Lebih 50 gabungan badan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menarik balik langkah melaksanakan ruang khas merokok di tempat awam.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, gabungan badan profesional dan NGO tidak bersetuju dengan idea berkenaan, apatah lagi dengan peruntukan RM1 juta yang disediakan.
Tindakan KPKT itu, tegas beliau, memberi mesej yang bertentangan dengan budaya hidup sihat dan fatwa pihak berkuasa agama Islam serta memberi sokongan kepada amalan tidak sihat tersebut.
“Kami menggesa KPKT agar menarik balik pelaksanaan kawasan merokok di tempat awam," kata Dr Zainal dalam sidang media di pejabat Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia pada Jumaat.
Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya menyokong usaha KPKT dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyediakan tempat pembuangan puntung rokok.
“Namun demikian, tempat pembuangan puntung rokok adalah sangat berbeza dengan penyediaan kawasan merokok.
“Tiada keperluan mengadakan kawasan merokok kerana mereka masih boleh merokok di mana-mana tempat selain 23 tempat yang diwartakan,” tambahnya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Kawalan Tembakau Malaysia, Shaari Ahmad Junid menegaskan, peruntukan RM1 juta yang diumumkan KPKT tidak sepatutnya digunakan untuk penyediaan tempat merokok.
Sebaliknya, wang tersebut harus digunakan untuk kegunaan peruntukan untuk mengubati perokok atau penyakit yang disebabkan rokok.
“Kami menuntut penjelasan daripada KPKT tentang pelaksanaan kawasan khas merokok ini.
“Jika tiada penjelasan lanjut, Majlis Kawalan Tembakau Malaysia akan mengadakan perbincangan pada 18 Januari ini untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Pada Selasa lalu, KPKT mengumumkan peruntukan RM1 juta kepada 155 Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negara bagi membina kawasan khas merokok di tempat awam.
Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, sebanyak RM5,000 akan diperuntukkan kepada PBT yang mengemukakan permohonan kepada kementerian selepas mengenal pasti lokasi pembinaannya.
Isabelle Leong
Fri Jan 10 2020
Lebih 50 gabungan badan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) pada Jumaat menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menarik balik pelaksanaan ruang khas merokok di tempat awam. - Astro AWANI/ISABELLE LEONG
'Zhuhai Airshow' kembali menemui pencinta aeronautik
Pertunjukan penerbangan dan pameran aeroangkasa antarabangsa terbesar China kembali menemui peminat industri aeronautik yang membuka tirainya pada Selasa. Pertunjukan udara Zhuhai yang kembali bagi tahun ke-15 itu mempamerkan pelbagai jenis pesawat berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh China dan pelbagai negara lain, termasuk aset ketenteraan.
Tumpuan Rabu – 13 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
China terus beri tekanan kepada Filipina
Isu laut China Selatan terus memuncak antara Filipina dengan China. Filipina mendakwa China tidak berhenti memberi tekanan untuk menyerahkan hak kedaulatannya di lautan itu.
10 Berita Pilihan - (12 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aktor Korea Selatan, Song Jae Rim, meninggal dunia
Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.
New Zealand buat permohonan maaf
New Zealand menawarkan permohonan maaf kepada mangsa dan keluarga ratusan ribu orang muda dan golongan rentan yang mengalami penderaan fizikal dan seksual di institusi jagaan sejak 70 tahun lalu.
Israel bawa bencana alam sekitar di Gaza - Erdogan
Erdogan menuntut agar mereka yang bertanggungjawab dibicarakan di mahkamah antarabangsa dan diberi hukuman setimpal.
Anugerah usaha tegas cungkil bakat kesenian artis muda
Seni bukan hanya sekadar karya perhiasan semata-mata tetapi ia adalah simbol mengungkap banyak mesej tersirat dalam setiap coretan lukisan.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Siasatan kerugian pelaburan diguna tambah baik tatakelola
Dapatan audit dalaman dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), akan digunakan untuk menambah baik tatakelola Khazanah Nasional Bhd (Khazanah)
Pengamal media bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.
Kerajaan boleh guna pengalaman NGO salurkan bantuan - MERCY Malaysia
Kerajaan boleh menggunakan pengalaman Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk membantu menyalurkan sumbangan keperluan asas kepada golongan yang terjejas akibat Pandemik Covid-19.
Syarikat korporat, NGO, dan masyarakat digesa tingkat bantuan kepada Orang Asli
Ini bagi membantu mengurangkan beban Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meliputi semua kawasan pedalaman orang asli.
Badan kebajikan, NGO disaran tidak fokus bantuan gelandangan di satu tempat - TPM
Badan kebajikan perlu teroka kawasan lain yang mempunyai gelandangan dan tidak mengambil jalan mudah dengan hanya fokus kepada satu tempat.