Hasil bedah siasat ke atas 106 mayat mangsa sindiket pemerdagangan manusia dalam 'Ops Wawasan Khas' mendapati kebanyakannya menemui ajal dipercayai akibat kebuluran.
Ketua Polis Perlis SAC Shafie Ismail berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut tanpa ada sebarang unsur jenayah.
Beliau berkata menerusi laporan bedah siasat oleh unit forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah yang diperoleh dua hari lepas juga mendapati ada mayat yang masih baharu dan ada juga yang meninggal dunia awal tahun lepas.
"Namun tempoh sebenar kematian perlu dirujuk semula oleh pihak hospital, forensik juga belum dapat memastikan kewarganegaraan mayat-mayat berkenaan yang ditemui dalam keadaan berkafan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan upacara serah terima tugas Ketua Cawangan Khas (KCK) Kontinjen Polis Perlis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini hari ini.
Pada upacara itu, KCK Kontinjen Polis Perlis, Pemangku ACP Idris Mon yang akan bertukar ke IPK Perak menyerahkan tugasnya kepada Supt Ridzuan Abdul Aziz dari IPK Terengganu.
Shafie berkata walaupun operasi menggali dan mengeluarkan rangka mayat mangsa sindiket pemerdagangan manusia dalam Ops Wawasan Khas itu sudah berakhir, kawasan berkenaan masih lagi dikawal anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi mengelak kejadian sama berulang.
Beliau berkata pihak polis akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man bagi mencari kaedah terbaik supaya sempadan Malaysia-Thailand di Perlis tidak dicerobohi mana-mana sindiket pemerdagangan manusia.
Beliau berkata polis akan mengemukakan beberapa kaedah berkesan kepada kerajaan negeri berhubung dengan masalah pembolosan serta keselamatan di kawasan sempadan.
Polis menemukan sebanyak 139 kubur pelbagai saiz dan 28 kem transit pendatang asing dalam operasi di sepanjang 11 kilometer antara Tangga 100, sempadan Malaysia-Thailand sehingga ke Wang Kelian, Padang Besar sejak 25 Mei lalu.
Bernama
Fri Jun 12 2015

Ketua Polis Perlis SAC Shafie Ismail berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut tanpa ada sebarang unsur jenayah.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Risiko kebuluran di Gaza masih wujud - Ketua Kemanusiaan PBB
Fletcher turut menekankan keperluan mendesak bekalan makanan dan perubatan bagi wilayah yang didiami lebih 2 juta orang.

Kebuluran semakin tenat di Gaza - WFP
Menurut WFP, pihaknya hanya dapat membawa masuk kira-kira satu pertiga daripada bekalan makanan yang diperlukan.

Bekalan makanan dibenar masuk hanya penuhi 6 peratus keperluan penduduk Gaza - UNRWA
UNRWA mengesahkan bekalan tepung dan makanan yang dibenarkan masuk oleh pendudukan Israel melalui lintasan sempadan hanya memenuhi enam peratus daripada keperluan penduduk.

Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”
Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.

UNRWA beri amaran kebuluran yang bakal melanda Gaza
Operasi UNRWA adalah penting untuk memenuhi keperluan asas mereka yang telah kehilangan segala-galanya.

Kebuluran di Rakhine boleh menular lepasi sempadan Myanmar - PBB
PBB menggesa campur tangan antarabangsa segera di Rakhine, Myanmar, berikutan kemungkinan negeri itu akan terjerumus ke dalam krisis sosial dan ekonomi ekoran kebuluran.

Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO
"Terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza," kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Keganasan di Gaza tingkat tahap kebuluran - Laporan
Operasi ketenteraan Israel yang sengit menambah kebimbangan dan menghalang akses kemanusiaan.

WFP beri amaran ancaman kebuluran di Gaza menjelang musim sejuk
WFP menyuarakan kebimbangan bahawa usaha untuk membawa masuk bekalan penting menghadapi cabaran yang semakin meningkat dan menyeru agar situasi ini dihentikan.

Gaza menderita kemiskinan melampau, kebuluran ketika Israel teruskan serangan genosid - Bank Dunia
Ekonomi Gaza telah runtuh dan penduduknya sedang menghadapi kemiskinan melampau serta kebuluran di tengah-tengah serangan Israel.