafee bagi kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman.

Hamid perlu buat laporan untuk dapat perlindungan saksi - Muhyiddin
Menurut Muhyiddin, ketika ini Putrajaya masih belum membuat keputusan mengenai ini memandangkan Hamid masih belum membuat laporan polis atau laporan kepada mana-mana pihak berkuasa.

Peru keluar waran tangkap antarabangsa ke atas bekas hakim
Dalam satu sidang media Perdana Menteri, Cesar Villanueva berkata, pada 7 Oktober bekas hakim itu dilaporkan meninggalkan negara Peru melalui pintu sempadan di utara secara haram.

Undang-undang tak halang hakim bersara beramal - Majlis Peguam Malaysia
Majlis Peguam Malaysia menyatakan pendirian berbeza ke atas isu berhubung tindakan hakim bersara yang kemudiannya menjadi peguam bela.