Najis dan bangkai tikus antara yang ditemui di dapur beberapa buah restoran di Pulau Pinang, dalam operasi dijalankan Bahagian Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), pada Khamis.
Pegawai Kesihatan Persekitaran MBPP M. Bawani berkata daripada enam premis yang diperiksa, tiga premis diarahkan tutup selama 14 hari, manakala tujuh kompaun telah dikeluarkan sepanjang operasi empat jam itu.
"Kita telah menjalankan prosedur penutupan premis dan mengeluarkan tujuh kompaun berjumlah RM420. Kita juga disertai pegawai Jabatan Perkhidmatan Perbandaran MBPP, yang telah mengeluarkan kompaun bernilai RM500, atas kesalahan membuang sisa ke dalam sistem saliran awam.
"Penutupan premis ini kerana kita jumpa hurungan tikus, lipas dan bangkai tikus di premis makanan, serta wujudnya pencemaran silang," katanya kepada pemberita selepas menjalankan pemeriksaan di premis-premis makanan sekitar bandar raya George Town, di sini pada Khamis.
Beliau berkata pihaknya akan menjalankan pemeriksaan dan pemantauan susulan ke atas premis terbabit, bagi memastikan pemilik premis mengambil langkah-langkah wajar, untuk memperbaiki kesalahan mereka.
Dalam pada itu, Bawani berkata sebuah restoran nasi kandar terkenal di Jalan Gurdwara, di sini turut dikenakan dua kompaun atas kesalahan meletakkan bahan masakan mentah di atas lantai, selain wujud pencemaran silang pada makanan yang siap dimasak.
"Kita dapati masih ada kotoran (najis ayam) pada kulit telur rebus. Telur yang belum dikupas juga direndam sekali dengan telur yang telah dikupas, yang mampu menyebabkan berlakunya keracunan makanan," katanya.
Beliau berkata sejak 1 Nov tahun lepas, MBPP telah menjalankan lapan operasi membabitkan pemeriksaan ke atas 28 premis dan daripada jumlah itu 21 premis makanan diarahkan tutup, serta 33 kompaun bernilai RM2,500 dikeluarkan.
Tambahnya, pihaknya kini giat menjalankan operasi pada setiap minggu, bagi menjamin keselamatan dan kebersihan makanan, selain mewujudkan kesedaran kepada semua pengusaha premis makanan di sekitar Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 20 2020

Bahagian Pelesenan MBPP kini giat menjalankan operasi pada setiap minggu, bagi menjamin keselamatan dan kebersihan makanan serta mewujudkan kesedaran kepada semua pengusaha premis makanan di sekitar Pulau Pinang. - Astro AWANI

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Muzium Louvre ditutup susulan ancaman COVID-19
Sebahagian 9.6 juta pengunjung muzium terbabit adalah pelancong luar negara.