Saranan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar agar semua Ahli Parlimen lelaki memakai pakaian batik ketika bersidang di Dewan Rakyat merupakan satu langkah yang wajar dan harus dipuji.
Beliau turut memohon Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof agar membenarkan kod etika pemakaian itu untuk dilaksanakan.
Rentetan daripada itu, Astro AWANI telah menjalankan undian di Facebook berhubung persoalan "Setuju atau tidak jika Ahli Parlimen berpakaian batik Malaysia di Dewan Rakyat?"
Melalui undian yang dimulakan pada Selasa, seramai 82 peratus netizen setuju dengan saranan itu dan baki 18 peratus pula tidak setuju.
Dalam pada itu, turut terdapat beberapa komen positif yang setuju sekiranya kod pakaian itu diluaskan ke syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan diseragamkan untuk jawatan-jawatan tertentu.
Ia dilakukan dalam usaha membantu menaikkan industri tekstil warisan negara.
Komen lain turut melontarkan pandangan bahawa pemakaian batik melambangkan Malaysia negara yang berdaulat dan batik pula merupakan pakaian Melayu yang sopan serta terhormat.
Dalam pada itu, Pengerusi Yayasan Budi yang juga Budayawan Nasional, Tan Sri Rais Yatim mengakui bahawa semasa tampuk pemerintahan kerajaan terdahulu, mereka juga tidak berjaya membawa pemakaian batik ke dalam Parlimen.
"Semasa saya menjadi Menteri Kebudayaan, kami di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa) belum berjaya membawa pemakaian batik di Parlimen," katanya semasa dihubungi Astro AWANI.
Namun baginya, pemakaian batik di Parlimen adalah sesuatu yang baik dan perlu difikirkan.
Beliau turut merasakan dalam memperkasakan batik, ia memerlukan satu gerak kerja baharu dan dasar-dasar lama seperti pemakaian batik pada setiap hari Khamis di pejabat dan juga di tempat-tempat lain.
Tambahnya, jika terdapat program atau rekaan baharu batik Malaysia dikemukakan dengan bimbingan serta kepakaran kerajaan, ia mungkin akan memberi cetusan baru untuk industri tekstil tanah air.
Sahlizah Mohamed
Wed Mar 06 2019

Satu undian yang dijalankan oleh Astro AWANI di Facebook menunjukkan 82 peratus netizen yang mengundi setuju dengan cadangan Nurul Izzah agar semua lelaki memakai batik ketika bersidang di Dewan Rakyat. - BERNAMA/Fail

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.

Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.

92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.

Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.

PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.

PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.

Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.

Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.

Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.

Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.