Bayi berusia lapan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menderita kanser 'Germ Cell Tumor' di bahagian mulut dijangka berlepas ke United Kingdom (UK) minggu depan, bagi menerima rawatan daripada doktor pakar di negara berkenaan.
Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, berkata pasukan doktor pakar di United Kingdom sudah bersedia memberi rawatan kepada Ainul Mardhiah, dan meminta Imbasan Magnetik Resonan (MRI) dilakukan terhadap bayinya itu terlebih dahulu di sini, untuk rujukan doktor pakar sebelum rawatan dimulakan.
Penderitaan bayi itu turut mendapat perhatian doktor pakar pelatih surgikal kelahiran Malaysia yang bertugas di hospital terkemuka United Kingdom, Dr Nur Amalina Che Bakri.
"Dr Amalina hubungi isteri saya melalui WhatsApp mengatakan seorang doktor pakar bernama Dr Jorgensen bersedia merawat Ainul.
"Tetapi mereka suruh kami buat MRI dulu sebab melalui MRI itu mereka baru boleh bincang mengenai macam mana nak lakukan pembedahan dan sebagainya," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Safiuddin berkata hasil sumbangan orang ramai yang prihatin terhadap keadaan Ainul Mardhiah sudah mencukupi untuk menampung kos perjalanan mereka ke London.
Keadaan Ainul Mardhiah yang menghidap kanser Germ Cell Tumor sejak lahir mendapat perhatian segenap masyarakat di Malaysia mahupun luar negara setelah kisahnya dimuat naik ke media sosial.
Dr Amalina yang prihatin terhadap keadaan Ainul Mardhiah telah menyatakan hasratnya untuk membantu dan akan cuba menghubungi beberapa kenalannya daripada pelbagai bidang kepakaran bagi membincangkan mengenai kes bayi itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2019

Penderitaan Ainul Mardhiah turut mendapat perhatian doktor pakar pelatih surgikal kelahiran Malaysia yang bertugas di hospital terkemuka United Kingdom, Dr Nur Amalina Che Bakri. - Foto Facebook: Ahmad Safiuddin

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Bapa Ainul Mardhiah mohon rakyat Malaysia bantu bekas pensyarah UKM
Prof Dr Ab Rahim Ismail, 62, masih koma di Pamukkale Hospital University, Denizle, Turki sejak 15 Julai lepas.

Ainul tak sihat, keluarga tangguh hasrat pulang ke Malaysia
Mereka sepatutnya menaiki penerbangan jam 9.35 malam tadi (waktu United Kingdom), namun terpaksa menangguhkannya kerana tidak mendapat kebenaran doktor.

Video Ainul Mardhiah mesra 'berceloteh' dengan ibu sentuh hati ramai
Detik indah anak-beranak siap dengan latar muzik lagu daripada kumpulan UNIC, dengan tajuk lagu yang sama dengan nama bayi sembilan bulan itu.

Melaka bantu kos penerbangan keluarga Ainul Mardhiah ke UK
Ketua Menteri, Adly Zahari berkata Kerajaan Negeri secara dasarnya bersetuju untuk membantu memudahkan urusan keluarga itu mendapatkan rawatan di luar negara.