Penang Forum, gabungan kumpulan masyarakat sivil berkepentingan awam, berkata ia kesal dengan kegagalan pihak berkuasa untuk mencegah kejadian tanah runtuh pada Jumaat di tapak projek lebuh raya berkembar di Jalan Bukit Kukus yang setakat ini telah meragut tiga nyawa.
Anggota Penang Forum Dr Lim Mah Hui berkata alam semula jadi telah memberikan isyarat pada minggu lepas apabila 14 batang galang konkrit sepanjang 25 meter tumbang ke lereng bukit tetapi tiada tindakan diambil.
"Kami tidak tahu apa sebenarnya berlaku di sini tetapi yang pasti ia menunjukkan wujud risiko apabila mengganggu alam semulajadi. Kini kita tahu kapasiti pemantauan kita amat lemah dan ini patut menjadi iktibar kepada kerajaan negeri dan selepas ini mereka tidak boleh lagi kata ia hanya kemalangan di tapak pembinaan," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan di tempat kejadian tanah runtuh itu di Paya Terubong di sini.
Kejadian tanah runtuh yang berlaku di tapak pembinaan lebuh raya berkembar bernilai RM545 juta di Jalan Bukit Kukus itu yang menghubungkan Paya Terubong ke Relau, mengakibatkan tiga orang maut, seorang cedera dan sekurang-kurangnya sembilan orang tertimbus di bawah timbunan tanah runtuh.
Lim berkata kejadian itu berlaku genap setahun selepas kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan Tanjung Bungah yang mengakibatkan 11 pekerja binaan tertimbus.
Bagaimanapun, rakan Lim, Dr Kam Suan Pheng yang merupakan saintis tanah berkata, hakisan tanah di Jalan Bukit Kukus bukan baru berlaku kerana perkara itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa tiga tahun lepas.
Katanya Penang Forum, menerusi kumpulan Penang Hill Watch, platform untuk orang awam mengadu tentang pembersihan hutan secara haram, telah menyerahkan dua laporan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Beliau berkata MBPP memberikan respons dengan menyatakan ia adalah projek pembinaan jalan dan mereka memantau kerja pembinaan itu.
"Jika mereka memantau keadaan, bagaimana kejadian ini boleh berlaku? Tanah di sini terdedah dan menutup tanah itu dengan kepingan plastik tidak akan menghalang hakisan apabila hujan," katanya.
Penang Forum ialah badan bukan kerajaan (NGO) masyarakat sivil, antara lain, berobjektif menggalakkan perancangan dan pembangunan mampan, ekonomi adil, pemuliharaan warisan dan kesedaran alam sekitar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 20 2018

"Jika mereka memantau keadaan, bagaimana kejadian ini boleh berlaku?". Itu yang ditegaskan pihak Penang Forum. - Gambar fail

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Haiwan pelik pernah ditemui
Alam semula jadi mengandungi kira-kira 8.7 juta spesies di mana pecahannya 6.5 juta di daratan manakala 2.2 juta berada dalam lautan.

Melaka pertingkat kualiti infrastruktur pelancongan menjelang WTD, WTC 2025
Melaka akan mempertingkatkan kualiti semua infrastruktur pelancongan di negeri berkenaan menjelang penganjuran WTD dan WTC, pada September 2025.

Terarium - Keceriaan tercipta di dalam bekas
Terarium ini mungkin boleh menjadi pilihan atau solusi bagi mereka yang suka tanaman tetapi sering kesuntukan masa.

PM Thai gesa peralihan kepada ekonomi berasaskan kreativiti
Srettha Thavisin mahu kerajaan supaya tidak bergantung kepada tenaga buruh berkemahiran rendah dan beralih menjadi sebuah negara yang digerakkan kebijaksanaan dan kreativiti rakyat.

Keindahan alam semula jadi tarikan di Geotapak Eko Rimba Bukit Ayer
Destinasi itu juga memiliki daya tarikan tersendiri antaranya rimba herba Perlis dan kolam untuk pengunjung mandi-manda.

BNM, Bank Dunia umum inisiatif untuk sokong hasil positif alam semulajadi
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Dunia hari ini mengumumkan dua inisiatif utama untuk membolehkan sektor kewangan menyokong hasil positif semula jadi.

Keindahan alam semula jadi tidak dapat diganti jika ia musnah - Tunku Azizah
Baginda bertitah amalan memelihara alam semula jadi adalah antara nilai yang diajar kepada Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim.

Britain rancang tingkat dana tangani perubahan iklim 11.6 bilion pound
Dana ke atas iklim antarabangsa ini akan menutup ruang untuk komitmen lain seperti kemanusiaan, wanita dan gadis.

Menggamit percutian ala kampung
Panorama kanopi menghijau yang terbentang luas dengan dikelilingi pokok hutan besar dan pokok durian pasti memberi kepuasan kepada pengunjung.

Sarawak rancang promosi pelancongan di Asia Barat
Ramai menyatakan minat menyertai pengembaraan di Sarawak kerana tertarik dengan alam semulajadi hutan hujan tropika yang subur.