Tekanan yang dirasai skuad Tok Gajah selepas menerima perkhabaran penggantungan ketua jurulatihnya Dollah Salleh nyata tidak menjejaskan prestasi pemain untuk menyingkirkan Melaka United 2-0 dalam pertembungan di Stadium Darul Makmur di sini malam tadi.
Lega dengan kemenangan itu, penolong jurulatih Pahang Ahmad Shaharuddin Rosdi mengakui berita penggantungan Dollah tersebut memberi tekanan kepada pemain.
"Bagaimanapun pemain masih mampu menyempurnakan misi mengutip tiga mata.
"Biarpun perlawanan malam ini tidak lancar seperti yang diinginkan tetapi tiga mata begitu bermakna ketika Pahang tanpa ketua jurulatih di sisi," katanya yang ditemui selepas perlawanan.
Susulan kemenangan itu Pahang kekal di tangga ketiga Liga Super dengan 30 mata iaitu hanya dua mata memisahkan pasukan tersebut dengan Kedah yang berada di tangga kedua liga.
Sementara itu, pengendali Melaka United Eduardo Almeida mengakui skuadnya perlu mencatat kemenangan pada baki lima perlawanan termasuk empat daripadanya di gelanggang sendiri jika mahu terus kekal beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.
Jurulatih dari Portugal itu mengakui gol seawal minit ke-4 tuan rumah memberi tekanan kepada pemainnya.
Biarpun berusaha bangkit, kami gagal merobek gawang lawan dan keadaan bertambah buruk apabila Pahang menambah jaringan pada minit ke-52, katanya.
Kekalahan itu menyaksikan Melaka berada di tangga ke-11 liga dengan 12 mata.
Hanya tiga mata memisahkan Melaka dengan Pulau Pinang yang berada di tangga tercorot.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 23 2017

Jurulatih Pahang Dollah Salleh didenda RM30,000 dan digantung 18 bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia.

OpenAI perkenal model bahasa raya baharu GPT-4.5
OpenAI memasarkan model ini sebagai model yang paling berpengetahuan setakat ini.

Nelayan di Pahang terus dapat perhatian, bantuan Perdana Menteri
Warga emas yang terjejas pendapatan kerana sudah berbulan-bulan tidak dapat mengail rezeki akibat keadaan laut bergelora, diberikan bantuan.

Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.83 mata kepada 1,578.77 daripada penutupan Khamis pada 1,586.60.

Sultan Nazrin zahir ucapan tahniah kepada menteri, warga KPKT atas prestasi cemerlang
Sultan Perak berkenan menerima menghadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di Istana Perak Changkat pada Khamis.

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah secara rasmi kepada SPR
Speaker Dewan Negeri Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid menyerahkan notis itu kepada Pengarah SPR Perak, Mohd Nazri Ismail.

'Saya yakin akan bebas, harap peminat tetap beri sokongan' - Eda Ezrin
Penyanyi wanita Kelantan, Eda Ezrin percaya dia akan akan dibebaskan dari Penjara Wilayah Narathiwat tidak lama lagi.

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Kejadian berlaku sekitar jam 8.40 malam ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di sebuah kilang.

Rundingan fasa seterusnya gencatan senjata Gaza bermula di Kaherah
Delegasi Qatar dan Israel tiba di Kaherah bagi meneruskan rundingan, dengan penyertaan wakil dari Amerika Syarikat.

Siemens Malaysia lancar Akademi Latihan Industri Digital bersama SG TVET Group, JTM
Ia sebahagian usaha memperkasa tenaga kerja dan mewujudkan ekosistem digitalisasi menerusi program latihan bertaraf antarabangsa.

Polis tahan lelaki warga Bangladesh khianat, pukul anjing
Polis Daerah Kulai mengesan video tular di media sosial yang dimuat naik pemilik akaun Instagram UPDATEINFO11 memaparkan kejadian khianat itu.

Pahang lega penggantungan Dollah Salleh tidak jejas persembahan
Penolong jurulatih Pahang Ahmad Shaharuddin Rosdi mengakui berita penggantungan Dollah tersebut memberi tekanan kepada pemain.

Penyerang Pahang, Fauzi Roslan mahu buka buku baru
Musim 2015 bukanlah tahun manis buat penyerang Pahang Fauzi Roslan setelah mengalami prestasi turun naik disamping dihimpit masalah kecederaan.