Berita tentang Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang dikatakan sedang uzur dek diserang penyakit aneh sepertimana yang tersebar di media sosial ketika ini, adalah palsu.
Perkara itu disahkan oleh setiausaha akhbar beliau, Syed Atif Syed Abu Bakar yang dihubungi Astro AWANI malam ini.
Kata Syed Atif, sememangnya beliau kini sedang diwadkan di hospital sejak beberapa hari lepas, tetapi hanya kerana batuk teruk dan selsema akibat jangkitan kuman dalam darahnya.
"Baru siang tadi beliau telefon saya, kami berborak. Tiada apa lah, beliau elok sahaja, esok lusa boleh keluar (dari wad)," katanya.
Ceritanya, sejak dimasukkan ke hospital, pihak keluarga dan kakitangannya tidak membenarkan kehadiran pelawat untuk membolehkan Shahidan berehat sebaiknya.
Namun katanya, mungkin ada pihak yang memandai-mandai masuk ke dalam wad itu dan menyebarkan berita tidak benar bahawa keadaan beliau begitu teruk sehingga tidak boleh bercakap.
"Ada satu malam itu, dia ada pakai nebulizer sebagai sebahagian daripada proses rawatan. Mungkin ada sesiapa masuk ketika itu.
"Tengah pakai nebulizer, nak bercakap macam mana?" katanya.
Berdasarkan tangkapan skrin dari satu entri yang dimuat naik di page SAYA ANAK PERLIS di Facebook oleh seorang pengguna, "Roshidi Zinul", Shahidan sedang uzur di hospital kerana penyakit Guillain-Barre Syndrome yang menyebabkan beliau terlantar tidak bermaya.
Israr Khalid
Mon May 21 2018
Shahidan dikatakan hanya mengalami batuk dan selsema akibat jangkitan kuman. - BERNAMA/Fail
APEC 2024: Lawatan PM ke Peru buka potensi eksport RM1.24 bilion
Lima, Peru: Lawatan rasmi pertama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Peru telah membuka peluang eksport bernilai RM1.24 bilion, terutamanya dalam sektor berpotensi tinggi hasil inisiatif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
Mara sasarkan jualan usahawan RM100 juta di MIHAS Dubai
Mara menyasarkan untuk meraih potensi jualan mencecah RM100 juta melalui penyertaan 17 usahawan Program Gate to Global (GTG) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Dubai.
GV Ride bakal perkenal e-hailing guna EV bermula Disember
Langkah itu merupakan salah satu daripada langkah untuk mempromosikan EV dalam industri e-hailing.
Bertumbuk gara-gara lewat daftar masuk penerbangan
Siasatan mendapati kejadian berpunca akibat perselisihan faham petugas syarikat penerbangan dengan seorang penumpang.
Dunia menanti tindakan tegas pemimpin G20 terhadap perubahan iklim
Simon Stiell berharap pemimpin-pemimpin G20 yang akan berkumpul di Rio de Janeiro dapat melakukan tindakan iklim yang lebih berani untuk kelangsungan ekonomi.
Tiga pemain JDT dilepas pulang menjelang pertemuan Malaysia-India
Tiga pemain JDT dilepaskan daripada skuad Harimau Malaya menjelang perlawanan persahabatan menentang India di Hyderabad.
Mike Tyson tewas di tangan Jake Paul
Selepas lapan psuingan, bekas juara dunia, Mike Tyson kecundang di tangan Jake Paul dalam aksi tinju yang berlangsung di Stadium AT&T, Texas.
Angka korban di Lubnan meningkat ke 3,445 orang
Angka korban rakyat Lubnan sejak permulaan serangan Israel di negara itu kini meningkat ke 3,445 orang.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Malaysia menaruh harapan supaya ekonomi anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) termasuk Amerika Syarikat (AS) akan terus mendukung prinsip perdagangan bebas dan adil.
Arthur menang tanpa bertanding jawatan Presiden PBRS
Arthur melihat tindakan ahli parti tidak mencabarnya untuk jawatan presiden sebagai satu kepercayaan yang amat dihargai.
LHDN tidak pernah hantar pautan status bayaran balik melalui portal MyTax
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah menghantar sebarang pautan kepada pembayar cukai berkaitan status bayaran balik melalui portal MyTax, menurut agensi pentadbir cukai itu.
Kerap 'disajikan' unsur negatif di media sosial cetus masyarakat pemikiran jumud - Pakar
Perkembangan teknologi sepatutnya melahirkan masyarakat intelektual namun ia boleh jadi sebaliknya jika pengguna media sosial gagal menapis bahan negatif yang terdapat dalam rangkaian internet.
Media sosial Barat banyak temberang, hapuskan aplikasi mereka - Duta BRICS
Nasser berkata, untuk melemahkan doktrin Barat, perlu hapuskan aplikasi ciptaan mereka dan sokong media baharu yang adil dalam pelaporan.
Dakwaan larangan pengeluaran KWSP untuk haji berunsur fitnah - Lim
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menegaskan sebarang dakwaan mengenai larangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan menunaikan ibadah haji adalah tidak benar.
AI bukan ancaman kepada industri media - Wartawan veteran
Kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam industri media tidak harus dilihat sebagai satu ancaman.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
COVID-19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes yang melangkaui keraguan munasabah terhadap Muhammad Zaki.
Pendakwaan tarik balik rayuan, Lokman Adam kekal bebas tuduhan sebar berita palsu
Lokman Noor Adam kekal lepas dan bebas daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu di laman Facebook miliknya berhubung kematian seorang pegawai polis akibat vaksin, tiga tahun lepas.
Polis sahkan video tular kejadian culik kanak-kanak di Labu adalah palsu
Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap pemilik akaun yang memuat naik video tersebut yang boleh menggugat keamanan awam.
[KOLUMNIS] Bahaya maklumat salah: Ancaman keamanan dan keharmonian di Malaysia
Maklumat yang salah bukan sahaja ancaman di negara-negara Barat tetapi juga semakin menjadi masalah besar di Malaysia.