Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad berikrar memastikan perjalanan dan pentadbiran agensi itu sentiasa berada pada integriti yang tinggi.
Beliau berkata pengurusan Felda juga akan dipastikan sentiasa fokus dari segi tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ke arah kelangsungan institusi dan kemajuan warga peneroka secara keseluruhan.
Katanya walaupun hanya dilantik sebagai Pengerusi Felda pada Januari lepas namun beliau berpengalaman dan mempunyai pengetahuan mengenai pengurusan Felda kerana pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang ketika itu Perdana Menteri dan pengasas Felda.
"Sebab itu, saya ingin bawa semula aspirasi dan nilai asal bagaimana FELDA diuruskan dalam pentadbiran hari ini agar integriti dan fokus pada tanggungjawab menjadi amalan yang akan membawa organisasi ke tahap lebih tinggi," katanya ketika berucap pada perasmian sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan di Dataran Putrajaya di sini hari ini.
Dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, majlis turut dihadiri isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.
Majlis kemuncak acara bagi meraikan warga peneroka yang berlangsung sejak Jumaat lepas itu turut dihadiri menteri dan timbalan menteri Kabinet serta lebih 25,000 peneroka.
Shahrir menggariskan asas atau nilai asal yang akan diterap adalah memperkukuh aspek kemuafakatan dalam kalangan pentadbir dan peneroka yang menjadi elemen penting kejayaan Felda sehingga kini.
Katanya asas tersebut telah membawa kepada reformasi tanah, sehingga berjaya mengeluarkan majoriti masyarakat daripada belenggu dan kepompong kemiskinan.
Menurutnya, nilai yang dipraktikkan itu juga telah membawa pembangunan negara secara seimbang antara bandar dan luar bandar, sepertimana konsep pembangunan wilayah yang diterajui Felda.
"Untuk itu, semua daripada kita perlu terlibat menjayakan misi ini agar matlamat menyumbang kepada kekuatan ekonomi warga Felda dan negara dapat dicapai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 23 2017

Tan Sri Shahrir Abdul Samad berikrar memastikan perjalanan dan pentadbiran agensi itu sentiasa berada pada integriti tinggi.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, mangsa di Johor berkurang
Keadaan di Kelantan pulih sepenuhnya petang tadi manakala jumlah mangsa ditempatkan di PPS di empat negeri iaitu Johor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan tidak jauh berubah.

Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.

Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda
Ahli Lembaga Pengarah Felda Datuk Suzana Idayu Wati Osman dilantik sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa hari ini, menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan.

Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.

12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.

Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia

'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.

Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.