Semua pawagam di seluruh negara akan sekali lagi memainkan lagu kebangsaan Negaraku sebelum tayangan sesuatu filem sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata inisiatif yang diperkenalkan pada 2013 itu, mendapat maklum balas positif daripada pengunjung dan pengusaha pawagam serta dilihat membantu memupuk semangat cintakan negara terutama di kalangan generasi muda.
"Insya-Allah, langkah itu akan diteruskan dan dimasukkan di dalam program kemerdekaan tahun ini oleh sekretariat merdeka," katanya ketika dihubungi Bernama.
Pada 16 Ogos 2013, Ahmad Shabery mencadangkan supaya lagu Negaraku dimainkan sebelum tayangan filem di pawagam seluruh negara sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 negara.
Dalam pada itu, Pengarah Projek Khas Bulan Kebangsaan Subaidah Md Top berkata program berkenaan akan bermula pada 28 Ogos sehingga sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept.
"Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) akan membekalkan klip video lagu Negaraku kepada pawagam di seluruh negara untuk dimainkan sepanjang tempoh itu," katanya sambil menambah kata jumlah pawagam yang terlibat belum dimuktamadkan.
Program itu dijadualkan dilancarkan pada 28 Ogos di Pawagam GSC, Pavilion oleh Ahmad Shabery, katanya.
Bernama
Wed Jul 08 2015

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata inisiatif yang diperkenalkan pada 2013 itu, mendapat maklum balas positif daripada pengunjung. -Foto fail

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.

Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera
Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.

Piala Dunia Qatar: Tehran kemuka bantahan kepada FIFA
Bendera tanpa jata negara Islam itu dimuat naik ke Twitter, Facebook dan Instagram sebelum Mesyuarat Piala Dunia pada Selasa.

PRU15: Jangan upah orang 'kurang siuman' pasang bahan kempen - Polis
Polis mengingatkan parti politik agar tidak memasang bahan kempen di lokasi dan premis yang boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Pascapemakaman Ratu Elizabeth II: Bendera rasmi di UK dinaikkan semula
Bendera-bendera rasmi di United Kingdom yang dikibarkan separuh tiang sejak kemangkatan Ratu Elizabeth II pada 8 September lalu, dinaikkan semula ke tiang penuh pada Selasa.

PRN Sarawak: Perang bendera bakar semangat, rakyat undi calon dengan 'report card' cemerlang
Adakah perang bendera ini senjata paling ampuh untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat memilih calon paling layak?

Jalur Gemilang gergasi hiasi PPR Padang Hiliran
Penduduk bergontong-royong menyiapkan bendera gergasi sepanjang 50 meter dan direntangkan di bangunan setinggi 17 tingkat itu.

'Ultraman' bantu edar Jalur Gemilang di SJR
Pengguna jalan raya yang melalui SJR di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu teruja kerana menerima bendera Jalur Gemilang daripada seorang lelaki yang mengenakan kostum Ultraman.

Jalur Gemilang harus dimuliakan, tidak boleh diganggu imejnya - Saifuddin
Penggunaan Jalur Gemilang sebagai bendera Malaysia mempunyai kaedah tertentu yang perlu dipatuhi.

PM ajak kibar Jalur Gemilang, tanda bersatu perangi COVID-19
Jalur Gemilang adalah lambang negara yang mampu membangkitkan semangat patriotisme dalam hati setiap rakyat Malaysia.