Niat baik seorang lelaki untuk mengalihkan serpihan tayar demi keselamatan pengguna jalan raya tidak kesampaian apabila dia sebaliknya maut dirempuh sebuah lori pagi tadi.
Kejadian berlaku di Kilometer 453.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari arah Rawang ke arah Hospital Sungai Buloh kira-kira jam 11 pagi.
Mangsa yang juga seorang kontraktor dirempuh sebuah lori yang gagal mengelak ketika mangsa sedang mengangkat serpihan tayar.
Mangsa dikenali sebagai Mohd Noor Shaari, 64, dari Chemor, Perak.
Menurut saksi, yang juga rakan mangsa, mangsa sebelum itu telah berhenti di lorong kecemasan sebelum menuju ke arah tengah lebuh raya untuk mengutip serpihan tayar lori.
Dia hanya tergamam apabila mendengar bunyi dentuman kuat dan kemudiannya mendapati mangsa telah dirempuh sebuah lori yang gagal mengelak sehingga menyebabkan rakannya itu tercampak.
Mangsa yang cedera parah disahkan maut di tempat kejadian.
Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
Astro Awani
Thu Jan 23 2020
Rakan sekerjanya itu hanya tergamam apabila mendengar bunyi dentuman kuat dan kemudiannya mendapati mangsa telah dirempuh. - Foto Astro AWANI
Perdana Menteri Palestin gesa PBB bertindak hentikan genosid di Gaza
Mustafa menyeru pihak antarabangsa memberikan tekanan yang lebih agar Israel bertanggungjawab atas jenayahnya.
Potensi eksport Malaysia, aliran masuk FDI dijangka lebih cerah dengan kemenangan Trump
Perkara itu melibatkan sektor terutamanya elektronik, jentera, dan minyak sawit.
Laman web mahkamah Korea Selatan disyaki digodam DDoS
Gangguan ke atas rangkaian secara tiba-tiba itu hanya menjejaskan laman sesawang mahkamah yang menyediakan perkhidmatan awam.
Lebih 90 peratus peserta MyLesen berjaya miliki lesen - Loke
Loke berkata, baki peserta program MyLesen masih mengikuti latihan dan ujian akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
Seorang penunggang motosikal maut dirempuh lori
Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah lori jenis Isuzu di Jalan Sungai Sam-Dabong kira-kira 12.45 tengah hari tadi.
Penghadang Lebuhraya DUKE dirempuh lori, jatuh hempap kereta
Lori yang dipandu warga tempatan berusia dalam lingkungan 40-an dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh tembok penghadang.
Ibu cari nafkah jadi penghantar makanan hancur kaki dirempuh lori
Wanita berusia 40 tahun itu dikatakan baru selesai menghantar pesanan di kawasan berkenaan.
Niat alih serpihan tayar bertukar tragedi, lelaki maut dirempuh lori
Hasrat seorang lelaki untuk mengutip serpihan tayar demi keselamatan pengguna jalan raya tidak kesampaian apabila dia maut digilis lori pagi tadi.