Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan perbincangan bersama bagi mencari pengganti kepada Dr Maszlee Malik yang telah meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata adalah lebih baik perkara itu diadakan perbincangan terlebih dahulu namun keputusan adalah terserah kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
"Saya rasa lebih baik kita bincang bersama dalam Pakatan Harapan. Semua ada pandangan, biar kita bincang...itu lebih baik," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian menaik taraf Blok 826 Kuarters Kastam Bagan Jermal, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan yang meminta pengganti Maszlee dilantik dalam kalangan ahli akademik untuk mengemudi kementerian itu.
Maszlee mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pendidikan berkuat kuasa semalam dalam sidang media di pejabatnya di kementerian itu, pada Khamis.
Sementara itu, ketika ditanya berhubung desas-desus yang menyatakan Datuk Seri Mustapa Mohamed antara nama yang disebut untuk menggantikan Maszlee, Guan Eng berkata, beliau tidak tahu berhubung perkara itu.
"Saya tidak tahu siapa yang akan dilantik kerana saya bukan Perdana Menteri... tetapi saya yakin ianya (pengganti) tentulah seseorang dari Pakatan Harapan," katanya.
Terdahulu, pada program itu, Guan Eng berkata, kuarters yang dibina pada tahun 1969 itu sudah tidak diduduki sejak 1990-an lagi kerana terdapat unit rumah dalam keadaan teruk.
Beliau berkata, kos pembaikan kuarters itu sebanyak RM438,000 dan kerajaan Pakatan Harapan akan terus komited untuk mengenalpasti serta membaiki unit-unit rumah sedemikian bagi tujuan keselesaan penghuninya.
- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 04 2020
Menurut Lim Guan Eng, soal pengganti Dr Maszlee Malik lebih baik dibincangkan dengan semua komponen Parti Harapan. - Gambar Astro AWANI
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.
'Zaman Guan Eng dah berlalu, jangan 'menyiku' sahabat' - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Lim Guan Eng untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan parti komponen Kerajaan Perpaduan.
Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.
Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Mahkamah tolak rayuan Guan Eng terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ketepi samannya
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng gagal dalam rayuannya berhubung saman fitnahnya terhadap naib presiden MCA Datuk Tan Teik Cheng dan akhbar The Star.
Kes terowong dasar laut: Saksi utama demam, bicara kes Lim Guan Eng tangguh
Perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng ditangguhkan berikutan saksi utama pendakwaan cuti sakit kerana demam.
Kes terowong: Hakim tegur peguam Lim Guan Eng tanya soalan sama berulang kali
Hakim yang mendengar perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng menegur pihak pembelaan agar tidak mengemukakan soalan sama berulang kali.
Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.