Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya menerajui Malaysia untuk mencapai antara rekod pertumbuhan yang paling mengagumkan di Asia Tenggara dengan menggabungkan dasar-dasar ekonomi
pro-pasaran dan keterangkuman sosial, kata bekas Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia.
John Dauth, yang berada di Malaysia dari 1993 hingga 1996, berkata sejak Najib menjadi Perdana Menteri, 1.8 juta pekerjaan diwujudkan, membawa kepada kadar pengangguran 3.0 peratus — antara yang terendah di rantau ini dan separuh atau kurang daripada Indonesia (6.0 peratus) dan Filipina (6.8 peratus).
"Pertumbuhan tersebut turut menyaksikan transformasi taraf hidup, dengan purata pendapatan isi rumah meningkat lebih daripada 20 kali ganda. Malaysia mencatat prestasi baik dalam beberapa dekad ini selepas 1970.
"Sebagai hasilnya, negara berada di ambang melepasi had Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada US$15,000 per kapita dan bakal memasuki tahap pendapatan negara maju, dan matlamat Najib diberi tumpuan dalam program ekonomi 2016-2020 Malaysia," tulis beliau dalam ruangan pendapat untuk The Australian, yang disiarkan hari ini.
Beliau berkata Perdana Menteri mengambil langkah awal untuk mengukuhkan kewangan awam, penting sebagai penampan terhadap trend global, dan menurut rundingan Artikel IV Dana Monetari Antarabangsa baru-baru ini, "pengukuhan fiskal adalah tepat pada masanya, pada kadar yang sesuai, dan kekal pada landasan yang betul."
Dauth menekankan pada tahun lepas, Najib mengambil langkah berani dengan mengambil peluang daripada penurunan harga minyak untuk menghapuskan subsidi petrol dan diesel.
Ini tambahan kepada pengenalan cukai barang dan perkhidmatan pada kadar 6.0 peratus untuk mengukuhkan asas cukai negara dan mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak dan gas yang tidak menentu.
Dengan pelbagai pembaharuan dilaksanakan, defisit fiskal Malaysia hampir separuh sejak Najib menjadi Perdana Menteri dan bakal menjadi sifar pada tahun 2020.
Dauth berkata Malaysia merupakan sebuah negara dengan pertumbuhan ekonomi yang amat pesat ketika ini.
"Anda tidak akan mampu berbuat demikian tanpa kepimpinan yang baik daripada pemimpin seperti Najib," katanya.
Bernama
Fri Nov 13 2015

DAUTH: Pertumbuhan tersebut turut menyaksikan transformasi taraf hidup, dengan purata pendapatan isi rumah meningkat lebih daripada 20 kali ganda.
PM Anwar tiba di Hanoi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Hanoi pada Selasa malam bagi lawatan kerja dua hari ke Vietnam dan dijadualkan menyampaikan ucaptama pada Forum Masa Depan ASEAN (AFF) kedua, pada Rabu.
15 rakyat Malaysia dipaksa jadi scammer di Myanmar - Polis
Siasatan polis mendapati 15 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Myanmar dipaksa bekerja sebagai scammer bagi pelaburan mata wang kripto, bitcoin serta love scam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 25 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MOT minta CAAM tambah baik sistem permohonan penggunaan dron - Loke
MOT meminta CAAM untuk melakukan penambahbaikan terhadap sistem permohonan penggunaan dron memandangkan penggunaannya yang semakin meluas.

Tiga PPS dibuka di tanah Merah akibat banjir
Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Tanah Merah bagi memberi perlindungan kepada 62 orang daripada 17 keluarga akibat bencana banjir, setakat pukul 10 malam ini.

Peningkatan pesakit susulan, tidak rujuk waktu temu janji punca Klinik Kardiologi HSIS sesak
Kesesakan di Klinik Kardiologi HSIS Serdang, Selangor dikenal pasti berpunca daripada peningkatan pesakit susulan yang tidak hadir temu janji pada Selasa minggu sebelumnya.

Pertemuan dengan Sheikh Dr Ekrima pahat usaha perjuangkan Masjid Al-Aqsa - PM Anwar
Anwar Ibrahim menyifatkan pertemuan beliau dengan Sheikh Dr Ekrima sebagai sangat bermakna dalam memahat usaha berterusan memperjuangkan kedudukan Masjid Al-Aqsa.

Lelaki cabul kanak-kanak di masjid didakwa Khamis ini
Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, Khamis ini.

Warga emas muat naik hantaran bersifat palsu dipenjara enam bulan - MCMC
Seorang warga emas dijatuhkan hukuman penjara enam bulan selepas gagal membayar denda RM30,000 atas kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong.

Najib terajui pertumbuhan Malaysia mengagumkan - Bekas diplomat Australia
Sejak Najib menjadi Perdana Menteri, 1.8 juta pekerjaan diwujudkan, membawa kepada kadar pengangguran 3.0 peratus antara yang terendah di rantau ini.