Bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tan Sri Ilyas Din meninggal dunia pada 10.10 malam pada Jumaat, akibat sakit jantung.
Ilyas, 67 tahun, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Datuk Keramat di sini, selepas sembilan hari dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
Menurut kenalan rapat Allahyarham Ilyas, Nor Khairul Anuar Mohamad Nor, Panglima TLDM ke-13 itu dibenarkan pulang oleh pihak hospital pada petang Jumaat.
"Saya sendiri yang membawa beliau pulang dari hospital. Kami tiba di rumah selepas Maghrib dan menguruskan segala hal selepas pemergiannya dan juga urusan untuk pengebumian pada Sabtu," katanya kepada Bernama.
Nor Khairul berkata arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah di sini, pada Sabtu selepas solat jenazah pada jam 7 pagi di Masjid Khalid Al-Walid, Jalan Padang Tembak di sini.
Allahyarham Ilyas meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Meryam Harun dan tiga anak iaitu Mohd Azrai, Nuratika dan Nurameera.
Ilyas yang dilantik sebagai Panglima TLDM pada 28 April 2005, memulakan kariernya dalam pasukan keselamatan itu selepas ditauliahkan sebagai pegawai TLDM pada 1 Jan 1972 dengan menyandang pangkat Leftenan Muda dan bersara pada 2006.
Sepanjang kariernya, beliau yang juga digelar “Bapa Kualiti TLDM” pernah menjawat jawatan Panglima Armada, di mana di bawah pengurusannya Markas Armada TLDM merangkul beberapa anugerah kualiti.
Beliau juga merupakan faktor pendorong yang membawa kepada kejayaan Markas Armada memperoleh persijilan MS ISO 9001:2000 pada 2003.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 06 2018
Allahyarham Ilyas meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Najib masih di hospital, perbicaraan 1MDB ditangguhkan ke 17 Sept
Perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan salah guna kuasa libatkan dana 1MDB ditangguhkan ke 17 Sept kerana beliau masih di hospital.
“Sempat nyanyi Encik Hail jangan marah… dia senyum”- Uji Rashid
Uji Rashid anggap Hail Amir bukan sekadar sahabat, tetapi juga sudah seperti abang sendiri.
Jenazah Hail Amir dikebumi Selasa
Jenazah penyanyi Datuk Hail Amir yang meninggal dunia pada Isnin akan dikebumikan pada pagi Selasa di tanah perkuburan Ukay Perdana di Ampang, Selangor.
Penyanyi veteran Hail Amir meninggal dunia
Penyanyi veteran, Hail Amir dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada jam 3.40 petang, Isnin.
PM Anwar dibenarkan keluar HKL pagi ini
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur pagi ini selepas menjalani prosedur pembedahan kecil gigi semalam.
Suspek kes gangguan seksual ditahan di wad hospital
Suspek berusia 37 tahun yang merupakan lelaki warga tempatan itu kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Legenda olahraga negara Hanapiah Nasir meninggal dunia
Arena sukan tanah air menerima perkhabaran duka susulan pemergian legenda olahraga negara, Hanapiah Nasir, akibat leukemia dan kegagalan pelbagai organ di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.
Pelakon Ridzuan Hashim meninggal dunia
Pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 1.57 tengah hari tadi.
Aidilfitri: Hampir 80 peratus kemasukan ke Wad Pediatrik HKL babitkan masalah pernafasan
Ketua Jabatan Kecemasan Kanak-Kanak, Datuk Dr Alzamani Mohammad Idrose menasihatkan masyarakat mengambil langkah berjaga ketika melakukan aktiviti ziarah.
Lelaki maut gantung diri di Flat Cheras
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tergantung sebelum disahkan meninggal dunia di ruang tamu sebuah rumah di flat perumahan di Cheras pada malam Khamis.