Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) disaran mewujudkan resolusi khusus mewakili suara dunia bagi mengutuk tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Ahli Jawatankuasa Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Kamarulnizam Abdullah berkata, sudah tiba masa OIC mewakili suara sejagat selepas Pertubuhan-pertubuhan Bangsa Bersatu (OIC) dilihat gagal berbuat demikian dalam isu ini.
“OIC perlu menghasilkan satu resolusi melambangkan apa yang difikirkan rakyat antarabangsa. Ini kerana PPB tidak menggambarkan suara antarabangsa kerana dikuasai oleh AS," katanya pada sidang media MPN mengenai isu pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel di Putrajaya hari ini.
Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC bermula hari ini di Istanbul disertai lebih 57 buah negara anggota bertujuan membincangkan kesan tindakan AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Sementara itu, Kamarulnizam turut menggesa OIC agar lebih aktif dalam menyuarakan isu Palestin-Israel agar penyelesaian segera dapat dicapai.
“OIC harus lebih aktif dalam menyuarakan isu ini di peringkat antarabangsa termasuklah di semua persidangan dan rundingan bagi membuka mata dunia mengenai apa yang berlaku,” katanya lagi.
Malaysia antara negara anggota yang turut menyertai sidang kemuncak di Istanbul dengan delegasi diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri sebelum ini turut mengutuk tindakan AS itu malah menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila.
Hans Yusoff
Wed Dec 13 2017
Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu sedang memberi ucapan di Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC di Istanbul bermula hari ini. - Foto Reuters/Emrah Yorulmaz/Pool
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Trump bukan punca keamanan untuk umat Islam – IKMAS UKM
Kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2024 tidak boleh dilihat sebagai suatu berita baik yang akan membuahkan keamanan di negara-negara Islam.
ASEAN: Malaysia harap Amerika tingkat penglibatan di Asia Tenggara - Zambry
Sebagai pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia berharap Amerika Syarikat (AS) dapat meningkatkan lagi penglibatannya di Asia Tenggara.
Harap ada sesuatu yang baik daripada kemenangan Donald Trump - PM Anwar
Perdana Menteri berharap sesuatu yang baik dapat dicapai daripada kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).
Keakraban Malaysia-China tak bermaksud sebelahi mana-mana pihak - PM Anwar
Anwar menegaskan Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip pertengahan dan berhubung baik dengan mana-mana negara.
Pasaran saham AS lonjak ke paras tertinggi berikutan keyakinan terhadap kemenangan Trump
Indeks Dow Jones Industrial Average meningkat 1,508.05 mata atau 3.57% kepada 43,729.93. SP 500 menambah 146.28 mata atau 2.53%.
Amerika kekal rakan dagangan utama, pelabur terbesar di Malaysia - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, AS dan Malaysia mempunyai hubungan ekonomi serta perkongsian perdagangan yang terjalin sejak sekian lama.
Ringkasan fakta: Siapa Donald Trump?
Perjalanan politik Donald Trump penuh warna-warni dan pada 20 Januari 2025, beliau akan kembali semula ke White House.
Platinum kekal logam paling banyak diimport dari Rusia ke AS
Amerika Syarikat (AS) mengimport aluminium dari Rusia pada September buat kali pertama sejak 2023, menurut analisis data kastam AS oleh RIA Novosti pada Rabu.
Malaysia kurang bersedia hadapi perubahan pentadbiran AS secara proaktif - Penganalisis
Walaupun sering menyertai forum antarabangsa seperti ASEAN dan PBB, penyertaan Malaysia lebih pasif berbanding sebagai pemimpin aktif dalam memperjuangkan isu global.
Persaingan sengit Kongres AS, tiada parti dijangka raih majoriti besar - Laporan
Parti Demokrat dan Republikan dijangka tidak memperoleh majoriti besar dalam Kongres semasa pilihan raya legislatif pada Selasa, lapor Agensi Berita Anadolu memetik laporan media tempatan.