SEBELUM ini kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu bahawa parlimen akan mula mesyuarat pertama pada 18 Mei 2020.
Meskipun keputusan ini masih sama, namun difahamkan bahawa persidangan 18 Mei nanti hanya berlangsung selama sehari.
Persoalannya, adakah perkhidmatan gunting rambut lebih penting berbanding perkhidmatan parlimen yang membincangkan urusan penting negara? Adakah Akta Pencegahan dan Kwalan Penyakit 1988 menghalang parlimen untuk berfungsi ketika waktu krisis dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
Berdasarkan Peraturan Mesyuarat (PM) 67(7)(a) Dewan Rakyat, perbahasan Rang Undang-undang pembekalan tambahan (pakej rangsangan ekonomi) perlu mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hari.
Peraturan ini memberikan penjelasan yang jelas peruntukan perkara 101 perlembagaan persekutuan tentang tatacara meminta kelulusan tambahan daripada parlimen. Maka, peruntukan satu hari untuk parlimen bersidang boleh dipertikai dan PKP tidak boleh menjadi alasan menghalang parlimen untuk berfungsi dengan efektif.
Tidak munasabah parlimen diadakan sehari semata-mata ingin memenuhi peruntukan perkara 55 perlembagaan persekutuan yang membenarkan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) membubarkan parlimen sekiranya institusi ini tidak bersidang selama enam bulan dari tarikh akhir bersidang.
Berdasarkan notis mesyuarat bertarikh 17 April 2020 daripada Setiausaha Dewan Rakyat yang baharu, Riduan Rahmat, persidangan parlimen pada 18 Mei nanti hanya membahaskan Rang Undang-undang (RUU) dan Urusan Usul kerajaan. Sesi pertanyaan jawab lisan dan bertulis tidak akan dijalankan. Hak ahli parlimen untuk menjalankan tugas semak dan imbang terhadap kerajaan dinafikan. Tindakan memendekkan hari persidangan ini dilihat satu langkah yang tidak inklusif.
Parlimen juga perkhidmatan penting (Essential Service)
Ada beberapa pihak yang melihat parlimen sebagai institusi tidak penting ketika negara berhadapan pandemik Covid-19. Pemikiran ini tidak harus berlaku kerana parlimen merupakan sebuah institusi yang diiktiraf perlembagaan persekutuan. Parlimen merupakan sebuah perkhidmatan penting (Essential Service) tertinggi ketika wabak Covid-19 kian membimbangkan.
Pakar perlembagaan negara, Profesor Shad Saleem Faruqi dalam artikelnya Pandemic rules and the law menyatakan setiap perintah kerajaan, dasar, program kebajikan tidak boleh menjadi satu ‘undang-undang’ yang setara selagi ia tidak mendapat legitimasi dan kelulusan daripada badan perundangan meskipun ia perlu dipatuhi.
Beliau menambah gesaan untuk mengadakan sidang parlimen lebih awal memandangkan terdapat isu-isu perundangan yang melibatkan hak rakyat seperti peluang pekerjaan, pembayaran gaji dan penangguhan pinjaman yang diumumkan dalam pakej rangsangan ekonomi kerajaan memerlukan pindaan undang-undang, penelitian dan semakan ahli parlimen.
Meskipun perdana menteri mengumumkan pakej rangsangan insentif Industri Kecil Sederhana (IKS) sebanyak RM 10 bilion pada 10 April lalu, tetapi ia tidak mampu menyelamatkan hampir 10% hingga 20% proses pemberhentian kerja dalam IKS. Ini kerana subsidi kerajaan kepada majikan IKS hanya sekitar 16 peratus, lebih rendah berbanding negara lain yang melebihi 50 peratus.
Begitu juga dengan masalah yang melibatkan agihan bantuan makanan dan kewangan dan kekeliruan yang timbul hasil keputusan tidak konsisten kerajaan persekutuan semasa PKP memerlukan penjelasan terperinci di parlimen dalam aspek pelaksanaan yang berkesan. Sebab itu perkhidmatan parlimen penting untuk mencari jalan penyelesaian memudahkan agihan ekonomi dan isu teknikal dasar dengan adanya legitimasi parlimen.
Parlimen Malaysia dan masalahnya
Peralihan kerajaan kepada Perikatan Nasional (PN) telah memberi kesan perjalanan parlimen. Sepatutnya, parlimen akan bersidang pada 9 Mac 2020, tetapi ia telah ditangguhkan kerajaan sehingga 18 Mac 2020.
Ironinya, negara-negara lain seperti Singapura, UK, Afrika Selatan dan Kanada telah meneruskan urusan parlimen dalam membentangkan undang-undang baharu dan membahaskan pakej rangsangan ekonomi kerajaan bagi melindungi kepentingan rakyat dengan segera. Tetapi kerajaan PN masih bersikap ‘tunggu dan lihat’ dalam urusan parlimen ini.
Selain daripada memanggil persidangan, peranan parlimen juga boleh diteruskan oleh Jawatnkuasa Pilihan Khas (JPK) iaitu sebuah badan yang dianggotai ahli parlimen pelbagai parti untuk menyemak keputusan dan dasar kerajaan ketika Covid-19.
Ini seperti Select Committee di UK yang terus memainkan peranan utama dalam meneliti keputusan kerajaan ketika Covid-19. Parlimen New Zealand pula telah menubuhkan Jawatankuasa Tindak Balas Epidemik pada 25 Mac 2020 yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Simon Bridges dan 11 ahli parlimen pelbagai parti untuk meneliti tadbir urus kerajaan New Zealand berdepan Covid-19.
Tetapi, disebabkan peralihan kerajaan PN, peranan JPK tidak dapat diteruskan memandangkan berlaku kekosongan pengerusi dan beberapa ahli JPK yang sudah dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri PN.
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak boleh memainkan peranan kerana kekosongan jawatan pengerusi PAC selepas Dato Noraini Ahmad dilantik sebagai menteri kerajaan PN. Hampir tiga orang ahli PAC juga telah dipilih menjadi anggota pentadbiran kerajaan PN.
JPK Bajet yang sepatutnya boleh menyemak pakej rangsangan ekonomi kerajaan tidak boleh berfungsi memandangkan penegrusinya, Datuk Sri Mustapha Muhamad dan Khairy Jamaluddin dilantik sebagai menteri PN.
Peralihan kepada penggunaan teknologi dalam urusan parlimen Malaysia masih lagi rendah. Pelaburan dalam menggunakan pendekatan teknologi atau maya masih asing bagi parlimen yang berusia hampir enam dekad. Perkara ini menjadi satu kelemahan kepada parlimen pada masa hadapan sekiranya gagal ditangani sekarang.
Apa praktis diamalkan parlimen dunia?
Parlimen di beberapa negara telah meneruskan sidang parlimen seperti biasa dengan mengutamakan langkah-langkah kesihatan ketika melakukan persidangan. Ada juga menggunakan teknologi maya meneruskan perbahasan dan mesyuarat jawatankuasa di parlimen.
House of Commons United Kingdom (UK) telah menghasilakn laporan Coronavirus: Changes to practice and procedure in the UK and other parliaments pada 9 April 2020 dalam mengkaji amalan baharu parlimen ketika pandemik Covid-19. Antara pembaharuan dicadangkan ialah:
a. Kehadiran ahli parlimen dikurangkan mengikut kuota (tidak kurang 40 orang)
b. Undi suara sahaja akan digunakan. (Undi belah bahagian digunakan untuk undang-undang penting)
c. Masa undi belah bahagian akan dipanjangkan untuk membenarkan ahli parlimen mengundi.
d. Meminda peraturan mesyuarat, membenarkan mesyuarat Jawtankuasa Pilihan Khas (Select Committeee) berlaku secara maya atau elektronik.
d. Meneruskan pertanyaan lisan/bertulis dan Prime Minister Question Time (PMQ) dengan menggunakan kemudahan teknologi.
e. Kakitangan parlimen dibenarkan bekerja dari rumah dan penutup tempat berkumpul seperti kafeteria dihentikan seketika.
Commonwealth Parliamentary Association (CPA) telah mengeluarkan satu garis panduan iaitu Covid-19 Delivering Parliamentary Democracy: CPA Toolkit for Commonwealth Parliament. Laporan ini melihat kepentingan fungsi badan perundangan dalam waktu krisis ini dengan memperkukuh kerjasama dwipartisan (kerajaan-pembangkang) dalam isu-isu dasar ekonomi dan kepentingan rakyat. Kerajaan perlu lebih terbuka untuk mendedahkan maklumat kepada parlimen.
10 Cadangan untuk parlimen Malaysia
Terdapat beberapa cadangan untuk memastikan parlimen Malaysia dapat memainkan fungsinya ketika pandemik Covid-19:
1. Peraturan Mesyuarat (PM) Dewan Rakyat perlukan pindaan segera untuk membenarkan penggunaan teknologi dan maya (virtual) dalam urusan parlimen. Ini akan membolehkan ahli parlimen menjalankan tugas di mana-mana sahaja, khususnya ahli parlimen di Sarawak dan Sabah.
2. Mengurangkan kehadiran parlimen mengikut cukupbilang berdasarkan PM13 (1) yang membolehkan parlimen bersidang sekiranya terdapat 26 orang ahli parlimen, tidak termasuk YPDR.
3. Hari persidangan parlimen perlu ditambah sekurang-kurangnya 10 hari dan memendekkan masa persidangan. Ini membolehkan ahli parlimen berpeluang membahaskan isu-isu rakyat dengan lebih terbuka. Begitu juga persidangan untuk Dewan Negara.
4. Ucapan Titah Diraja dalam Perkara 60, perlembagaan persekutuan, boleh dibaca oleh perdana menteri semasa pembukaan parlimen dan istiadat perbarisan kehormat tidak perlu dilakukan. Perbahasan Titah ucapan diraja kemudian diteruskan dengan ucapan menjunjung kasih daripada Ketua Pembangkang.
5. Parlimen Malaysia perlu mengeluarkan garis panduan terperinci tentang amalan baharu untuk ahli parlimen, petugas media dan kakitangan awam bagi mengelakkan penularan Covid-19 di parlimen.
6. Pertanyaan lisan dan bertulis boleh diteruskan namun mengurangkan jumlah soalan setiap ahli parlimen sekurang-kuranganya 10 soalan (5 bertulis dan 5 lisan), bertetapan dengan Peraturan Mesyuarat Menteri boleh memberikan jawapan bertulis sekiranya tidak dapat menjawab secara lisan.
7. Ahli parlimen yang hadir boleh ‘mewakili’ ahli parlimen yang tidak hadir untuk bertanyakan soalan kepada menteri.
8. Undi suara digunakan dan undi belah bahagi berjalan ketika pindaan undang-undang penting.
9. Mempercepatkan penstrukturan Jawatankuasa Pilihan dan JPK di Dewan Rakyat agar fungsi semak dan imbang terhadap keputusan kerajaan dapat dijalankan parlimen.
10. Menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Covid-19 yang diketuai Ketua Pembangkang dan ahli parlimen rentas parti untuk menyemak dan menimbang dasar kerajaan tentang Covid-19.
Sistem demokrasi berparlimen dapat membentuk sebuah kerajaan yang kukuh dan efektif, tetapi ia terbuka kepada penguasaan jemaah menteri dalam proses perundangan. Hakikatnya, kerajaan persekutuan merupakan kerajaan berparlimen, tanpa parlimen kerajaan tidak boleh dibentuk. Malah, Perkara 43(3) perlembagaan persekutuan jelas mewajibkan jemaah menteri bertanggungjawab kepada parlimen.
Kerajaan dan pembangkang akan terlepas untuk bekerjasama mencari jalan penyelesaian bagi membendung impak buruk krisis pandemic Covid-19 ini lebih awal memandangkan beberapa analisis melihat ekonomi dunia dijangka akan kembali pulih pada tahun 2021. Perkara ini telah meletakkan jaminan ekonomi dan keselamatan rakyat dalam risiko, khususnya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.
* Fakhrurrazi Rashid ialah Koordinator Program Research For Social Advancement (REFSA).
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Fakhrurrazi Rashid
Sat Apr 18 2020
Pada Jumaat, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengesahkan sidang Dewan Rakyat akan diteruskan pada 18 Mei ini, di samping memaklumkan langkah-langkah pencegahan akan diambil.
Zelensky sedia berunding dengan Putin
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan secara langsung dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, tetapi di bawah syarat tertentu.
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.
50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.
Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.