Majlis Perbandaran Kota Bharu, Bandaraya Islam (MPKB BRI) mengedarkan sebahagian notis meminta kerjasama peniaga dan pengusaha restoran menghentikan sementara perniagaan bermula dari jam 8.30 hingga 10 malam.
Menurut yang Dipertuanya, Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf notis berkenaan telah pun diedarkan bermula Jumaat kepada sebahagian peniaga kedai makan dalam kawasan pentadbiran MPKB BRI melibatkan kedai berhampiran masjid.
Beliau menjelaskan, notis berkenaan bukan berbentuk arahan atau paksaan itu sebaliknya meminta kerjasama peniaga kedai makan.
“Kami hanya edarkan surat kepada kedai berhampiran masjid sahaja. Kami tidak mahu keadaan riuh rendah apabila mula mengedarkan surat tersebut.
“Setakat ini kami sudah edarkan sebanyak mungkin khususnya kedai makanan yang berdekatan dengan kawasan masjid,” katanya ketika ditemui pada Jumaat.
Tambahnya lagi notis berkenaan bukannya satu ketetapan peraturan pihak berkuasa tempatan sebaliknya ia diperkenalkan bagi tujuan mendidik.
Sementara itu, peniaga restoran menjelaskan mereka masih keliru dengan notis berkenaan.
Ia kerana sebelum ini, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjelaskan perkara tersebut masih awal dan berada di peringkat pentadbiran yang masih memerlukan kajian untuk dikuatkuasakan.
“Saya berpendapat sekiranya perkara ini dilaksanakan, kami peniaga pada bulan Ramadan akan terkesan.
“Ini kerana pada bulan mulia inilah peluang kami untuk menjana lebih pendapatan. Dengan pendapatan ini juga kami perlu membayar gaji pekerja dan sewa kedai,” jelasnya.
Tegasnya notis itu akan menyukarkan peniaga dan mendapat reaksi kurang senang daripada golongan itu.
Muhafandi Muhamad
Sat May 11 2019

Tuan Zainal Abidin menjelaskan notis berkenaan telah pun diedarkan bermula Jumaat kepada sebahagian peniaga kedai makan dalam kawasan pentadbiran MPKB BRI melibatkan kedai berhampiran masjid. - Foto AstroAWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Isu kompaun peniaga wanita berseluar pendek selesai - Nga
Isu seorang peniaga wanita dikompaun Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) kerana berpakaian seluar pendek dianggap selesai.

Nga minta MPKB-BRI tarik balik kompaun terhadap peniaga wanita
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming meminta Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) untuk menarik balik kompaun yang dikeluarkan terhadap seorang peniaga wanita.

Notis tutup kedai makan waktu tarawih dikeluarkan di Kota Bharu
MPKB BRI mengedarkan sebahagian notis meminta kerjasama peniaga dan pengusaha restoran menghentikan sementara perniagaan bermula dari jam 8.30 hingga 10 malam.