Polis menubuhkan pasukan khas bagi memburu suspek kejadian rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, yang tercetus awal pagi Isnin lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pasukan khas dari Bukit Aman itu akan membantu Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dalam usaha mengesan suspek yang telah turut mencederakan dua penjawat awam dalam insiden berkenaan.
"Kita sudah tubuhkan task force. Kita pun dah hantar pasukan daripada Bukit Aman untuk membantu Selangor bagi mengesan mereka yang terlibat, termasuk yang menyerang anggota bomba dan anggota kita, yang cedera, retak dan sebagainya.
"Task force ini sedang melancarkan operasi pada ketika ini," katanya pada satu sidang media di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, hari ini. Terdahulu, Mohamad Fuzi melancarkan buku Buku Pembuktian dan Pendakwaan serta Buku Panduan Siasatan Jenayah melibatkan Agen Kimia, Biologikal, Radiogikal, Nuklear dan Letupan (CBRNE).
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.
Mengulas lanjut, Mohamad Fuzi berkata, setakat ini, tangkapan ke atas individu berhubung insiden terbabit masih kekal 21 orang.
"Kita masih terlalu awal. Cuma, kita minta reman. Mungkin hari ini sambung reman. Jadi, kita perlukan masa untuk tentukan siasatan di bawah peruntukan mana dan sebagainya," katanya.
Menurutnya, keadaan semalam terkawal walaupun ada sekumpulan individu antara 50 dan 100 orang yang telah cuba mencetuskan kekecohan.
"Pihak polis memerlukan maklumat daripada orang ramai. Mungkin ada dalam kalangan mereka yang membuat rakaman video atau sebagainya," tambahnya.
Jelasnya lagi, polis boleh memproses rakaman video dan sekali gus dapat membantu pasukan khas mengesan suspek.
Media sebelum ini melaporkan Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor sebagai berkata, sebanyak 23 kenderaan musnah dibakar setakat ini, dalam insiden berhubung rusuhan itu.
Mazlan berkata, polis turut menyiasat kejadian cermin pusat beli-belah yang dipecah dan dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Astro Awani
Wed Nov 28 2018

Mohamad Fuzi menerima Buku Pembuktian dan Pendakwaan serta Buku Panduan Siasatan Jenayah melibatkan Agen Kimia, Biologikal, Radiogikal, Nuklear dan Letupan pada majlis pelancaran buku berkenaan di Maktab Polis Diraja Malaysia hari ini. --fotoBERNAMA

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.

Bekas KPN tamat zaman duda
Mohamad Fuzi selamat bergelar suami kepada Noraesyah dengan sekali lafaz selepas diijabkabulkan di sebuah masjid di Seri Manjung, Manjung pada jam 11 pagi, Sabtu.

Selepas 35 tahun, Mohamad Fuzi akhirnya tinggalkan PDRM
Suasana meriah namun sayu, mengakhiri persaraan Ketua Polis Negara ke-11, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang bersara wajib hari ini.

Pengumuman Timbalan KPN selepas dapat perkenan Agong - Muhyiddin
Calon bagi jawatan Timbalan Ketua Polis Negara akan diketahui tidak lama lagi setelah mendapat perkenan yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

IPCMC: PM sedia dengar pandangan semua pihak
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata, ia termasuk pertemuan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendengar pandangan, cadangan atau bantahan mengenai isu berkenaan.

Abdul Hamid dilantik Ketua Polis Negara berkuat kuasa 4 Mei ini - Muhyiddin
Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador dilantik secara kontrak sebagai Ketua Polis Negara bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa Sabtu ini.

Polis pertimbang panggil Syed Husin
Polis akan menyiasat kes tersebut di bawah Akta Hasutan atau undang-undang lain yang berkaitan selain turut akan memanggil Syed Husin.

IGP nafi dakwaan polis tidak ambil tindakan FB hina Agong
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya sudah mengambil semua tindakan termasuk menggunakan bantuan dari SKMM untuk mengesan pemilik laman sosial yang didakwa menghina Agong.

PDRM, POLRI kerjasama siasat penemuan kertas undi di Kajang
PDRM kini sedang menjalankan siasatan bagi menentukan bentuk tindakan yang boleh diambil.

Polis giat buru pengendali akaun FB hina Agong
Pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kes itu dan sehingga Jumaat polis sudah menerima 91 laporan daripada pelbagai NGO, badan politik dan orang perseorangan.

Tindakan polis URB lepaskan tembakan depan bank di Klang wajar - Ketua Polis Negara
Ketua Polis Negara,Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mempertahankan tindakan anggota Unit Bermotosikal (URB) yang melepaskan tembakan ke atas seorang lelaki yang mengamuk di depan sebuah bank di Klang.