Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerusi kenyataan rasmi menyifatkan Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud.

Keputusan yang disimpul oleh Jawatankuasa Pusat DAP yang bermesyuarat pada malam semalam itu menyatakan muafakat yang diamalkan oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat hampur lumpuh lantaran beberapa insiden sepanjang tahun ini.

Perselisihan antara pucuk kepimpinan DAP dan PAS kian memuncak apabila PAS memutuskan untuk membentang rang undang-undang hudud sekaligus melaksanakannya di Kelantan.

BACA: Khairy gesa kerajaan Selangor dibubar susulan 'berkuburnya' Pakatan Rakyat

BACA: Pakatan Rakyat sudah berkubur - Guan Eng

Pakatan Rakyat ditubuhkan pada 1 April 2008 hasil kerjasama DAP bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) bagi memenuhi aspirasi rakyat yang ingin melihat perubahan politik di Malaysia bersangkutan dengan pilihan raya umum yang diadakan pada 8 Mac 2008.

Pada masa yang sama, para netizen turut menyuarakan pendapat mereka mengenai isu Pakatan Rakyat yang dikatakan sudah ‘berkubur’ ini.

















Segelintir pengguna media sosial ternyata dirundung kesedihan mengenai pengakhiran persefahaman antara parti-parti komponen pembangkang ini.

Sementara wakil-wakil PKR memilih untuk berdiam diri, tindakan itu adalah bagi mengelakkan keluarnya sebarang kenyataan yang mungkin disalah erti sebelum bermulanya mesyuarat antara pucuk pimpinan PKR pada malam ini.


Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh seakan-akan menjawab kenyataan yang dikeluarkan Guan Eng menerusi muat naik di laman Facebook.