PIHAK penganjur program '#Nothing2Hide Dialog PM Bersama NGO' hari ini meluahkan perasaan ketidakpuashatian tentang bagaimana mereka telah dikambing hitamkan dan dijadikan bahan tohmahan berikutan kegagalan majlis tersebut.
Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) Datuk Khairul Anwar Rahmat dalam satu kenyataan hari ini mendakwa, punca kekecohan yang berlaku semalam adalah disebabkan oleh campur tangan pegawai kanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri.
Berikutan adalah kenyataan lengkap beliau:
Luahan Pengerusi SukaGuam berkenaan isu penangguhan program Dialog PM bersama NGO sehingga mencemarkan imej banyak pihak.
1. Sebelum penganjuran program Dialog PM bersama NGO, kami telah bertemu dengan sekurang-kurangnya 3 Pegawai Kanan DS Najib di Putrajaya yang sangat positif dan mahukan program ini mencapai matlamatnya. Malah, idea awal program ini juga adalah hasil perbincangan dua hala antara penganjur & beberapa pegawai kanan DS Najib termasuk seorang pegawai kanan yang dipertanggungjawabkan menyelaras program ini bersama-sama. Justeru, adalah kurang adil jika SukaGuam selaku penganjur serta beberapa pihak lain yang membantu kami dijadikan kambing hitam (scapegoat) serta dijadikan bahan tohmahan.
2. Kami percaya, keadaan akan menjadi sebaliknya (penganjur tidak akan dipersalahkan) jika program Dialog yang dirancang semalam, tidak 'diganggu' secara berlebihan oleh pegawai berkenaan (dan sekutunya).
3. Sebenarnya, penganjur telah pun mendapatkan pandangan dari pegawai-pegawai kanan PM berhubung banyak aspek termasuk kemungkinan jika Tun Dr Mahathir menghadirkan diri. Seperti diakui oleh Tun Mahathir, beliau tidak diundang secara rasmi, namun hadir sebagai tetamu apabila diwar-warkan dalam media mengenai kemungkinan kehadiran beliau ke majlis Dialog itu. Malah, beberapa NGO yang Tun naungi bersedia memberikan kad undangan yang mereka terima bagi membolehkan Tun Mahathir hadir.
4. Atas dasar itulah, apabila ditanya oleh wartawan mengenai kemungkinan Tun Mahathir akan hadir, penganjur mengakui tidak akan menghalang kehadiran Tun sebagai salah seorang tetamu pada majlis berkenaan. Berita ini dilaporkan dalam pelbagai media dan penganjur bersedia dengan sebarang kemungkinan. Penganjur menyediakan satu kerusi (yang dilabelkan dengan nama Tun Mahathir) bersama para hadirin lain dan turut menyediakan bilik tertutup (holding room) sebagai persediaan jika Tun benar-benar hadir. Rata-rata dari kalangan pegawai PM amat positif akan perkembangan ini kerana DS Najib menunjukkan keyakinan yang amat tinggi untuk merungkaikan segala persoalan.
5. Namun demikian, pegawai kanan berkenaan (dan yang sekutu dengannya) yang dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras program ini telah bertindak berlebihan dalam beberapa perkara. Ini saya simpulkan sebagai 'pertembungan ego' beliau yang akhirnya menjadikan SukaGuam dan beberapa pihak lain sebagai kambing hitam dan mangsa keadaan.
6. Justeru, ada benarnya seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pemimpin-pemimpin Umno sendiri, aktivis NGO dan rakyat, bahawa yang merosakkan imej DS Najib bukanlah sangat oleh pihak luar, tetapi dari kalangan orang dalam sendiri.
7. Saya berkesempatan meluahkan perkara ini secara terus-terang kepada DS Najib pada petang semalam untuk menjelaskan situasi sebenar, dan dari riak wajah Perdana Menteri, beliau menerima baik dan memahami apa yang saya cuba sampaikan. Kami cuma berharap beliau mengambil tindakan tegas terhadap individu ini (dan yang sekutu dengannya).
8. Sebagai contoh, ketika Tun Mahathir hadir di awal pagi program, pihak penganjur menyediakan satu bilik tertutup supaya DS Najib boleh minum secangkir kopi bersama Tun Mahathir, sebagai memulakan semangat ukhwah persahabatan dan silaturrahim.
9. Apabila DS Najib sudah dalam perjalanan dan dinasihati Ketua Polis Negara mengenai keadaan di PWTC, penganjur berpandangan bahawa DS Najib perlu hadir bagi membuktikan beliau berjiwa besar dan bersedia bertemu wajah dengan Tun Mahathir, sambil berbual mengenai apa jua perkara.
10. Kami yakin dan percaya, sekalipun program dialog itu ditunda atas nasihat polis, pertemuan perlu diteruskan antara DS Najib dan Tun Mahathir dalam bilik tertutup kerana ini akan membuka lembaran baru dalam konteks politik Malaysia sekaligus meredakan hati pendokong-pendokong masing-masing.
11. Malangnya, pegawai berkenaaan telah berusaha menghalang kehadiran Perdana Menteri, menghantar laporan yang kurang tepat, menangguk di air keruh dengan menokok-tambah cerita kepada DS Najib kononnya Perdana Menteri akan diejek sekiranya hadir ke PWTC. Walaupun penganjur akur dengan arahan polis supaya program Dialog bersama NGO ditangguhkan atas sebab keselamatan, namun alang-alang Tun Mahathir sudah bersedia untuk bertemu DS Najib, ia tidak sewajarnya dihalang. Isu keselamatan tidak timbul sama sekali jika mereka bertemu dalam bilik yang tertutup.
12. Bayangkanlah 'feel good factor' yang akan dialami oleh seluruh rakyat Malaysia sekiranya foto DS Najib dan Tun Mahathir sedang menikmati kopi dan berbual dalam keadaan mesra menjadi viral dan foto mereka bersalaman mesra menjadi tatapan rakyat yang rindukan persahabatan dan perdamaian pemimpin-pemimpin mereka. Tidak mengapalah Dialog bersama NGO tidak dapat diteruskan, asalkan persaudaraan dan persahabatan antara kedua-dua pemimpin ini dapat ditautkan apatah lagi dalam keberkatan hari Jumaat di bulan Sya'ban ini,
13. Kepada pihak-pihak yang memberi nasihat dan semangat kepada kami (anda tahu siapa anda), jutaan terima kasih kami ucapkan.
14. Kepada individu berkenaan dan sekutunya (anda tahu siapa anda), hentikanlah menjadikan SukaGuam dan sahabat-sahabat kami sebagai kambing hitam (scapegoat). Hentikanlah serangan peribadi, fitnah dan tohmahan.
15. Jika masih berterusan, terutama melalui agen-agen anda, kami tidak teragak-agak untuk mendedahkan lebih lanjut beserta bukti dan saksi-saksi hidup kerana apa yang kami dambakan sebagai rakyat Malaysia ialah perdamaian dan kesepakatan antara pihak-pihak yang berbeda pandangan dalam isu-isu yang berlaku dalam negara.
16. Tampaknya, ada pihak yang tidak senang melihat perubahan landskap politik yang bakal berlaku sekiranya perancangan semalam berlangsung dengan jayanya kerana pertembungan berterusan antara DS Najib dan Tun Mahathir boleh terus menguntungkan agenda peribadinya.
17. Kami tidak akan teragak-agak menyatakan kebenaran yang hak dan yang batil. Kami berpegang teguh dengan Sabda Rasulullah SAW- "Kulill Haq Wa Lau Kaana Murro" (Maksudnya, berkatalah yang hak (benar) sekalipun ia pahit).
18. Ingin kami jelaskan niat sebenar SukaGuam untuk mencari penyelesaian terbaik bagi memulihkan perpaduan orang Melayu Islam dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya yang kini jelas terbahagi kepada banyak kumpulan. Bagi kami, jika tidak berjaya sepenuhnya pun, sekurang-kurangnya program ini dapat membuka langkah pertama untuk meleraikan kekusutan yang berlaku sesama kita.
18. Mana tahu, dengan kemuliaan Ramadhan yang bakal menjelang, Allah bukakan pintu rahmat-Nya untuk mendamaikan hati semua pihak dan mengorak langkah perpaduan yang sangat dirindukan rakyat Malaysia.
19. Marilah kita teguh dan beristiqamah dengan perintah Allah melalui firman-Nya:- "Sebenarnya, orang yang beriman itu adalah bersaudara. Maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah itu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh Rahmat" (Al Hujurat, ayat 10).
Ikhlas,
Khairul Anwar Rahmat
SukaGuam
BACA: #Nothing2Hide: Tun M hanya hadir untuk 'hentam' Najib - Salleh
BACA: Kronologi #Nothing2Hide: Di sebalik pembatalan Dialog PM bersama NGO
BACA: Dr M datang tidak dijemput, kata penganjur #Nothing2Hide
BACA: #Nothing2Hide: Dialog PM bersama NGO dibatalkan
FOTO: Di sebalik pembatalan Dialog #Nothing2Hide
Media Statement
Sat Jun 06 2015

KHAIRUL ANWAR: Najib dan Dr Mahathir masih perlu bersemuka, walaupun secara tertutup.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas

'Apa 'level' Chegubard ajak Tun M berdialog?' - Khairuddin
Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard diminta berhenti menjadi oportunis dengan cubaan menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad pada majlis #Nothing2Hide versinya sendiri.

Buat siaran langsung prosiding PAC mengenai 1MDB - Saifuddin
GMM mencadangkan supaya mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara mengenai 1MDB disiarkan secara langsung melalui televisyen.

#Nothing2Hide: Adakan dialog Tun M dan Najib di TV - Ibrahim Ali
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini mencadangkan supaya diadakan satu sesi siaran berdialog antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Mahathir.