Nasihat Perjalanan dikeluarkan Amerika Syarikat (AS) tidak menjejaskan kehadiran pelancong ke Sabah, khususnya di kawasan pantai timur negeri itu, kata Pengerusi Tourism Malaysia Datuk Ahmad Shah Hussein Tambakau.
Menurutnya, pihaknya akan terus berusaha untuk meminta Kedutaan AS untuk mengeluarkan Malaysia daripada Nasihat Perjalanan yang dikeluarkan pada 9 April yang menyenaraikan negara ini ditanda 'K' iaitu mempunyai risiko penculikan dan dijadikan tebusan.
"Ia sebenarnya tidak menjejaskan ketibaan pelancong ke sini (Sabah). Kita harap sangat untuk keluarkan Malaysia dari dalam senarai... (dan) Kita sentiasa berusaha meminta Kedutaan AS menarik balik Nasihat Perjalanan tersebut.
"Seperti yang kita tahu, Sabah dan Kerajaan Persekutuan sentiasa memastikan keselamatan di Pantai Timur Sabah diperketatkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sesi Keterlibatan dan Jaringan Tourism Malaysia bersama pengiat industri pelancongan Sabah di sini pada Rabu.
Ahmad Shah berkata pada masa ini kehadiran pelancong ke Sabah menunjukkan peningkatan, dan masih ramai yang ingin datang berkunjung ke negeri itu khususnya di pantai timur negeri itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Shah berkata, Tourism Malaysia akan mengadakan Program Jelajah bersama media bagi menerokai, serta mempromosi beberapa tempat menarik di pantai timur Sabah termasuk Pulau Bum-Bum dan Pulau Bohey Dulang mulai Khamis hingga 28 April ini.
Sementara itu Ahmad Shah berkata, Tourism Malaysia mensasarkan sekurang-kurangnya kehadiran 4.5 juta pelancong ke Sabah sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020).
Beliau turut menggalakkan para penggiat industri pelancongan Sabah untuk memberi kerjasama dengan Tourism Malaysia dalam menghasilkan pakej pelancongan menarik, dan kreatif bagi merancakkan lagi sambutan VM 2020.
Majlis itu yang diadakan antara lain bertujuan membincangkan hala tuju dan kaedah promosi efektif bagi menjana kedatangan pelancong ke Sabah dihadiri 300 pengiat pelancongan Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2019

Ahmad Shah berkata pada masa ini kehadiran pelancong ke Sabah menunjukkan peningkatan dan masih ramai yang ingin datang berkunjung ke negeri itu. - Foto fail
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.
Di mana 250 rakyat Malaysia?
Kementerian Luar masih mengesan 250 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket tawaran pekerjaan di luar negara setakat 7 Mac lalu.
Dewan Negara lulus usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Dewan Negara hari ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Nasihat perjalanan dikeluarkan AS tidak jejas kehadiran pelancong
Nasihat Perjalanan dikeluarkan Amerika Syarikat (AS) tidak menjejaskan kehadiran pelancong ke Sabah, khususnya di kawasan pantai timur negeri itu.