Pelajar wanita Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) yang dipercayai dibunuh malam tadi, tidak pernah mengadu ada menerima sebarang ugutan jenayah sebelum ini.
Menurut rakan sekelas mangsa, Syarifah Noor Shahira Sheikh Mohd Zain, 19, mangsa iaitu Nuralya Damia Mohd Hairi, 19, yang berasal dari Klang, Selangor juga tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap yang ganjil sebelum ini kecuali bertukar menjadi sangat periang.
"Dia sangat ceria sebelum ini. Ketika kali terakhir saya menemuinya semasa kelas petang semalam, arwah sangat riang sehingga ditegur pensyarah kami yang turut hairan dengan kelakuannya itu.
"Arwah merupakan seorang yang baik," katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian di Taman PD Permata, di sini.
BACA: Pelajar kolej ditemui mati, dipercayai dibunuh
Syarifah Noor Shahira berkata kesemua rakan sekelas mangsa terkejut dan sedih apabila dimaklumkan mengenai kematian Nuralya Damia yang juga merupakan penuntut tahun akhir jurusan Diploma Sistem Komputer dan Rangkaian kolej berkenaan.
"Kami segera ke tempat kejadian apabila menerima maklumat mengenai kejadian ini dan tidak menyangka ia boleh menimpa (Nuralya) Damia kerana setahu kami dia tidak mempunyai masalah dengan sesiapa," katanya.
Menurut rakan serumah mangsa yang mahu dikenali sebagai Ain, 19, beliau berkata sebelum kejadian mangsa ada memberitahunya ingin menemui seorang rakan lelaki yang juga pelajar kolej yang sama, kira-kira pukul 9 malam.
"Pelajar lelaki itu turut tinggal di taman yang sama dengan kami," katanya.
Sementara itu, seorang penduduk Taman PD Permata yang mahu dikenali sebagai Aishah, 44, berkata mayat mangsa ditemukan seorang penduduk ketika ingin membuang sampah berdekatan kawasan semak berkenaan kira-kira 10.30 malam.
"Saya baru pulang dari solat tarawih dan dikejutkan dengan penemuan mayat pelajar itu...penduduk itu segera menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya yang telah tinggal di kawasan itu sejak 20 tahun.
Tinjauan Bernama mendapati lokasi kejadian itu terletak di kawasan yang agak sunyi iaitu berdekatan rumah paling hujung dalam barisan rumah teres berhadapan tembok tinggi yang terletak kira-kira 200 meter dari tempat tinggal mangsa.
Ekoran penemuan itu, lokasi itu turut dikerumuni orang ramai.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat. -- Bernama
Bernama
Fri May 25 2018

Menurut rakan-rakannya, Nuralya Damia tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap yang ganjil sebelum ini kecuali bertukar menjadi sangat periang. - Facebook/Nur Fitri Damia

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Wanita tikam suami berkali-kali hingga mati dituduh Isnin ini
Suspek wanita yang disyaki menikam suaminya sehingga maut di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di sini akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang, Isnin depan.

Polis tahan pekerja ladang bantu siasatan penemuan mayat lelaki
Polis menahan seorang pekerja ladang bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh di sebuah kedai di Bukit Sekilau, semalam.

Saksi nafi pendakwaan kes pegawai polis didakwa bunuh pelajar disegera sebab viral
Saksi menafikan pendakwaan kes itu disegerakan kerana kejadian itu tular di media sosial sehingga mendapat perhatian awam.

Pemandu lori didakwa bunuh lelaki, mayat ditemukan dalam but kereta
Hasbullah didakwa membunuh Shakirin di tepi jalan KM48, Jalan Jemaluang Kahang, antara 6.10 pagi 26 Dis 2024 dan 1.50 tengah hari 28 Dis 2024.

Dera anak 7 tahun hingga mati hanya kerana minta wang saku
Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan pada bahagian ginjal kanan akibat dipukul dengan benda tumpul.

Polis terima laporan kejadian kucing dibunuh dengan kejam
Polis telah menerima laporan mengenai penemuan tiga ekor kucing yang mati dengan keadaan kepalanya berlumuran darah.

Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.

Bunuh, rogol doktor: Sukarelawan polis dituduh di mahkamah India
Tuduhan dibuat minggu lalu, manakala Roy berkata, dia "tidak bersalah sama sekali" dan telah dikambing hitamkan.

Lima warga Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita senegara
Kesemua suspek ditahan secara berasingan di antara 1 tengah hari dan 6.30 petang di kawasan Bandar Teknologi dan Semenyih.

Baru 17 jam bebas, bekas banduan tikam lelaki gara-gara berang dimaki
Berang dimaki, Ade Dwy bertindak menikam dada mangsa dengan pemutar skru yang dipegangnya.