BARU-BARU ini, media antarabangsa Al-Jazeera ada menerbitkan video berdurasi hampir 26 minit berjudul ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ memberikan gambaran tidak tepat kepada dunia bagaimana pendatang asing tanpa izin (PATI) dilayan di Malaysia semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh Malaysia bermula 18 Mac 2020.
Video tersebut menggambarkan seolah-olah PATI di Malaysia dilayan dengan sebegitu buruk ibarat binatang, terutama di kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seperti di Selayang dan sekitar Jalan Masjid India.
Wartawan yang melaporkan liputan tersebut juga telah memberikan laporan berat sebelah dengan hanya memfokuskan kepada nasib PATI tanpa mengambil kira tindakan bernas kerajaan Malaysia yang telah menggunakan segala daya yang ada demi mempertahankan dan menyelamatkan rakyatnya daripada bahaya ancaman wabak COVID-19.
Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia pada tahun 1963 telah menjadi salah sebuah negara yang paling makmur bukan sahaja di Asia Tenggara, tetapi di Asia secara keseluruhannya.
Berdasarkan portal MoneyInc, Malaysia diiktiraf negara ke-14 paling kaya di Asia pada tahun 2019 secara KDNK per kapita mengatasi banyak negara-negara lain seperti Rusia, Turki, India dan China.
Oleh kerana itu, Malaysia dilihat sebagai lubuk emas oleh kebanyakkan rakyat dari negara-negara luar, terutama negara-negara jiran yang tidak mendapat pekerjaan di negara mereka sendiri untuk datang mencari rezeki di Malaysia untuk mendapatkan gaji yang lebih lumayan daripada apa yang mereka mampu perolehi di negara asal mereka.
Ini dapat dilihat berdasarkan statistik daripada Jabatan Imigresen Malaysia sehingga September 2018 dimana terdapat lebih kurang 1.73 juta orang pekerja asing yang majoritinya adalah dari Indonesia, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Pakistan dan China telah datang dan bekerja secara sah di Malaysia.
Walaupun jumlah PATI yang berada di Malaysia pada masa ini tidak dapat diketahui secara keseluruhannya, namum bilangan mereka boleh dianggarkan agak besar dimana mereka sanggup menggadaikan wang dan nyawa untuk datang mencari rezeki di negara ini walaupun dengan cara yang tidak sah atau secara haram.
Malaysia Tidak Amalkan Sikap Perkauman Terhadap Pendatang Asing
Kebanjiran pendatang asing bagi mencari peluang pekerjaan dan rezeki ke negara ini menunjukkan keterbukaan Malaysia dan rakyatnya dalam menerima pekerja-pekerja asing ini.
Namun, penerimaan pekerja-pekerja asing ini bukanlah suatu perkara yang baru berlaku, malah boleh dilihat dari sejarah negara ini sejak dari zaman kerajaan-kerajaan Melayu lama seperti Srivijaya dan Melaka lagi dimana pedagang-pedagang daripada negara Arab, China, Parsi dan India telah datang dan diterima baik di rantau Kepulauan Melayu.
Justeru, sekiranya rakyat Malaysia mengamalkan sikap perkauman dan melayani pendatang-pendatang asing ini seperti binatang, mana mungkin pekerja-pekerja asing ini akan datang dan bekerja dengan gaji yang lebih lumayan di negara ini daripada melakukan dan dapatkan perkara yang sama di negara asal mereka?
Namun, sikap baik dan keterbukaan Malaysia dan rakyatnya telah disalahgunakan oleh segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab dengan memasuki negara ini secara tidak sah atau secara haram.
Sungguhpun begitu, Malaysia telah memberikan layanan sewajarnya kepada PATI.
Malaysia Memberikan Layanan Sewajarnya Kepada PATI
Video terbitan Al-Jazeera tersebut memberikan gambaran kepada dunia bahawa Malaysia telah bertindak kejam ke atas PATI kerana menangkap dan menempatkan mereka di depoh tahanan imigresen yang padat dan sempit.
Akibatnya, ramai yang dijangkiti wabak pandemik COVID-19.
Bagi menjawab gambaran yang tidak tepat ini, pertama sekali, Malaysia adalah negara berdaulat dan pemerintahnya adalah bertanggungjawab menjaga keutuhan wilayahnya, terutama dari sebarang pencerobohan secara haram yang adalah salah di sisi undang-undang, bukan sahaja ni negara ini, malah didalam undang-undang di mana-mana negara sekalipun.
Sekiranya seseorang individu warga asing memasuki negara ini tanpa dokumen dan cara yang sah, pihak berkuasa Malaysia berhak menangkapnya dan menghantarnya pulang.
Sebarang perbuatan mengecam tindakan ini boleh dianggap mempersoalkan dan meremehkan kedaulatan negara Malaysia.
Apa yang telah dijalankan oleh pihak berkuasa negara ini adalah sah di sisi undang-undang bukan sahaja untuk membanteras PATI, tetapi untuk melindungi rakyat Malaysia, terutama sekali daripada dijangkiti wabak COVID-19 yang boleh mengancam nyawa warganya.
Kedua, sungguhpun pihak berkuasa negara membanteras dan menangkap PATI ini kerana telah menyalahi undang-undang negara ini kerana masuk secara haram, kos rawatan dan makanan seharian mereka sementara berada di depoh tahanan itu juga ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia, sekiranya mereka dijangkiti COVID-19, walaupun dengan kekangan ekonomi yang melanda.
Jika perkara yang sama berlaku di tempat mereka, adakah negara-negara lain, terutama sekali wartawan-wartawan seperti dari Al-Jazeera yang membuat liputan ini sanggup mengeluarkan wang mereka sendiri seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia ini untuk menanggung dan merawat semua PATI ini, atau hanya sekadar melemparkan tuduhan tidak berasas kepada kerajaan dan negara berdaulat seperti negara Malaysia tanpa usul periksa?
Malaysia Mampu Melawan COVID-19 Lebih Cemerlang dari Negara-negara Maju yang lain
Laporan daripada media antarabangsa Al-Jazeera ini juga menuduh bahawa kerajaan Malaysia menempatkan PATI ini di depoh tahanan yang seolah-olah tidak layak diduduki manusia kerana sempit dan sesak.
Akibat daripada itu, COVID-19 menular dengan begitu cepat dikalangan PATI yang ditahan dan depoh-depoh tahanan ini menjadi titik panas COVID-19 di Malaysia.
Memang benar pada awalnya berlaku penularan seperti yang direkodkan pada 4 Jun 2020 yang mencatatkan jumlah 277 kes pada hari tersebut.
Akan tetapi, tindakan cekap, pantas dan bertanggungjawab oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bersama agensi-agensi kerajaan lain yang disokong penuh oleh kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noorhisham Abdullah telah menyebabkan jangkitan di depoh tahanan ini dapat dibendung dengan baik daripada menular tanpa sedar.
Juga paling penting, lengkuk jangkitan juga telah dapat diratakan dengan pantas dan baik.
Sehingga 6 Julai 2020, Malaysia hanya merekodkan kes jangkitan harian sebanyak satu digit dengan peratusan kesembuhan menghampiri 98 peratus.
Bilangan peratusan ini mengatasi prestasi negara-negara maju dan kaya yang lain, termasuk negara asal Al-Jazeera iaitu Qatar yang jangkitan kumulatifnya mencecah 100,000 kes.
Oleh yang demikian, Kerajaan Malaysia, menerusi telegram Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri pada 6 Julai 2020 telah menuntut Al-Jazeera memohon maaf dengan laporan tidak tepat itu kepada seluruh rakyat Malaysia.
Kesimpulan
Sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac 2020, Malaysia telah berjaya meratakan lengkok jangkitan COVID-19.
Adalah tidak dapat dipastikan mengapa wujud media antarabangsa seperti Al-Jazeera yang menerbitkan dokumentari sedemikian rupa sehinggakan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri mengatakan laporan media itu tidak tepat dan berniat memburuk-burukkan Malaysia.
Patutkah Malaysia dikritik sedemikian rupa kerana memelihara keutuhan wilayahnya serta menjaga warganya sewaktu badai COVID-19 melanda?
* Leftenan Komander (Kehormat) Profesor Madya Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli adalah profesor madya di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia and Leftenan Komander bagi Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia.
** Dr. Fareed Mohd Hassan adalah pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia.
*** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli, Dr Fareed Mohd Hassan
Thu Jul 09 2020
Kos rawatan dan makanan PATI sementara berada di depoh tahanan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia, sekiranya mereka dijangkiti COVID-19, walaupun dengan kekangan ekonomi yang melanda. - Gambar hiasan
Saringan Minda Sihat mekanisme tangani gangguan emosi murid
Saringan Minda Sihat dilaksanakan setahun sekali kepada Tahun 5 hingga Tingkatan 6 bagi mengenal pasti murid yang mungkin mengalami masalah gangguan emosi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
NWICE 2024: Platform penting pengurusan sumber air mampan negara
NWICE 2024 menjadi platform dalam memangkin kepada pembangunan teknologi hijau dalam sektor air, selaras dengan agenda kelestarian negara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.33 mata atau 0.15 peratus kepada 1,599.78 daripada 1,597.45 ketika ditutup semalam.
AWANI Ringkas: Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemansuhan peperiksaan antara langkah mengurangkan tekanan murid
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, KPM kini memberi tumpu kepada pembelajaran inkuari, eksplorasi, pengalaman dan pentaksiran bilik darjah yang dilihat lebih holistik untuk menilai murid.
Pihak berkuasa Gaza beri amaran wabak penyakit dalam kalangan penduduk
Pihak berkuasa Palestin pada Isnin memberi amaran mengenai kemungkinan tercetusnya wabak penyakit dalam kalangan orang awam.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 November 2024
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
Siling pekerja asing di Malaysia bagi 2024 adalah 2.58 juta orang
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata angka siling bagi pekerja asing bekerja di Malaysia menjelang Disember 2024 adalah 2.58 juta orang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
COP29: Perubahan iklim dan isu air, eksklusif bersama Pengerusi SPAN, Charles Santiago
Perubahan iklim membawa musim kemarau yang panjang, memberikan risiko besar terhadap banyak aspek termasuk kerugian ekonomi yang besar. Bagaimana perubahan dan dasar baharu boleh diwujudkan untuk atasi masalah ini? Saksikan perbincangan Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Charles Santiago, di Baku, Azerbaijan.
Saringan Minda Sihat, intervensi antara usaha KPM tangani gangguan emosi murid
Jelas Menteri Pendidikan, Saringan Minda Sihat dijalankan sekali setahun terhadap murid tahun lima hingga tingkatan enam sebagai mekanisme pengesanan awal murid yang berhadapan dengan masalah emosi.
Bukit Aman serbu pejabat Al-Jazeera, rampas beberapa peralatan
Polis telah menjalankan serbuan terhadap pejabat agensi media antarabangsa Al-Jazeera selain turut merampas beberapa peralatan.