Operasi dan mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki yang terjatuh ke dalam lombong ketika memancing bersama dua rakannya di Taman Putra Perdana, di sini, diteruskan hari ini.
Operasi hari ini turut disertai Pasukan Polis Marin dan juga Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Zon 5, Izman Adnan berkata operasi mengesan Mohd Ilham Fahmi Mohd Azam, 17, diteruskan pukul 8 pagi ini dengan melakukan pencarian di kawasan tebing sepanjang 40 meter di lombong berkenaan.
"Bomba mendapati arus dalam lombong masih deras pagi ini dan pasukan penyelam akan membuat penilaian dahulu sebelum membuat operasi," kata Izman.
Sehingga kini belum ada perkhabaran mengenai penemuan remaja tersebut.
Faktor hujan lebat menyumbang kepada kesukaran operasi susulan keadaan air yang deras dan berisiko tinggi.
Menurut Izman, operasi pencarian menggunakan kaedah "Surface Searching" di sekitar tebing lokasi kejadian akan diteruskan sebaik sahaja keadaan kembali reda.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, khidmat anjing pengesan K-9 turut digunakan bagi membantu operasi.
"Kita turunkan dua ekor anjing pengesan sebab ia boleh hidu kalau ada mayat terapung di permukaan air," katanya ketika ditemui, dekat sini, hari ini.
Kawasan kejadian ketika ini dikawal ketat dan pihak media juga tidak dibenarkan masuk atas faktor keselamatan.
Semalam seorang remaja dilaporkan tergelincir ketika memancing. Ketika operasi menyelamat mangsa dijalankan, enam anggota bomba lemas dipercayai terbelit sesama mereka sebelum dibawa arus deras.
Jenazah keenam-enam mangsa dibawa ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan pagi tadi.
Hilmi Malik
Thu Oct 04 2018

Anggota pasukan penyelamat memeriksa sekitar kawasan kejadian ketika operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki berusia 17 tahun yang jatuh di sebuah lombong di Taman Putra Perdana. -Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu forklift maut terjatuh ke dalam longkang
Lapan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian dan bertindak mengeluarkan mangsa dari dalam parit menggunakan pengusung.

Litar pintas dipercayai punca lima beranak rentung
Anggaran awal jumlah kerugian akibat kebakaran ini melebihi RM100,000.

Bomba ambil masa dua hari selamatkan wanita Orang Asli dipatuk ular di Gerik
Seorang wanita Orang Asli mengalami gejala muntah dan tidak dapat berjalan selepas dipercayai dipatuk ular di Kampung Lenweng dekat Pos Kemar, Gerik pada Selasa lepas.

Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar
Dua pekerja lelaki warga tempatan dan Indonesia melecur tahap dua dalam kejadian kebakaran di sebuah kilang memproses minyak sawit mentah di Taman Nilai di sini hari ini.

Bomba selamatkan wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran
Tindakan pantas pihak bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran membabitkan sebuah kedai dua tingkat di Tingkat Mahsuri, Bayan Lepas di sini hari ini.

Tanah runtuh: Enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikhuatiri tertimbus di Miri
Mangsa pertama, seorang lelaki dewasa bagaimanapun selamat, manakala enam yang lain masih gagal dikesan.

Bomba keluar 26 notis hapus bahaya kebakaran terhadap premis di Terengganu
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengeluarkan 26 notis penghapusan bahaya kebakaran sempena kempen keselamatan kebakaran Tahun Baharu Cina sejak 13 Jan lepas.

Dua beranak terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Kuala Krai-Gua Musang
Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai ke lokasi kejadian, sejauh 40 kilometer dari balai.

Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba
PGOK merupakan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi yang bertindak sebagai nadi komunikasi dan pengoperasian JBPM.

Bomba perkenal sistem syif baharu dengan 26 hari rehat setahun bermula Februari
Penambahbaikan itu bertujuan menjaga kebajikan anggota bomba serta memastikan mereka mempunyai tahap kesihatan fizikal, mental dan sosial yang baik.