Para pemimpin MIC hari ini bersetuju pemilihan semula parti itu diadakan sebagai jalan penyelesaian krisis MIC.
Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan dua pemimpin MIC dengan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya.
Perdana menteri dalam satu kenyataan berkata beliau telah bertemu Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Timbalan Presiden Datuk Seri Dr S. Subramaniam bagi membincangkan masalah dalaman parti itu.
Turut hadir pada pertemuan itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Keputusan ini akan dimaklumkan oleh parti MIC kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar tindakan sewajarnya boleh diambil untuk melaksanakan pemilihan semula parti MIC," katanya.
Beliau berkata butir-butir pemilihan semula parti akan diumumkan selepas surat daripada ROS diterima oleh parti berkenaan.
Krisis dalaman MIC tercetus selepas ROS membatalkan pemilihan bagi jawatan tiga naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam perhimpunan agung MIC di Melaka pada November 2013.
Dalam surat bertarikh 5 Dis 2014, ROS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi jawatan berkenaan dalam tempoh 90 hari.
Bernama
Wed Feb 04 2015

Para pemimpin MIC hari ini bersetuju pemilihan semula parti itu diadakan sebagai jalan penyelesaian krisis MIC. - Gambar Fail
Sekatan Israel langgar undang-undang antarabangsa - Liga Arab
Parlimen Arab mengecam tindakan sekatan bantuan kemanusiaan yang dilakukan oleh Israel dan menyifatkan ia sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Orang ramai serbu bazar, walaupun kenaikan harga
Hari pertama umat Islam menjalani ibadat puasa menyaksikan orang ramai berpusu-pusu mencari makanan dan juadah berbuka di Bazar Ramadhan Stadium Sultan Muhamad ke-IV

Lebih 35,000 kes penipuan dengan kerugian RM1.6 bilion direkodkan tahun lepas
Ramli berkata jumlah itu mewakili 84.5 peratus daripada 41,701 kes jenayah komersial dilaporkan pada tahun lepas.

Perkhidmatan funikular Bukit Bendera tutup 16 hingga 22 Jun
Penyelenggaraan termasuk menukar 'bogie' bagi koc Mutiara dan pemeriksaan elektrik serta elektronik, di bawah pengawasan jurutera dari Switzerland.

Perancis, UK cadang gencatan senjata selama sebulan di Ukraine
Paris dan London mencadangkan gencatan senjata "separa" selama sebulan di Ukraine, meliputi serangan ke atas infrastruktur udara, laut dan tenaga.

Malaysia mohon longgar syarat bagi Timor-Leste jadi anggota penuh ASEAN
Berdasarkan peraturan sedia ada, terdapat 88 prasyarat ditetapkan yang perlu dipenuhi oleh Timor-Leste sebelum boleh menjadi ahli penuh rantau itu.

EU sekali lagi tingkatkan kebergantungan kepada baja Rusia - Eurostat
Sejak sekatan terhadap Rusia dikenakan, negara-negara EU telah mengurangkan import baja Rusia dengan ketara.

Menang Oscar, pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: Siasat Ismail Sabri, bukan sebab politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ayam golek RM1 habis dalam masa sejam, peniaga alu-alukan infak orang ramai
Restoran Terubuk Bakar di Jalan Langgar mencipta fenomena apabila ayam bakar dijual pada harga RM1 habis dalam masa kurang dari sejam pada Ahad.

E-sukan sebagai subjek sekolah di Malaysia?
Adakah Malaysia bakal mencontohi negara jiran dengan memperkenalkan subjek e-sukan dalam sukatan pelajaran di sekolah?

Tindakan tegas terhadap syarikat kawalan keselamatan sekolah - Kamalanathan
Antara tindakan itu termasuk tidak melanjutkan kontrak syarikat berkenaan kerana tindakan mogok di dua sekolah baru-baru ini boleh membahayakan keselamatan pelajar.

Kementerian Pendidikan gantung syarikat pembekal mi goreng 'kaca'
Kementerian Pendidikan telah menggantung perkhidmatan syarikat yang membekal mi goreng di pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Nigel Gardner, Hulu Selangor

'Guru holistik platform lahir murid cemerlang' - Kamalanathan
Kewujudan guru holistik menjamin pembentukan murid cemerlang yang mampu mentaksir kebijaksanaan merangkumi akal dan kecerdasan emosi.

Jerebu: Sekolah di KL, Selangor, Putrajaya, N.Sembilan, Melaka diarah tutup Selasa
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengarahkan sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup.

'Menteri Pendidikan jangan malas tinjau sekolah pedalaman' - Dr Mohd Puad
Sikap malas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan punca sekolah di Keningau, Sabah serta beberapa lagi sekolah pedalaman masih berada dalam keadaan daif.

Mahasiswa perlu berani, fikir lebih luas terokai bidang pekerjaan - Kamalanathan
Golongan mahasiswa perlu berani dan berfikiran lebih luas untuk meneroka bidang pekerjaan, kata Timbalan Menteri Pendidikan II P.Kamalanathan.

Tiada pemotongan bajet sekolah untuk peruntukan banjir - Kamalanathan
Tiada pemotongan bajet sedia ada untuk sekolah di negara ini yang diambil bagi disalurkan kepada mangsa banjir di Pantai Timur.

Kerajaan kaji larangan bawa telefon bimbit ke sekolah - Kamalanathan
Kementerian Pendidikan sedang mengkaji cadangan untuk menimbang semula keputusannya untuk tidak membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah.

Pentadbiran sekolah jangan keterlaluan, baju kurung milik orang Malaysia - Nik Safiah
Pentadbiran sekolah dinasihatkan supaya menghormati tata pakaian seragam pelajar yang sudah ditetapkan dan tidak sekali-kali membezakannya mengikut agama atau bangsa tertentu.