Orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat terus hadir sejak awal pagi untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem di kediamannya di Damai Jaya, Santubong, dekat sini.
Pasukan pengusung terdiri daripada pegawai serta anggota polis dan tentera sedang membuat persiapan untuk membawa jenazah dari kediaman itu ke Masjid Jamek Sarawak di Petra Jaya, di sini, sebentar lagi.
Orang ramai dan orang kenamaan masih boleh terus memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di masjid tersebut mulai 10.30 pagi hingga 1 tengah hari sebelum jenazah dikebumikan selepas Zohor.
Adenan meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Kota Samarahan, dekat sini, kira-kira 1.20 petang semalam.
Sementara itu, beberapa ribu orang daripada pelbagai golongan sudah berhimpun di masjid negeri di sini untuk memberikan penghormatan terakhir mereka kepada Allahyarham Adenan.
Mereka terdiri daripada pemimpin korporat, ketua masyarakat dan wakil daripada persatuan dan badan bukan kerajaan, penjawat awam serta orang ramai. - BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2017
Orang ramai dan orang kenamaan masih boleh terus memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di masjid tersebut mulai 10.30 pagi hingga 1 tengah hari sebelum jenazah dikebumikan selepas Zohor. - Astro AWANI
Perancis tuntut penjelasan daripada PSG berhubung paparan sepanduk pro-Palestin
Sepanduk ini tidak sepatutnya berada di stadium dan mesej sebegini juga dilarang oleh peraturan Liga dan UEFA, kata Retailleau.
Biden seru 'peralihan kuasa yang aman dan teratur' susulan kemenangan Trump
Biden telah berbincang dengan Trump untuk meyakinkan bahawa beliau telah mengarahkan kakitangannya pastikan peralihan berjalan lancar.
Trudeau tubuhkan semula jawatankuasa hubungan Kanada-AS susulan kemenangan Trump
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Chrystia Freeland akan mempengerusikan jawatankuasa berkenaan.
Malaysia perlukan lebih ramai penyelidik dalam industri - Mohammad Yusof
Perubahan ini penting untuk meningkatkan keupayaan industri tempatan dalam menuju ke arah aktiviti yang bernilai tambah tinggi.
Xi Jinping kenang 50 tahun hubungan China-Malaysia, seru kerjasama lebih erat
Mengimbas kembali kemajuan diplomatik baru-baru ini, Xi menekankan kepentingan 50 tahun hubungan diplomatik China-Malaysia.
Perdana Menteri Palestin gesa PBB bertindak hentikan genosid di Gaza
Mustafa menyeru pihak antarabangsa memberikan tekanan yang lebih agar Israel bertanggungjawab atas jenayahnya.
Potensi eksport Malaysia, aliran masuk FDI dijangka lebih cerah dengan kemenangan Trump
Perkara itu melibatkan sektor terutamanya elektronik, jentera, dan minyak sawit.
Laman web mahkamah Korea Selatan disyaki digodam DDoS
Gangguan ke atas rangkaian secara tiba-tiba itu hanya menjejaskan laman sesawang mahkamah yang menyediakan perkhidmatan awam.
Lebih 90 peratus peserta MyLesen berjaya miliki lesen - Loke
Loke berkata, baki peserta program MyLesen masih mengikuti latihan dan ujian akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.