Tiada siapa yang dapat membayangkan derita yang ditanggung mangsa Nur Aina Nabihah, 9 tahun yang jadi mangsa dera bapa kandung dan ibu tirinya sehingga meninggal dunia dalam kejadian di Taman Vista Kaya, Lukut, Port Dickson.
Mangsa dipukul dengan tali pinggang tentera, ditendang dan dipijak sehingga terkencing malah pernah dipukul dengan bangku plastik.
Kekejaman tersebut terdedah hasil siasatan awal polis terhadap bapa mangsa yang merupakan anggota tentera serta ibu tirinya yang tidak bekerja.
Kedua-dua mereka kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan kematian mangsa.
BACA: Kanak-kanak maut didera, patah rusuk, cedera usus - bapa, ibu tiri ditahan
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Zainudin Ahmad berkata, kekejaman itu dilakukan suspek pada malam kejadian.
Malah suspek juga mengaku pernah memukul mangsa dengan kerusi plastik.
Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan rapi termasuk membawa kedua-dua suspek berusia 36 dan 34 tahun itu ke lokasi kejadian.
BACA: Dera kanak-kanak sampai mati: Bapa dan ibu tiri durjana direman
Raffi Bachik
Fri Feb 02 2018
Nur Aina dipukul dengan tali pinggang tentera, ditendang dan dipijak hingga terkencing. - Gambar fail
Laporan Interim Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035 dibentang
Laporan Interim Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPPTM) 2026-2035 telah dibentangkan pada mesyuarat jawatankuasa penasihat PPPTM 2025-2035 yang berlangsung di ibu negara semalam.
Tidak ada perang lain jadikan wanita, kanak-kanak sasaran seperti di Gaza - Erdogan
Selama 13 bulan yang lepas, lebih dua pertiga daripada lebih 50,000 orang awam yang terbunuh di Gaza adalah wanita dan kanak-kanak.
71 peratus rakyat Sudan dilapor alami pelanggaran hak asasi manusia ketika melarikan diri - PBB
"Tahap trauma yang dialami amat dahsyat, dengan keluarga masih dalam keadaan terkejut selepas menyaksikan keganasan."
Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
FIM MiniGP Dunia: Qabil Irfan, Qayyim Razin ke Aragon berbekal keyakinan tinggi
"Saya dengar pelumba di sana 'main kasar' dan saya perlu begitu juga. Tapi tidak boleh sampai membahayakan pelumba lain."
KUSKOP cadang anjur karnival usahawan wanita sempena kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mencadangkan agar satu karnival usahawan wanita diadakan sewaktu kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Tarikh pilihan raya umum belum ditetapkan - PM Singapura
Lawrence Wong berkata beliau mempunyai "masa sehingga hujung tahun depan" untuk menentukannya.
Penghantar produk kesihatan warga Thailand ditahan di Rantau Panjang
Seorang wanita warga Thailand yang bertindak sebagai penghantar ditahan kerana disyaki menyeludup pelbagai jenis produk kesihatan yang dianggarkan bernilai RM7,360 dalam Operasi Taring Wawasan.
It’s About YOUth: Supporting young families
Rising childcare and education costs in Malaysia are pushing many young couples to delay or forgo having children. UNFPA’s Lee Min Hui and PJ Lestari advocate Nur Hafizah Noslan discuss potential government strategies to ease the pressures on young parents. #ItsAboutYOUth
Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.
Penganggur dituduh bunuh bapa kandung guna botol kicap
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya dua minggu lalu.