Kerajaan negeri Pahang meminta pihak berkuasa supaya mempertingkat kawalan keselamatan di semua premis Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) bagi mengelak berlakunya kejadian jenayah.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata kejadian samun bersenjata di Tabika Perpaduan Bukit Sekilau pada Khamis lepas perlu dijadikan iktibar supaya kes mengancam nyawa guru dan kanak-kanak tidak berulang lagi.
"Sebenarnya kejadian itu dikira kes tidak dijangka sebab kita jarang dengar ia berlaku di tabika mahupun taska...nampaknya, pihak berkuasa kena tingkatkan kawalan keselamatan di kawasan berkenaan," katanya selepas Sambutan Hari Wanita dan Karnival Komuniti Persatuan Wanita (Perwani) 1Malaysia 2016 peringkat negeri di sini, hari ini.
Sambutan berkenaan dirasmikan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Dalam kejadian 8.15 pagi itu, Tabika Perpaduan Bukit Sekilau diceroboh masuk seorang lelaki bersenjata pisau sebelum menyamun barang kemas milik dua guru tabika berkenaan.
Bagaimanapun, kesemua kanak-kanak dan guru itu tidak dicederakan dan penjenayah berkenaan kemudian melarikan diri menaiki motosikal yang diletakkan di luar tabika.
Shahaniza berkata Pihak Berkuasa Tempatan juga perlu bekerjasama dengan polis dalam usaha memastikan keselamatan tabika sentiasa terjamin selain guru mempunyai ilmu pengetahuan dalam aspek penjagaan keselamatan di tabika.
Pada majlis itu, Tunku Azizah Aminah menyampaikan Anugerah Tokoh Wanita Pahang 2016 bagi Kategori Orang Kelainan Upaya, Kategori Kesukarelawan dan Kategori Kepimpinan kepada para penerima yang masing-masing membawa pulang trofi dan wang tunai RM5,000. - BERNAMA
Bernama
Sun Oct 23 2016

Pihak Berkuasa Tempatan juga perlu bekerjasama dengan polis dalam usaha memastikan keselamatan tabika sentiasa terjamin selain guru mempunyai ilmu pengetahuan dalam aspek penjagaan keselamatan di tabika. - Gambar hiasan
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

Pahang pertingkat kawalan keselamatan di tabika
Kerajaan negeri Pahang meminta pihak berkuasa supaya mempertingkat kawalan keselamatan di semua premis Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) bagi mengelak berlakunya kejadian jenayah.