Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mematuhi 'Rules of Engagement' penggunaan senjata api sebelum melepaskan tembakan ke arah bot nelayan Vietnam dalam kejadian kira-kira 180 kilometer dari Muara Tok Bali, Kelantan, pada Ahad, kata Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som.
Beliau berkata ini termasuk melepaskan tembakan amaran ke udara dalam usaha mempertahankan diri, nyawa dan aset kerajaan selepas bot nelayan berkenaan bertindak lebih agresif dengan merempuh Bot Penyelamat 7.
Malah, katanya siasatan ke atas bot nelayan Vietnam itu turut menemukan beberapa senjata berbahaya yang disimpan bersama sejumlah bungkusan plastik bom diesel di dalam beberapa kotak penyimpanan ikan, menunjukkan seolah-olah mereka telah membuat persiapan awal untuk melakukan tindakan ofensif apabila ditahan oleh agensi penguat kuasa Malaysia.
"Saya mengesahkan kejadian berlaku di luar Laut Wilayah (melepasi 12 batu nautika daripada garis pangkal) tetapi masih berada di dalam Zon Maritim Malaysia," katanya dalam satu kenyataan mengulas insiden berkenaan.
Beliau mengulas tindakan APMM Kelantan terpaksa melepaskan tembakan ke arah satu daripada dua bot nelayan Vietnam menceroboh perairan negara selepas pasukan keselamatan dibaling bom diesel serta dilanggar oleh bot asing itu yang meragut nyawa seorang nelayan Vietnam kira-kira 11.40 malam tadi.
Mengulas lanjut, Mohd Zubil berkata dalam kejadian itu nelayan berkenaan menyerang dengan membaling bom diesel dan senjata keras seperti batang besi, bongkah kayu besar dan spanar terhadap Bot Penyelamat 7 yang mengancam nyawa penguat kuasa dan harta kerajaan.
Bot nelayan terbabit bertindak lebih agresif apabila merempuh Bot Penyelamat 7 mengakibatkan bahagian hadapan kanan bot berkenaan remuk, selain badan dan tingkap cermin bot pecah akibat dilempar dengan beberapa senjata tajam.
Mohd Zubil berkata APMM akan menggunakan kuasanya yang diperuntukkan di bawah Seksyen 7 (3) Akta APMM 2004, untuk menyiasat kejadian menurut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh kepada penguat kuasa dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.
Bagi isu pencerobohan bot nelayan asing pula, Mohd Zubil berkata kes akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 serta Seksyen 6(1)(c ) Akta Imigresen 1959/1963.
"Siasatan telus akan dilakukan sewajarnya ke atas kejadian ini dan APMM akan terus melaksanakan penguatkuasaan undang-undang serta Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada bagi mengawal perairan negara daripada dicerobohi nelayan asing.
"APMM mengambil perhatian serius akan tindakan ganas dan melampau nelayan-nelayan Vietnam yang boleh memudaratkan nyawa penguat kuasa dan harta kerajaan Malaysia," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Zubil berkata menerusi Op Kuda Laut sejak 24 Jun lepas, sebanyak 43 bot asing telah ditahan dengan jumlah kru nelayan Vietnam yang ditangkap adalah 487 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 17 2020

Bot nelayan terbabit bertindak lebih agresif apabila merempuh Bot Penyelamat 7 mengakibatkan bahagian hadapan kanan bot berkenaan remuk. -Bernama

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Keselamatan perairan Selat Melaka terkawal - APMM
APMM tidak menerima sebarang laporan berkaitan insiden ancaman di Pantai Remis, Perak seperti didakwa dalam beberapa laporan media semalam.

Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.

APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan
APMM Selangor menahan lima lelaki Myanmar termasuk seorang tekong bot nelayan kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan di kedudukan 9.2 batu nautika barat daya Pulau Tengah, semalam.

Seorang lagi lelaki warga asing terlibat insiden tembakan di Morib meninggal dunia - Polis
Seorang lagi lelaki warga asing yang terlibat dalam insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor pada 24 Jan lepas meninggal dunia.

Insiden tembakan: Siasatan menjurus kepada kes lebih serius - Saifuddin
Menurut Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, siasatan awal menunjukkan keadaan corak atau situasi yang serupa berdasarkan kes-kes penyeludupan sebelum ini.

Insiden tembakan: Anggota Maritim Malaysia terbabit direhatkan - Saifuddin
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ini berdasarkan siasatan dalaman ke atas anggota yang terlibat.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.

Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.

Kawasan pencarian tiga nelayan dikhuatiri hilang dekat Pulau Payar diperluas
Operasi mencari dan menyelamat tiga mangsa diteruskan pada 7.30 pagi ini.

Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.