Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dan Pan Borneo Sarawak, masing-masing mencatatkan kemajuan terkini sebanyak 32 dan 52 peratus, setakat Jun lepas.
Menurut KKR, projek tersebut kini sedang dilaksanakan secara konvensional, dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan Sarawak, susulan daripada penamatan Perjanjian Rakan Pelaksana Projek (PDPA).
"Kerajaan Pakatan Nasional akan tetap menghormati keputusan kerajaan terdahulu untuk mengubah kaedah pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dan Sarawak, dan berikutan itu usaha-usaha penambahbaikan berterusan ke atas kaedah pelaksanaan yang telah diputuskan sedang dilaksanakan, bagi mengatasi kekangan-kekangan yang telah dikenal pasti.
"Langkah-langkah tersebut adalah perlu bagi memastikan kelancaran dan kelangsungan projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dan Sarawak, sebagai pemangkin pembangunan sektor sosio-ekonomi, perindustrian serta pelaburan, di sepanjang jajaran projek tersebut," menurut KKR.
KKR memaklumkan perkara itu dalam jawapan bertulis yang dipaparkan dalam laman web rasmi Parlimen, bagi menjawab soalan Baru Bian (PSB-Selangau) mengenai status pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak, dan adakah kerajaan akan meneruskan kaedah pembinaan seperti yang dipersetujui oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.
Bagi menjawab soalan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan), mengenai pekerja yang terjejas akibat penamatan PDPA Pan Borneo Sarawak, KKR memaklumkan ia melibatkan pemberhentian kontrak perkhidmatan 500 kakitangan, daripada Syarikat Lebuhraya Borneo Utara Sdn. Bhd.
Syarikat itu merupakan Rakan Pelaksana Projek yang ditamatkan pada 20 Feb 2020 susulan penamatan PDPA dan kini kementerian dengan kerjasama JKR Sarawak, telah mengambil alih pelaksanaan Fasa 1 Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, secara konvensional.
"Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek, penambahbaikan berterusan sedang dilaksanakan, khususnya peningkatan kapasiti dan kepakaran teknikal sedia ada.
"Usaha-usaha penambahbaikan ini akan turut mengambil kira model pelaksanaan alternatif, yang akan memanfaatkan tenaga kerja yang berpengalaman di dalam pelaksanaan Fasa 1 Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, sebelum ini.
Menjawab soalan Ahmad Hassan (Warisan-Papar), mengenai jumlah pakej kerja-kerja pembinaan keseluruhan Pan Borneo (Sabah) yang belum dilaksanakan sewaktu peralihan kerajaan sejak 1 Mac lepas, KKR memaklumkan pelaksanaan Fasa 1 projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah, dengan anggaran jarak keseluruhan 706 km dibahagikan kepada 35 pakej kerja.
Sehingga kini, 12 pakej kerja telah dibuat pelantikan kontraktor bagi tujuan kerja-kerja pembinaan. Walau bagaimanapun, satu kontraktor pakej kerja, iaitu melibatkan laluan dari Tawau ke Semporna telah ditamatkan kontrak, disebabkan prestasi kontraktor yang tidak memuaskan.
Sementara itu, sebanyak 41 kontrak telah dianugerahkan kepada kontraktor dan perunding dalam pelbagai bidang bagi projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah, yang terdiri daripada syarikat-syarikat yang berpengalaman di Sabah.
Manakala, empat pakej kerja termasuk pakej kerja melibatkan laluan dari Tawau ke Semporna telah ditamatkan kontrak, sedang ditender yang dijangka akan dimuktamadkan pada tahun ini, manakala pelaksanaan bagi baki 20 pakej kerja, adalah tertakluk kepada kemampuan kewangan semasa kerajaan untuk Pelan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 14 2020

KKR memaklumkan, pelaksanaan Fasa 1 projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah, dengan anggaran jarak keseluruhan 706 km dibahagikan kepada 35 pakej kerja. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Pertambahan ahli KWSP
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan belum tubuh jawatankuasa bincang peruntukan pembangkang - Fadillah
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Guru didakwa jalin hubungan dengan murid Tahun Enam
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Dengkil disiasat polis selepas didakwa menjalin hubungan dengan anak muridnya.
Sambutan pertama ramadan di Indonesia
Indonesia mula berpuasa pada Sabtu

Kursus AI untuk pemimpin masyarakat akan dilaksanakan di Petra Jaya - Fadillah
Kursus kecerdasan buatan (AI) melibatkan pemimpin masyarakat dari kawasan Petra Jaya akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ramadan di Gaza suram, dibelenggu duka kehilangan insan tersayang
Ketika umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keriangan, suasana suram dan pilu menghimpit penduduk Gaza yang terus diselubungi perasaan kehilangan insan tersayang.
KWSP: Dividen lebih tinggi, 6.3% bagi simpanan Konvensional dan Shariah
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2024, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 bilion, meningkat 11 peratus berbanding RM66.99 bilion yang direkodkan pada 2023.
KWSP: Lebih 400,000 ahli baharu, jumlah ahli cecah 16.22 juta
Daripada jumlah itu, 8.78 juta adalah ahli aktif, mewakili 51% daripada 17.32 juta tenaga buruh Malaysia.
Tubuh jawatankuasa, kemudian bincang peruntukan - TPM
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Aset pelaburan KWSP cecah RM1.25 trilion, 63 peratus dilaburkan dalam pasaran domestik
Aset pelaburan KWSP mencapai RM1.25 trilion setakat 31 Dis, 2024, dengan 63 peratus daripadanya dilaburkan dalam pasaran domestik.

Abang Jo beri bayangan Ahmad Johnie dicalonkan semula di Igan
Abang Johari berkata, secara tradisi, kerusi tersebut sememangnya milik parti PBB, yang menerajui gabungan GPS.

Sarawak negeri paling tinggi terima dos penggalak
Sarawak menjadi negeri penerima dos penggalak paling tinggi di negara ini apabila 30.4 peratus populasi dewasanya telah menerima dos berkenaan setakat Sabtu lepas (27 Nov).

Kadar keciciran murid peringkat rendah di Sarawak menurun - KPM
Kadar keciciran murid peringkat rendah di Sarawak menurun daripada 0.34 peratus pada 2016 kepada 0.25 peratus pada 2020, menurut statistik Kementerian Pendidikan (KPM).

Pan Borneo Sabah, Sarawak masing-masing catat kemajuan 32 dan 52 peratus, setakat Jun
Projek tersebut kini sedang dilaksanakan secara konvensional, dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan Sarawak, susulan daripada penamatan Perjanjian Rakan Pelaksana Projek (PDPA).

HFMD: Belum ada arahan tutup tadika di Daro
Setakat ini belum ada mana-mana arahan diterima bagi menutup tadika di kawasan Daro ekoran kematian seorang kanak-kanak berusia dua tahun, semalam.