Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, pandangan bekas kumpulan penjawat awam kanan (G25) bahawa keputusan seorang Islam keluar agamanya merupakan dosa antara individu itu dengan Tuhan sebagai pandangan yang sesat dan menyesatkan.
Menurut beliau, pandangan itu disebabkan mereka terpengaruh dengan slogan kebebasan yang dicanangkan oleh golongan liberal di dunia barat.
Katanya, setelah meneliti kertas kajian G25, 'Administration of Matters Pertaining to Islam', beliau mendapati kandungannya sangat tidak munasabah dan dangkal.
"Sangat menyedihkan kumpulan ini menganggap murtad iaitu keluar dari Islam merupakan kesalahan atau dosa antara individu dengan Tuhan sahaja dan kerajaan hendaklah memberikan kebebasan kepada umat Islam untuk murtad.
"Saya menegaskan bahawa pandangan golongan liberalis seperti G25 adalah bercanggah dengan pendapat jumhur ulama dan Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Jabatan Mufti Negeri Perak hari ini.
BACA: Apa motif G25 persoal penubuhan Jakim - Mujahid
BACA: Isu penubuhan Jakim sudah diterangkan kepada G25 - Fuziah Salleh
G25 baru-baru ini mengkritik undang-undang murtad, mengatakan keputusan seorang Islam untuk keluarga agamanya antara individu itu dengan Tuhan.
Memetik kertas “Administration of Matters Pertaining to Islam”, kumpulan itu berkata, undang-undang negeri menghukum murtad, sama ada dengan denda, pemenjaraan atau pemulihan, tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama.
Harussani berkata, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq walaupun terkenal dengan kelembutan tetapi beliau tetap tegas dalam menangani golongan murtad.
"Ini jelas menunjukkan jenayah murtad adalah satu perkara yang serius dan kerajaan bertanggungjawab mengawal gejala ini," ujarnya.
Menurutnya, antara fakta sejarah yang disalahfahami oleh kumpulan G25 ialah berkenaan undang-undang Islam antara negeri-negeri yang dilihat tidak seragam kerana setiap negeri mempunyai adat resam dan budaya yang berbeza-beza.
Beliau berkata, kedatangan Islam meraikan adat dan budaya masing-masing selagi tidak bercanggah dengan syarak.
"Sekiranya didapati bercanggah, maka Islam membetulkan mengikut prinsip syarak dan memberi alternatif yang lebih harmoni dan rahmah, inilah keistimewaan yang ada pada Islam yang begitu meraikan," katanya.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Jan 16 2020

Kata Harussani, setelah meneliti kertas kajian G25, 'Administration of Matters Pertaining to Islam', beliau mendapati kandungannya sangat tidak munasabah dan dangkal. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Bekas duta besar ke Belanda Noor Farida meninggal dunia
Noor Farida, salah seorang pengasas bersama kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25, meninggal dunia pada usia 76 tahun di Hospital Kuala Lumpur.

G25 gesa batalkan PSI, bertentangan dengan SDG
Projek PSI bukan sahaja akan menjejaskan pantai Pulau Pinang malah turut melibatkan perairan Kedah dan Perak.

Pembaharuan institusi: G25 gesa kerajaan keluar laporan IRC
Kumpulan Bekas Penjawat Awam Kanan (G25) menggesa kerajaan supaya mengeluarkan laporan dibuat Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) yang ditubuhkan pada tahun 2018.

KPM perlu larang sekolah, asrama buat pemeriksaan 'datang bulan' - G25
Penularan isu berkenaan dengan amalan pemeriksaan haid di sekolah sangat mengecewakan, membingungkan dan mengharukan.

Bekas KSU Kementerian Luar Ahmad Kamil Jaafar meninggal dunia
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar meninggal dunia hari ini, pada usia 83 tahun.

Seks luar tabii: Keputusan mahkamah selari dengan prinsip kesamarataan - G25
Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menyatakan semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak untuk mendapatkan perlindungan undang-undang yang sama.

G25 perlu jelaskan laporan JAKIM, MKI tidak ikut perlembagaan - Mujahid
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata dakwaan beliau tidak mempertahankan isu berkaitan islam sepatutnya tidak timbul.

Kami tak minta Jakim dimansuhkan - G25
G25 berkata, mereka menyambut baik pindaan bagi mengiktiraf JAKIM di bawah Perlembagaan.

Pandangan G25 mengenai isu murtad menyesatkan - Mufti Perak
Setelah meneliti kertas kajian G25, 'Administration of Matters Pertaining to Islam', beliau mendapati kandungannya sangat tidak munasabah dan dangkal.

Apa motif G25 persoal penubuhan Jakim - Mujahid
Beliau berkata antara yang telah diperjelaskan dalam dua pertemuan bersama G25 pada Nov tahun lepas dan 2018 adalah mengenai penubuhan, penguatkuasaan dan peruntukan yang diterima Jakim.