Papan maklumat kontroversi yang dikaitkan dengan gelaran wira kepada tentera Jepun yang menjajah negara diturunkan petang Ahad selepas dikecam banyak pihak.
Exco Pelancongan, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata beliau sendiri bertindak menurunkan papan maklumat tersebut setelah wujud kekeliruan berhubung maksud sebenar perkataan itu.
Menurutnya, beliau mahu perkara itu diperbetulkan secepat mungkin agar tidak dimanipulasi pihak tertentu.
"Perkataan wira pada papan tanda itu akan ditukar kepada perkataan lain yang lebih tepat," katanya.
Papan tanda maklumat tersebut telah diturunkan sepenuhnya.
Mohd Asmirul Anuar berkata, mesej anti perang juga akan dipaparkan pada tugu itu, yang terletak di pekarangan pejabat pelancongan negeri itu.
"Ia akan menjadi simbol kepada generasi muda bahawa kita menolak peperangan serta sentimen perkauman yang membawa kepada peperangan," katanya.
Menurutnya, tugu itu sudah lama wujud di situ, ia hanya diperindahkan menerusi pembiayaan konsulat Jepun.
Isu terbabit tercetus apabila bahan promosi perasmian memorial Jambatan Sultan Abdul Halim yang siap dibaik pulih, dikritik ramai pihak.
Majlis anjuran Pejabat Konsulat Jepun dari Pulau Pinang dan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah serta Muzium Negeri Kedah itu dikritik kerana didakwa mengagung-agungkan tentera penjajah Jepun sebagai wira.
Mohd Asmirul Anuar berkata, pejabat Konsulat Jepun melakukan proses pemulihan susulan tempat itu sebelum ini tidak terurus dan ditumbuhi semak.
Menurut papan maklumat tiga bahasa bersebelahan tapak tersebut, tugu peringatan ini bagi mengenang tindakan Komandan Platun Leftenan Hajima Asahi dan dua askar Jepun lain.
Ketiga-tiga mereka terkorban ketika cuba memusnahkan jambatan Alor Setar ketika penaklukan awal kuasa penjajah Jepun di Tanah Melayu dan Borneo pada 13 Disember 1941.
Khamis lalu, Mohd Asmirul Anuar merasmikan Tugu Peringatan Askar Jepun itu setelah siap dibaik pulih.
Sinar Harian
Sun Mar 24 2019

Mohd Asmirul Anuar (dua, kanan) menurunkan papan maklumat tertera perkataan wira. - Foto Sinar Harian

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

KHA keluarkan hanya satu borang rasmi - Presiden
Mohd Asmirul menegaskan bahawa beliau tidak pernah menurunkan kuasa kepada mana-mana pihak untuk mewakilinya dalam urusan surat-menyurat persatuan.

Papan maklumat 'wira' Jepun diturunkan
Papan maklumat kontroversi yang dikaitkan dengan gelaran wira kepada tentera Jepun yang menjajah negara diturunkan petang Ahad.