Ahli perniagaan, Nur Sajat didenda RM2,700 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia.
Hakim Rofiah Mohamad turut memerintahkan penyanyi lagu 'Bobo di Mana' itu dipenjara enam minggu sekiranya gagal membayar denda.
Nur Sajat, 33, yang hadir ke mahkamah memakai blouse merah, berseluar hitam dan berkasut tumit tinggi membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, Nur Sajat atau nama penuhnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sebagai orang kena cukai di bawah Akta GST 2014, gagal mengemukakan penyata terbabit dalam tempoh ditetapkan bagi tempoh bercukai bermula 1 April 2015 hingga 30 Jun 2015, bermula 1 Okt 2015 hingga 31 Dis 2015 dan bermula 1 Dis 2016 hingga 31 Mac 2016, seperti ditetapkan mengikut Seksyen 41(1) Akta GST 2014.
Nur Sajat didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam), Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Kelana Jaya, Petaling Jaya, antara 22 Okt 2015 hingga 16 Jun 2016.
Dia dihukum mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Kastam, Noor Asyikin Md Rodhi sementara ahli perniagaan itu tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Nur Sajat selaku orang kena saman (OKS) memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan tidak mempunyai pengetahuan mengenai GST ketika kejadian.
"Saya minta maaf dan mengakui saya tiada pengetahuan tentang GST, staf saya sentiasa bertukar dan tidak mahir tentang GST sebab itu saya gagal mengemukakan penyata tersebut," katanya.
Noor Asyikin pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada OKS dan masyarakat.
Sementara itu, Nur Sajat ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata ini merupakan pertama kali dia dihadapkan ke mahkamah dan telah pun selesai membayar denda.
"Saya hanya lewat hantar report (penyata) sahaja bukan tidak bayar GST, staf ketika itu baru, jadi kami terlepas pandang. GST diperkenalkan pada 2014 dan tahun itu juga saya baru mulakan perniagaan," katanya.
Bernama
Wed Dec 19 2018

Nur Sajat didenda RM2,700 selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata GST. -Bernama

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.
Kastam Perak bongkar taktik simpan rokok seludup di kubur
Meletakkan lori berisi kontraban di kawasan sunyi, termasuk tanah perkuburan. Satu taktik yang unik, namun Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak berjaya membongkar kegiatan sindiket penyeludupan itu selepas menangkap dua lelaki dalam serbuan pada 21 Januari lalu.

Imigresen nafi dakwaan dera di depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan berlakunya kejadian dera di depot tahanan jabatan terbabit di Selangor, seperti yang tular di media sosial hari ini.
JAS pasang alat ukur kualiti udara, kebakaran kilang karpet
JAS Negeri Sembilan memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau tahap kualiti udara di kawasan kebakaran kilang karpet di Nilai 3.
Pemukiman Jemaah Menteri tahun 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa prestasi sebahagian menteri Kabinet belum sempurna dan masih ada ruang untuk penambahbaikan.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.

Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.

Nur Sajat didenda RM2,700 gagal kemuka penyata GST
Dia dihukum mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.