ISTERI Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Rihana Oksana Petra buat pertama kalinya berkongsi cerita manis detik-detik percintaan dengan suami.
Cerita yang dimuat naik melalui post terbarunya di Instagram memaklumkan bahawa mereka bertemu pada satu sesi makan malam bersama rakannya di Eropah sekitar tahun 2017.
Menariknya, apabila Sultan Muhammad V memperkenalkan diri sebagai Yang Di-Pertuan Agong, Oksana tidak mempercayainya.
“Kami bertemu pada musim bunga 2017 di Eropah. Pada masa itu saya bekerjasama dengan rakan karib kami, Jacob Arabo.
"Selepas acara itu, kami pergi untuk makan malam, di mana saya berjumpa dengan seorang lelaki.
“Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Raja Malaysia (Sultan di Malaysia). Saya menganggap itu sebagai jenaka semata-mata, dan saya pula bergurau bahawa saya juga adalah ratu di Moscow,” cerita Oksana.
Semenjak itu, mereka terus berhubung sehinggalah Oksana terbaca berita mengenai perlantikan Sultan Muhammad V sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang ke-15.
Bagaimanapun, kisah berkenaan berakhir di situ dengan kata-kata "untuk diteruskan", dipercayai akan bersambung pada perkongsian seterusnya.
Sultan Muhammad V dan Oksana sebelum ini selamat dikurniakan putera sulung diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra pada 21 Mei lalu.
Azyyati Ahmad
Wed Jun 19 2019
Rihana Oksana Petra buat pertama kalinya berkongsi cerita manis detik-detik percintaan dengan suaminya, Sultan Muhammad V. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Monopoli Puspakom dihentikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
38.6 kg dadah dirampas, lebih 2,000 individu ditahan di Perak sejak Januari
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak merampas 38.6 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM770,766 menerusi Op Tapis sejak Januari hingga semalam.
Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka
Mahkamah Tinggi menetapkan 28 April ini untuk memutuskan sama ada akan menyemak semula keputusan terbuka Mahkamah Koroner terhadap kematian warga Australia Annapuranee Jenkins.
Dialog Anak Muda: Interfaith Harmony Week faham, hormat dan terima
Apa cabaran dalam usaha untuk memperkukuh hubungan antara agama, etnik, dan budaya di negara ini? Bagaimana kepelbagaian agama dan budaya boleh digabungkan untuk membina sebuah negara yang benar-benar harmoni? Dialog Anak Muda bersama Hawa Rizwana 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Autoriti kawal selia elektrik kembali ke Sabah
Kuasa kawal selia bekalan elektrik negeri Sabah yang diserahkan Kerajaan Persekutuan secara berfasa memberi ruang kepada Kerajaan Negeri melaksanakan perancangan dan pembangunan pembekalan elektrik di negeri itu.
[TERKINI] Petronas: Langkah penyusunan semula penting untuk masa hadapan
Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara.
LBS rai Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 Bilion
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran LBS Bina Group Berhad (LBS) di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, pada Rabu.
11 pekerja asing kilang haram ditahan bersama RM21.83 juta e-waste
Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak menyerbu sebuah kilang memproses peleraian buangan elektrik dan elektronik (e-waste) haram di Machang Bubok dan merampas e-waste bernilai RM21.83 juta.
Jenayah penipuan pelaburan (setakat 2 Februari 2025)
Sejumlah 765 kes penipuan pelaburan telah dicatatkan setakat 2 Februari 2025. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) turut menyatakan jenayah penipuan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi lebih RM125.7 juta.
2,000 ditahan kerana dadah dalam 37 hari
Lebih 2,000 orang ditahan kerana pelbagai kesalahan dadah di Perak dalam tempoh 37 hari tahun ini, dari Januari hingga Khamis.
Oksana dedah kisah pertemuan dengan Sultan Muhammad V
Isteri Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Rihana Oksana Petra buat pertama kalinya berkongsi cerita manis detik-detik percintaan.