Pihak berwajib diharap dapat mewujudkan satu klinik medan di Depot Imigresen yang terkesan dengan kes COVID-19 untuk dijadikan rujukan serta nasihat keselamatan dan kesihatan oleh pegawai Imigresen.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) Norhisham Murujan dalam satu kenyataan berkata selain itu, penyediaan peralatan keselamatan penyahjangkit dan juga pembekalan peralatan perlindungan diri (PPE) perlu dipastikan mencukupi untuk kegunaan pegawai yang bertugas.
"KPISM sentiasa memandang serius keselamatan dan kesihatan pegawai Imigresen yang bertugas di seluruh negara termasuk depot.
"KPISM juga sentiasa menekankan kesiapsiagaan ahlinya yang merupakan warga kerja Jabatan Imigresen di segenap lapisan bagi memartabatkan pertanggungjawaban yang diberikan serta dilaksanakan secara terbaik dengan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata KPISM, yang mewakili 14,000 pegawai Imigresen di seluruh negara, berpuas hati dengan langkah yang dilaksanakan oleh jabatan itu dalam memastikan pegawai yang bertugas di Depot Imigresen Bukit Jalil, Semenyih dan KLIA (Sepang) diberi perhatian utama dari segi penyediaan prosedur operasi standard (SOP), keselamatan dan kebajikan pegawai.
"Depot tersebut yang telah disahkan terdapat kluster jangkitan COVID-19 dalam kalangan tahanan turut dibantu oleh pegawai Imigresen dari ibu pejabat dan negeri memandangkan pegawai yang bertugas di depot tersebut turut dikuarantin selama 14 hari," katanya.
Selain itu, Norhisham berkata KPISM juga merasakan adalah tidak adil dengan pandangan sesetengah pihak yang mempertikaikan tindakan operasi Jabatan Imigresen yang menjalankan tugas, tanggungjawab dan amanahnya untuk membanteras pendatang haram di negara ini mengikut lunas undang-undang dan peraturan di beberapa kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
"Lambakan pendatang haram di kawasan tersebut sudah tentunya memberi pelbagai kesan keselamatan apabila lambakan mereka yang tidak dikawal yang mengakibatkan mereka berada di dalam komuniti tempatan selepas tamat PKPD seterusnya mengancam keselamatan masyarakat dan kestabilan negara ini.
"Tindakan Jabatan Imigresen adalah demi menjaga kedaulatan dan keselamatan rakyat dan negara ini dari sebarang ancaman," katanya.
Beliau berkata pertanggungjawaban mendaulatkan keselamatan dan kesejahteraan negara akan terus dipikul dan dilaksanakan oleh pegawai di Jabatan Imigresen bagi menentukan negara berdaulat serta mempastikan keselamatan negara sentiasa terpelihara dan terjamin.
"KPISM menyokong usaha yang dilaksanakan jabatan terutama melibatkan penyediaan SOP serta langkah kebajikan dan keselamatan warganya semasa menjalankan tugas. Selain itu, KPISM menyokong usaha Jabatan Imigresen membanteras pendatang haram di negara ini diteruskan tanpa kompromi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 26 2020
Pihak berwajib diharap dapat mewujudkan satu klinik medan di Depot Imigresen yang terkesan dengan kes COVID-19 untuk dijadikan rujukan serta nasihat keselamatan dan kesihatan oleh pegawai Imigresen. - Bernama
MITI kenal pasti 33 indikator, 32 tindakan akan dilaksanakan melalui mesyuarat Jawatankuasa Daya Saing Negara
MITI telah mengenal pasti 33 indikator dengan 32 tindakan yang akan dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan sederhana melalui mesyuarat pertama Jawatankuasa Daya Saing Negara (JKDSN).
NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menjadi pelengkap usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan internet kepada rakyat terutama di luar bandar.
KPKT jalin kerjasama kukuhkan sektor perumahan dan kerajaan tempatan
KPKT akan meluaskan kerjasama dengan IPTA dan agensi berkaitan dalam usaha memperkukuh sektor perumahan dan kerajaan tempatan di negara ini.
Mesyuarat ASEAN jadi pemangkin promosi pelancongan di Port Dickson
Pemilihan Port Dickson sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN dijangka memberi impak besar kepada sektor pelancongan di daerah itu.
Kepengerusian ASEAN: Kementerian Perpaduan anjur pelbagai program perkukuh perpaduan serantau
Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan pelbagai program bagi memperkukuh perpaduan serantau sepanjang tempoh Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Amerika sekat waran tangkap ICJ buat Netanyahu
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada Khamis secara majoritinya bersetuju untuk menyekat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu serta bekas menteri pertahanannya atas jenayah perang di Gaza. Ia dilaksanakan dalam proses undian di Dewan Perwakilan yang menyaksikan sebanyak 243 berbalas 140 menyokong tindakan untuk membenarkan ICJ melaksanakan waran tangkap terhadap pemimpin rejim zionis berkenaan.
Romi, robot khas tangani depresi
Syarikat teknologi Amerika Syarikat, Nevada by Mixi Incorporation memperkenalkan rekaan robot yang berfungsi untuk menangani masalah kemurungan atau depresi. Robot yang dikenali sebagai Romi Lacatan itu mempunyai multi-fungsi yang dicipta khas dengan menggabungkan elemen dalam rumah memastikan ia berkomunikasi menggunakan empati serta berkomunikasi secara semula jadi.
China berhubung rapat dengan WHO
Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Guo Jiakun, berkata, Kerajaan China memandang serius kesihatan rakyat dan warga asing di negara itu.
Sejarah dan budaya Itali diketengah Dolce&Gabbana di Paris
Jenama fesyen Itali, Dolce&Gabbana mengadakan pameran yang menampilkan 200 rekaan asli di Paris pada Jumaat.
Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11
Mahkamah mengeluarkan perintah tangguh sementara, penggantungan prosiding secara peruntukan, yang menjadikan semua langkah berkaitan perjanjian itu jeda sehingga keputusan muktamad dicapai.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.