
Kenyataan HKL menyebut Najib menjalani pembedahan itu sebagai pesakit luar, dan perdana menteri telahpun pulang ke kediamannya untuk berehat. - Gambar fail
Netizen hari ini memberikan tumpuan kepada
pembedahan kecil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Rata-rata netizen mengucapkan agar Najib cepat sembuh.

Tindakan Najib memilih HKL turut dipuji netizen sebagai gambaran keyakinan terhadap perkhidmatan kesihatan kerajaan.