"Edrus minta maaf mak, Edrus minta ampun sangat-sangat, nanti kalau sempat Edrus datang tidur dengan mak ya."
Inilah kata-kata terakhir yang diungkap Noor Amila Edrus Norsham, 5, kepada ibunya Siti Nursharmila Tengku Hanafiah pada Aidilfitri lalu.
Siti Nursharmila, 46, berkata beliau tidak menyangka luahan maaf anak lelakinya itu yang bersungguh-sungguh kerana tidak dapat bermalam di rumahnya di Kepong pada hari raya pertama yang lepas menjadi pertemuan terakhir antara mereka berdua.
Anak sulung daripada dua beradik ini yang tinggal bersama bapa dan ibu tirinya di Jinjang Utara hilang pada 11 Ogos lalu dan mayatnya ditemukan di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang kira-kira 12.30 tengah hari tadi.
"Hari raya pertama itulah kali terakhir saya berjumpa dengan Edrus," kata Siti Nursharmila kepada Bernama di Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur sambil tidak henti-henti menyeka air mata dan dipujuk saudara maranya.
Beliau sebelum itu rebah sejurus keluar daripada mengecam mayat anaknya.
Ketika ditanya, Siti Nursharmila berkata beliau tidak mengetahui motif anaknya diperlakukan sedemikian rupa.
Mayat anaknya ditemukan selepas seorang lelaki yang dikaitkan dengan kes kehilangan kanak-kanak tersebut membawa polis ke lokasi penemuan mayat Edrus.
Murid tadika itu dikatakan pergi menunaikan solat Maghrib di surau yang terletak kira-kira 20 meter dari rumah ibu tirinya di Jinjang sebelum hilang.
"Edrus memang pantang mendengar bunyi azan. Dia akan terus ke surau atau masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah," kata Siti Nursharmila yang bekerja sebagai jurujual di KLCC.
Sementara itu bapa mangsa Norsyam Jali, 63, berkata beliau reda dengan takdir yang berlaku ke atas anaknya.
"Saya juga serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengenakan tindakan setimpal kepada pelakunya," katanya.
Beliau menyifatkan Edrus sebagai anak istimewa kerana begitu berminat ke surau atau masjid sejak berumur empat tahun.
"Dia juga pandai mengaji dan cukup rapat dengan saya," kata Norsyam.
BACA: Mayat kanak-kanak hilang, Noor Amila Edrus ditemui
Bernama
Thu Aug 18 2016

Noor Amila Edrus bertemu ibu kandungnya kali akhir pada hari raya lalu. - Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Pesawat terhempas di Elmina: Allahyarham Hafiz anak yang baik - Ibu
"Masih terngiang lagi perbualan dengan Allahyarham, demikian luah ibu kepada Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam.

Dera kanak-kanak 6 tahun, bekas teman lelaki ibu ditahan
Mangsa mengalami kecederaan fizikal iaitu dibahagian bibir dan muka dan telah dirujuk ke HSA bagi mendapat rawatan lanjut.

'Sentiasa pantau anak' - Ibu bayi maut terjatuh pangsapuri
"Kita kena sentiasa pantau (anak), tiada mak yang nak benda ini terjadikan," kata ibu bayi perempuan yang maut terjatuh tingkat tiga.

Pelajar perempuan dibunuh teman lelaki ibu di Miri, mayat disumbat dalam but kereta
Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau mati dibunuh dipercayai dicekik oleh teman lelaki ibu mangsa di sebuah rumah sewa mereka di Permyjaya, di sini.

Noor Amila Edrus berkali-kali minta maaf pada ibu
Siti Nursharmila masih terngiang-ngiang kata-kata anaknya sewaktu kali terakhir bertemunya pada hari raya lalu.