Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari berkata kerajaan yakin akan dapat melaksanakan langkah-langkah mengurangkan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Katanya, langkah-langkah itu akan dapat dilaksanakan Kementerian Kewangan meskipun mendapat banyak kritikan.

"Saya yakin kementerian kewangan boleh bersama-sama memastikan pelan pemulihan itu dapat dilaksanakan walaupun kita berdepan dengan begitu banyak kritikan."

"Lambat laun kita boleh membuktikan bahawa langkah-langkah memulihkan 1MDB boleh mencapai matlamatnya," katanya.

BACA: Biarkan Ketua Audit Negara siasat 1MDB terlebih dahulu - Najib

BACA: 'Jangan menghukum tanpa fakta kukuh' - 1MDB


Najib juga memberi jaminan isu 1MDB bakal terjawab selepas pembentangan Laporan Ketua Audit Negara yang akan diserahkan untuk pemeriksaan telus kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak lama lagi.

"Soal 1MDB akan terjawab dalam sedikit masa lagi sebab Ketua Audit Negara akan membentangkan laporannya kepad PAC"

"Saya amat berharap semua pihak akan menunggu laporan tersebut.," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini pagi tadi.