Pasangan suami isteri yang popular menerusi aksi memasak di saluran perkongsian video YouTube akan berehat sementara untuk memberi tumpuan kepada kehidupan peribadi mereka.
Sehubungan itu, mereka tidak akan meneruskan penglibatan aktiviti dengan mana-mana pihak atau program selama beberapa minggu ini.
Ahli keluarga terdekat pasangan itu berkata, pasangan terbabit meminta diberikan ruang untuk menyelesaikan konflik peribadi yang dihadapi mereka.
Menurutnya, mereka juga membuat keputusan untuk berehat sementara waktu dan tidak akan muncul dalam sebarang program.
"Jadi untuk sementara ini, mereka tidak akan meneruskan apa-apa program atau rakaman memasak dengan mana-mana pihak selama beberapa minggu bermula dari sekarang," katanya yang enggan mendedahkan nama.
BACA: Suami YouTuber masakan terkenal direman tiga hari
Kenyataan itu dibuat selepas laporan berita suami yang juga pasangan Youtuber masakan terkenal ditahan reman tiga hari kerana disyaki memiliki senjata berbahaya dalam kejadian di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada Isnin.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Nabihah Mohd Noor bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jul 22 2020
Pasangan terbabit meminta diberikan ruang untuk menyelesaikan konflik peribadi yang dihadapi mereka. - Gambar hiasan
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pasangan Youtuber mahu berehat sementara, tumpu masalah peribadi
Pasangan terbabit meminta diberikan ruang untuk menyelesaikan konflik peribadi yang dihadapi mereka.