Tahap kesedaran penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS), akan dipantau pihak berkuasa sepanjang operasi keselamatan jalan raya, sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata walaupun tiada tindakan kompaun dikenakan sejak undang-undang itu berkuatkuasa pada 1 Jan, pengguna jalan raya perlu diberikan kesedaran, mengenai kepentingan CRS.
"Pemantauan akan dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) kerana kita mahu meningkatkan kesedaran.
"Dasar penggunaan CRS hanya akan menjadi efektif, jika pengguna jalan raya mempunyai kesedaran sendiri," katanya selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Sambutan Tahun Baru Cina Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Hentian Bentong arah Barat pada Selasa.
Turut hadir, Pengarah Eksekutif Anih Berhad Datuk Nik Fauzi Nik Hussein, Ahli Parlimen Bentong Wong Tack dan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan.
Loke berkata tindakan menguatkuasakan penggunaan CRS pada kenderaan persedirian terpaksa dilakukan, bagi memastikan keselamatan bayi dan kanak-kanak ekoran statistik kematian golongan itu yang membimbangkan.
"Sebanyak 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari 2007 hingga 2017. Sokongan daripada pihak swasta dan media amat penting, dalam membantu kerajaan melaksanakan dasar penggunaan CRS dengan berkesan," katanya.
Pada perkembangan lain, Loke berkata beliau mengalu-alukan maklum balas pelbagai pihak, berhubung pemeriksaan awam Jajaran Mentakab-Pelabuhan Klang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) atau Seksyen C yang dipaparkan sejak 14 Jan lalu, kepada Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL).
Sementara itu, Nik Fauzi berharap pengguna merujuk jadual cadangan waktu perjalanan, kerana dijangkakan purata trafik harian di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan LPT 1 akan meningkat sebanyak 60 peratus sempena musim cuti Tahun Baru Cina, iaitu kira-kira 250,000 kenderaan berbanding 156,000 pada hari biasa.
"Kami memastikan semua aset berada dalam keadaan siap siaga untuk berdepan peningkatan ini, termasuk menggunakan dron bagi memantau pergerakan trafik dari udara selain meningkatkan rondaan serta penugasan lebih 550 kakitangan bahagian tol dan trafik," katanya.
Nik Fauzi berkata Anih Berhad menawarkan diskaun tol 10 peratus kepada pengguna kenderaan persendirian atau kelas 1 bagi pada 25 Jan ini di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan LPT 1 bermula 12 tengah malam hingga 11.59 malam.
Pada majlis itu, Anih Berhad turut melancarkan kempen keselamatan jalan raya, bagi menggalakkan pengguna jalan raya memakai tali pinggang keledar dan berehat setiap dua jam selepas memandu, dengan tema hashtag #PasangSokmo dan #MohSinggah sempena musim cuti Tahun Baru Cina.
Bernama
Tue Jan 21 2020

Tahap kesedaran penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS), akan dipantau pihak berkuasa sepanjang operasi keselamatan jalan raya, sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pemeriksaan dijalankan Puspakom berdasarkan kaedah, prosedur ditetapkan JPJ
Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menegaskan operasi pemeriksaannya dijalankan mengikut kaedah dan prosedur yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Boleh tukar Lesen Memandu Percubaan kepada Lesen Memandu Kompeten guna aplikasi MyJPJ bermula esok
Permohonan bagi menukar Lesen Memandu Percubaan (PDL) kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dibuat melalui aplikasi MyJPJ bermula esok.

Pemandu lori didenda RM3,000 halang anggota JPJ laksana tugas
Majistret turut memerintahkan Mohd Syukri menjalani hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tiga syarikat laksana perkhidmatan PPKM belum diberikan lesen operasi - Loke
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) fasa pertama.

Peminat Yamaha RXZ dinasihat elak beli motosikal seludup - JPJ
JPJ Kelantan menasihati peminat motosikal Yamaha RXZ agar tidak membeli dan memiliki motosikal seludup.

Trend guna 'dummy buckle' semakin membimbangkan - Pengarah JPJ Negeri Sembilan
Pemandu suka memakai 'dummy buckle' bagi menghentikan penggera dengan alasan tidak selesa.

Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis
Keadaan semakin tegang apabila lelaki tersebut mula melakukan provokasi dan cuba bertindak agresif terhadap anggota JPJ dan polis trafik.

Operasi Khas Tahun Baharu Cina: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan
Notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.

JPJ Perak sita 143 motosikal dalam operasi Tahun Baharu Cina
Sebanyak 143 motosikal disita daripada 24,494 motosikal yang diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dalam Operasi Khas Motosikal bersempena dengan Tahun Baharu Cina 2025 yang dilaksanakan se

Op Penyamaran: Gagal patuhi lampu isyarat kesalahan paling tinggi
Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor mengeluarkan 298 notis membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas menerusi Op Penyamaran sempena Op Tahun Baharu Cina 2025 dalam tempoh 20 Jan lepas hingga semalam.