Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan struktur dan fungsi penubuhan Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) yang akan menimbang perancangan serta-merta dan jangka sederhana bagi mengukuhkan lagi asas-asas ekonomi Malaysia.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata JKE yang akan melapor terus kepada beliau, akan mempertimbangkan penelitian terhadap isu-isu semasa seperti nilai ringgit, mengekalkan kestabilan pasaran kewangan serta mengukuhkan keyakinan dalam pasaran modal.
Beliau berkata penubuhan JKE mengambil kira keadaan semasa dalam menangani dan mengurangkan sebarang impak global ke atas ekonomi sebenar negara.
"Keputusan untuk mewujudkan JKE adalah berdasarkan keperluan kerajaan untuk membangunkan dan melaksanakan strategi serta-merta dan pelan tindakan untuk memastikan Malaysia terus dalam pertumbuhan," katanya pada sidang media berhubung penubuhan JKE itu, di sini hari ini.
Katanya JKE akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, dan dianggotai tokoh ekonomi dan korporat bagi melengkapkan lagi kapasiti dan keupayaan sedia ada.
Individu yang akan menganggotai JKE terdiri daripada Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Tan Sri Azman Mokhtar, Ketua Penasihat kepada Suruhanjaya Peraturan Perbankan China Tan Sri Andrew Sheng Len Tao, Pengerusi Eksekutif Symphony Life Bhd Tan Sri Mohamed Azman Yahya dan Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RAM Holdings Bhd Datuk Seri Dr K.Govindan, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Moor Azlan Ghazali, Pengerusi Persatuan Bank-bank di Malaysia Datuk Abdul Farid Alias serta Presiden Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia Datuk Seri Saw Choo Boon.
JKE akan diurusetiakan oleh Sekretariat di Unit Perancang Ekonomi (EPU) dengan Timbalan Ketua Pengarah EPU Datuk K.Yogeesvaran dilantik sebagai ketua sekretariat, katanya.
Najib berkata JKE akan disertai bersama oleh beberapa pegawai tertinggi Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Suruhanjaya Sekuriti, Pejabat Perdana Menteri dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (Ketua Sekretariat, Jawatankuasa Khas Ekonomi).
Najib berkata penubuhan JKE adalah terhad sehingga kemelut ekonomi global reda dan keadaan kembali stabil.
"Ia jawatankuasa jangka pendek," kata Perdana Menteri.
Najib berkata JKE akan mengadakan pertemuan setiap minggu atau lebih kerap jika perlu untuk menimbang dan mencadangkan langkah-langkah segera.
JKE dijangka mengadakan mesyuarat pertamanya minggu depan, katanya.
Pada masa yang sama, beliau berkata pihak-pihak berkaitan akan dijemput dalam perbincangan untuk menangani isu-isu dasar, menyelesaikan urusan operasi atau membantu menyelesaikan masalah yang menghalang pertumbuhan ekonomi.
"Kita boleh jemput sesiapa yang difikirkan patut untuk membuat pembentangan.
"Kalau fikir ada ahli ekonomi ada cadangan bernas, ia boleh dibawa untuk pertimbangan kerajaan," katanya.
Ditanya sama ada JKE akan memberi fokus kepada pergerakan ringgit, Najib berkata: "Segala-galanya yang kita fikirkan patut, berhubung keadaan semasa yang ada kaitan dengan ringgit, soal menstabilkan keadaan semasa, soal keyakinan dan apa yang boleh kita lakukan dalam konteks domestik, terutama faktor-faktor dalaman.
Najib dalam pada itu menegaskan bahawa Majlis Ekonomi sedia ada, yang beliau pengerusikan, akan terus berfungsi dengan memberi tumpuan kepada isu ekonomi secara menyeluruh.
Majlis Ekonomi itu antara lain akan terus merumuskan strategi untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan langsung asing dan pelaburan domestik, mengenal pasti cara untuk mengawal inflasi dan merangka strategi bagi memastikan bekalan yang mencukupi, katanya.
Majlis Ekonomi juga akan merangka jaringan keselamatan sosial yang komprehensif untuk melindungi kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah, katanya.
Khamis lepas, Najib menyatakan bahawa asas-asas ekonomi Malaysia adalah kukuh, sistem kewangan berdaya tahan dan komitmen berterusan kerajaan dalam melaksanakan langkah-langkah pembaharuan dan pengukuhan kedudukan fiskal.
Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan tidak akan mengenakan kawalan modal dan melaksanakan tambatan ringgit kepada dolar Amerika (US).
Beliau juga menekankan bahawa kerajaan Malaysia berpandangan bahawa tahap semasa ringgit tidak mencerminkan asas ekonomi semasa yang kukuh, dan kerajaan sentiasa peka terhadap integrasi ekonomi Malaysia dengan ekonomi global.
Najib berkata ketidaktentuan kedudukan global masa ini memerlukan tindakan lebih responsif dan tegas.
"Kerajaan berazam untuk menangani dan mengurangkan sebarang impak global ke atas ekonomi sebenar negara," katanya.
Bernama
Wed Aug 26 2015
JKE akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, dan dianggotai tokoh ekonomi dan korporat bagi melengkapkan lagi kapasiti dan keupayaan sedia ada. - Foto Bernama
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Najib umum struktur dan fungsi JKE untuk kukuhkan asas ekonomi negara
Penubuhan JKE mengambil kira keadaan semasa dalam menangani dan mengurangkan sebarang impak global ke atas ekonomi sebenar negara.