Pahang mengumumkan cuti peristiwa esok sempena istiadat lafaz sumpah Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Astro Awani
Wed Jan 30 2019
Cuti peristiwa itu bersempena dengan istiadat melafaz dan menanda tangani sumpah jawatan sebagai Seri Padukan Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16. - fotoBERNAMA
Pahang mengumumkan cuti peristiwa esok sempena istiadat lafaz sumpah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Cuti peristiwa itu diisytiharkan bagi memperingati tarikh bersejarah pada tanggal esok yang menyaksikan Sultan Pahang menaiki takhta Yang di-Pertuan Agong, sekali gus diraikan seluruh rakyat negeri itu.
"Kali terakhir detik bersejarah ini dirasai ialah kira-kira empat dekad lalu apabila Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh antara 26 April 1979 dan 25 April 1984.
"Oleh itu, pengumuman cuti peristiwa esok adalah difikirkan sebagai bersesuaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.