Padah meminta sedekah seraya mengacukan pistol mainan, seorang kanak-kanak palauh lelaki bersama 14 individu lain ditahan sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.
Mereka ditahan dalam operasi cantas di kawasan lampu isyarat Taman Aman Jaya dan Bandar Sri Perdana kira-kira pukul 10.36 pagi Rabu.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata, bertindak atas gambar yang tular di media sosial seorang kanak-kanak palauh tidak berbaju memegang pistol mainan ketika meminta sedekah, pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Lahad Datu pergi ke lokasi.
Kesemua 15 yang ditahan itu berusia antara enam bulan hingga 31 tahun.
"Siasatan lanjut mendapati kesemua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
"Daripada kesemua tahanan itu, 11 daripadanya adalah kanak-kanak," katanya dalam kenyataan.
Menurut Nasri, siasatan polis mendapati senjata yang dipegang kanak-kanak itu ketika meminta sedekah merupakan pistol mainan yang diberi ibunya untuk bermain dengan kanak-kanak lain.
"Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Lahad Datu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.
Ridzal Abdullah, Qaisara Umaiyah
Wed Feb 19 2020
Kanak-kanak palauh yang tidak berbaju dan berkaki ayam mengacu pistol mainan ketika meminta sedekah. - Gambar media sosial
Jenayah: Lelaki acu pistol lepas ditegur jangan merokok di medan selera
Polis menahan seorang lelaki yang bertindak menunjukkan objek menyerupai pistol dalam satu insiden pertengkaran dikatakan berlaku di sebuah medan selera di Puchong, Selangor, Isnin lalu.
Amanat KPN: PDRM pantau pegawai, anggota hidup mewah lebihi kemampuan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mahu penyeliaan secara pemantauan rapat dilaksanakan dengan lebih berkesan terhadap pegawai dan anggota polis yang dikesan memiliki gaya hidup mewah melebihi kemampuan.
MetMalaysia ramal banjir di pantai timur, Sarawak dan Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan Monsun Timur Laut (MTL) akan berlaku lima hingga tujuh luruan monsun yang membawa episod hujan lebat berterusan.
Kelangsungan perjuangan Hamas selepas kematian Yahya Sinwar
Syahidnya Pemimpin Hamas, Yahya Sinwar, yang sebelum ini menggantikan Ismail Haniyeh, mungkin dianggap tamparan buat kumpulan pejuang itu.
Tetapi umum berpendapat, perjuangan Hamas, tidak akan pernah terhenti, hanya dengan kematian pemimpinya.
Untuk analisis berkaitan kelangsungan hamas pasca kehilangan pemimpin utamanya, kita bersama
Prof Dr Kamaruzzaman Yusof, Profesor Adjung Universiti Malaya dan Pensyarah Fakulti Sosial Sains Universiti Islam Melaka.
Tetapi umum berpendapat, perjuangan Hamas, tidak akan pernah terhenti, hanya dengan kematian pemimpinya.
Untuk analisis berkaitan kelangsungan hamas pasca kehilangan pemimpin utamanya, kita bersama
Prof Dr Kamaruzzaman Yusof, Profesor Adjung Universiti Malaya dan Pensyarah Fakulti Sosial Sains Universiti Islam Melaka.
Unit Udara JBPM bantu Orang Asli Gua Musang dapatkan rawatan
Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan pemindahan perubatan membawa seorang lelaki Orang Asli dari Pos Simpor, untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Kes konsesi pasir MBI: SPRM beku aset jutaan ringgit
SPRM telah membekukan aset bernilai jutaan ringgit melibatkan siasatan kes Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) yang berkaitan rasuah konsesi perlombongan pasir.
Raih gelaran Ironman Malaysia pada usia 61 tahun
USAHA yang konsisten dan belajar daripada kelemahan lalu menjadikan seorang lelaki berjaya meraih gelaran Ironman Malaysia pada usia 61 tahun.
[KOLUMNIS] Mentransformasi seni digital serlah kreativiti universiti
Kombinasi ilmu dan seni dalam kehidupan adalah seimbang - ilmu memberikan ketertiban dan kejelasan, manakala seni membawa kedamaian dan kegembiraan.
Belanjawan 2025 peluang kerajaan perhebat reformasi ekonomi
Belanjawan kali ini dijangka melebihi RM400 bilion, menjadikannya yang terbesar setakat ini.
Randai Macbeth: Adaptasi interkultural yang berani
Adaptasi ini memberikan kritikan halus terhadap situasi politik kontemporari, di mana kuasa sering disalah gunakan tanpa peduli kepada nilai etika dan tanggungjawab sosial.
Padah acu pistol mainan ketika minta sedekah, 15 palauh ditahan di Lahad Datu
Mereka ditahan dalam operasi cantas di kawasan lampu isyarat Taman Aman Jaya dan Bandar Sri Perdana, Lahad Datu.