Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan terdapat dalang dan ketua sindiket perjudian di negara ini terdiri daripada kalangan orang kenamaan berpangkat Datuk, Datuk Seri serta Tan Sri.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan menyifatkan golongan orang kenamaan tersebut menggunakan pengaruh mereka untuk melindungi sindiket haram berkenaan.
"Saya tidak boleh mendedahkan siapa mereka kerana bimbang akan mengganggu siasatan kes. Bagaimanapun ada dalam kalangan mereka terdiri daripada orang kenamaan berpangkat Datuk, Datuk Seri dan Tan Sri diburu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Pada 19 Oktober lepas, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan dilaporkan berkata kegiatan perjudian haram dan semua aktiviti tidak bermoral di negara ini didakwa didalangi oleh sembilan ketua digelar dragon selain mengutip hasil RM5 bilion sebulan.
Ditanya mengenai lokasi sindiket tersebut, Mohamad Fuzi memaklumkan perkara itu tidak boleh didedahkan kepada umum kerana bimbang mengganggu siasatan.
"Untuk makluman kita telah mengenal pasti siapa mereka ini, kalau saya dedah lokasi dan individu tersebut sudah pasti mereka akan melarikan diri ke lokasi lain termasuk luar negara.
"Sindiket perjudian terbesar negara ini terdapat di seluruh negara," katanya.
Dalam pada itu, Mohamad Fuzi meminta semua pihak memberi ruang kepada PDRM untuk menyiasat perkara tersebut dan mengheret individu yang terlibat ke muka pengadilan.
"Beberapa kali saya tegaskan bahawa kita tidak akan bersekongkol dengan pihak yang terlibat termasuk anggota PDRM. Tetapi saya minta jangan ada dakwaan menyatakan terdapat anggota polis 'dibayar' untuk melindungi kegiatan ini," katanya.
Astro Awani
Mon Oct 30 2017
Mohamad Fuzi mendedahkan sindiket itu didalangi VVIP bergelar Datuk, Datuk Seri dan Tan Sri.
Keadaan kelangsungan hidup 75,000 penduduk Gaza semakin meruncing - UNRWA
UNRWA menyatakan keadaan kelangsungan hidup semakin meruncing bagi kira-kira 65,000 hingga 75,000 orang yang dipercayai masih berada di utara Semenanjung Gaza.
Tidak semua kawasan dilanda banjir berpunca daripada projek ECRL - MRL
Malaysia Rail Link menegaskan tidak semua kawasan dilanda banjir di sepanjang jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpunca daripada projek mega berkenaan.
[TERKINI] Cuti semua Menteri Kabinet dibekukan banjir
Cuti semua Menteri Kabinet dibekukan susulan situasi bnecana banjir di negara ini yang semakin memburuk.
Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Pudina, Presint 17, Putrajaya sebentar tadi.
Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Pudina, Presint 17, Putrajaya sebentar tadi.
Mangsa lemas ketika dalam perjalanan ke masjid
Bencana banjir meragut satu lagi nyawa di Terengganu.
Terbaharu, seorang lelaki yang dalam perjalanan menunaikan solat Subuh di Masjid, ditemui lemas di dalam longkang di Kampung Gong Kepas, Besut hari ini.
Terbaharu, seorang lelaki yang dalam perjalanan menunaikan solat Subuh di Masjid, ditemui lemas di dalam longkang di Kampung Gong Kepas, Besut hari ini.
Banjir: Cuti Jemaah Menteri dibekukan - PM Anwar
Cuti semua Jemaah Menteri dibekukan susulan bencana banjir yang melanda negara ketika ini.
Ranking Indonesia kini tujuh anak tangga di atas Malaysia
Kemas kini terbaharu yang dikeluarkan FIFA menyaksikan Indonesia melonjak naik lima anak tangga di ranking ke-125 dunia.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$117.59 bilion akhir Oktober 2024 - BNM
Aset rizab rasmi berjumlah AS$117.59 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.7 juta pada akhir Oktober 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Rusia serang infrastruktur tenaga Ukraine, jutaan terjejas
Rusia melancarkan serangan besar kedua bulan ini terhadap infrastruktur tenaga Ukraine pada Khamis, menyebabkan gangguan bekalan elektrik yang meluas di seluruh negara.
Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan serangan tersebut adalah tindak balas terhadap penggunaan peluru berpandu jarak sederhana ATACMS oleh Ukraine, yang dibekalkan Amerika Syarikat.
Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan serangan tersebut adalah tindak balas terhadap penggunaan peluru berpandu jarak sederhana ATACMS oleh Ukraine, yang dibekalkan Amerika Syarikat.
Perak bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, tertinggi dalam sejarah
Kerajaan Negeri Perak hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, iaitu belanjawan tertinggi dalam sejarah Perak.
Banjir Selangor: Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera dibekukan
Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor dibekukan hingga Januari 2025 sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
Antara kemahiran akademik dan insaniah, perlukah kita tiru Jepun?
Timbalan Pengerusi Yayasan Patriot Negara Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata, kemahiran insaniah perlu disemai dalam kalangan kanak-kanak lebih dahulu daripada kemahiran akademik.
Tanpa akademik, kemahiran insaniah tidak dapat dikuasai - Freida Pilus
Menurut Freida, anak-anak di sekolah boleh menjadi lebih gembira apabila mereka mencapai kejayaan setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh.
#TunM93: Disiplin dan semangat jadi faktor penting
Ada yang berkata, kalau dalam usia 50 tahun pun, mereka tidak mampu menanggung walau setengah daripada tanggungjawab Tun Dr Mahathir Mohamad sekarang ini.
PDRM buru '9 Dragons' dipercayai VIP dalangi sindiket perjudian negara
PDRM mendedahkan terdapat dalang dan ketua sindiket perjudian di negara ini terdiri daripada kalangan orang kenamaan berpangkat Datuk, Datuk Seri serta Tan Sri.
KDN minta PPIM serah bukti mengenai sembilan 'Dragon'
KDN minta PPIM mengemukakan bukti dakwaan kegiatan perjudian haram yang didalangi oleh sembilan ketua digelar 'dragon'.
Ada pihak berkeliaran sekitar pusat tahfiz sebelum kebakaran - PPIM
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan bahawa ada beberapa pihak berlegar di kawasan premis bersebelahan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah sebelum kebakaran.