Bagi memastikan rakyat khususnya masyarakat negeri Kelantan memahami Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Jabatan Penerangan Kelantan memperkenalkan sebuah lagu berkonsepkan Dikir Barat bagi tujuan itu.
Pengarahnya, Lim Ann Teck berkata lagu bertajuk "Duduk Di Rumah" itu mula diperdengarkan melalui Facebook jabatan itu sejak dua hari lepas.
"Lagu itu didendangkan oleh dua penyanyi terkenal dikir barat di Kelantan iaitu Fendi Kenali dan Raden Mas Uji dan ia hasil ciptaan kedua-dua mereka.
"Liriknya adalah melalui kerjasama jabatan ini dengan mereka dan lagu itu telah mula diperdengarkan juga menerusi pembesar suara van bergerak di seluruh negeri," katanya.
Lim berkata lagu itu akan turut diperdengarkan menerusi KELANTANfm tidak lama lagi agar semua masyarakat negeri ini dapat menghayati lirik lagu berkenaan.
"Lagu ini diharapkan dapat mendidik masyarakat mengenai wabak COVID-19 dan kita telah menerima maklum balas yang sangat baik daripada masyarakat termasuk di pedalaman," katanya.
Sepanjang Ramadan ini, Jabatan Penerangan Kelantan turut memperkenalkan "Tazkirah On Wheels" iaitu penerangan agama oleh penceramah yang disiarkan melalui van bergerak dan laman sosial jabatan itu.
Sementara itu, Lim melahirkan rasa kecewa dengan sikap masyarakat yang mula mengabaikan penjarakan sosial terutama di pasar-pasar awam apabila mengetahui wabak COVID-19 di Kelantan kini semakin baik.
"Ini yang semakin kita khuatir dan kita telah memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai keadaan itu. Kita mahu masyarakat mematuhi arahan mengenai PKP dan sebagainya bagi membendung wabak ini," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 27 2020
Lagu bertajuk "Duduk Di Rumah" itu mula diperdengarkan melalui Facebook jabatan itu sejak dua hari lepas. Gambar hiasan/ Bernama.
Zelensky gesa AS, Eropah bersama Ukraine dalam rundingan damai dengan Rusia
Selepas Putin bersuara mengenai rundingan damai, kali ini giliran Zelensky pula berkongsi pandangan yang sama.
Trump akan lawat California tinjau kerosakan akibat kebakaran hutan
Trump dijangka melawat selatan California untuk tinjau kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di tengah-tengah ketegangan yang berterusan dengan Gabenor Demokrat.
Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Kerugian bertambah dan hasil menurun pada suku keempat Boeing
Keputusan ini dipengaruhi oleh pemberhentian kerja dan perjanjian dengan IAM serta caj untuk beberapa program pertahanan, angkasa lepas dan keselamatan.
Malaysia terus kekal teraju kewangan Islam dunia
Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut-turut dengan skor tertinggi 144 mata, diikuti Arab Saudi (119).
Kepengerusian ASEAN: PETRA pacu agenda tenaga, bina kemakmuran
Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga menerima lapan keutamaan tahunan yang dicadangkan untuk sektor tenaga ASEAN 2025.
Masters Indonesia: Beregu negara tempah tiket ke final lebih awal
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini.
Bantuan Kasih YKM mula diagihkan hujung bulan ini
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Dis lepas untuk memberi bantuan secara bulanan berbanding tahunan seperti sebelum ini.
Asing tempat duduk dalam pawagam untuk didik masyarakat - MB Terengganu
Langkah yang dilaksanakan itu adalah satu proses mendidik masyarakat di negeri berkenaan agar mematuhi syariah dalam aktiviti yang dijalankan.
Normal baharu: Lagu dikir barat didik masyarakat patuhi PKP - JaPen Kelantan
Bagi memastikan rakyat khususnya masyarakat negeri Kelantan memahami Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Jabatan Penerangan Kelantan memperkenalkan sebuah lagu berkonsepkan Dikir Barat bagi tujuan itu.